Selasa, 16 Julai 2013

SIMPLE STRAWBERRY CAKE


Assalamualaikum..
Jumpa lagi alhamdulillah..
Meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan N3 kek ni.Delay sebulan kek ni dalam folder sejak demam hari tu, malah banyak lagi yang terdelay, menanti untuk bersiaran kat sini juga..insyaAllah pelan-pelan.


Hasil menuai [menuai ke//..he..hee, macam ada kebun sendiri pulak] buah strawberry di CH tempohari, saya jadikannya sebiji kek yang lembap, yang mana kek ni terselit sedikit rasa masam-masam manis, memang sedap//.Seketul demi seketul saya jamah..rasa macam tak nak stop..eheee.Kebetulannya kek ni bersalut dengan topping cream cheese yang enak..sesuai sangat gandingannya.


Jalan-jalan cari resepi kek berasas buah strawberry, terjumpa resepi kek ni dari blog Nina, tq Nina kerana berjaya mengadaptasikan Simple Strawberry Cake yang sedap bersumberkan dari resepi asalnya iaitu Orange Cake Blended.

SIMPLE STRAWBERRY CAKE
Resepi; Nina Mirza

Bahan-bahan;
Bahan A;
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung [minyak masak pun boleh]

Bahan B;
100 gm buah strawberry - potong kecil
1/2 sudu teh perisa strawberry
1/2 sudu teh pewarna pink
2 cawan tepung gandum [ayak]
2 sudu teh baking powder [ayak]

Cara;
1.Panaskan oven 170 darjah celcius.Alaskan loyang berukuran 7'' dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2.Kisar halus semua bahan A.Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3.Masukkan ke dalam bowl perisa strawbery dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4.Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
5.Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl.Kacau rata.
6.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7.Setelah masak, terlangkupkan kek atas jaringan dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
8.Sedia dihidangkan.


Topping Cream Cheese
Sumber;Nina

Bahan-bahan;
1/2 ketul butter cup [saya gantikan dengan 125gm krimwell]
1/2 ketul cream cheese
Beberapa titik esen vanila
3 sudu besar gula icing-ayak

Cara penyediaannya;
Kesemua bahan disatukan dan diputar sampai sebati, kembang dan halus.Kemudian bolehlah dipippingkan dan dideco mengikut kreativiti masing-masing






12 ulasan :

fazianbatrisyia berkata...

amboiii...sedapnya kak. Sy pun ada stoberi dlm fridge...tak tgk lagi masih segar ke dah layu...Puasa ni tak bukak sgt fridge..maklumkanlah sebulan ni dapur kat rumah MIL...untung sgt2

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. hihi.. ingatkan puasa2 wat kek.. masak apa utk berbuka hari ni?

Asyifa Mustaffa berkata...

cntiknya...pandang dri atas...mcm tudung saji kecik yg orng jual2 buat kraf tu..

Rohah berkata...

Boleh wat tu fazian.. Mudah je kek ni sbb guna minyak masak..x perlu nk pukul smpi kmbang bhnnya..

Rohah berkata...

Hehee tun..akk nk masak paru berlada...tp tgh merehatkn diri jap..

Rohah berkata...

ehee syifa..ni deco tak ada asas..main taram je..

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum..
oooo alahaiii.. canteknye... geram tengok topping dia cam reben.. :) lawa sangat.. :) sedap sangat nampak kek ni..

ady berkata...

salam
tersgt cantik cake STRAWBERRY ni...

syapex berkata...

sungguh menggoda kek strawberry tu...

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
cantik kek nya

kayumaniskorner563 berkata...

alhamdulillah dah sht rohah....
cntik lah kek tu, cantik sngt2

Qasey Honey berkata...

wow deco yang mnarik..QH suka..kreatippp sgt..cantik..