Khamis, 29 Ogos 2013

PINEAPPLE ROLLS


Assalamualaikum..
Masih dalam bulan syawal dan mood raya kan...Meh kuarkan biskut tart yang sangat sedap..lebih2 lagi bila disua ke mulut ketika masih suam2..Tq Rahel kerana sudi kongsikan resepi Chef Alan Ooi ni..berbaloi2 sedapnya..

Untuk inti jem nenas saya guna yang ready made,..sebab malas sangat time tu nak ngupas2 nenas..urmm..Next time try resepi lain pulak.Kiranya baru first time merajinkan diri menggulung sendiri tat ni, biasanya tunjuk je..

PINEAPPLE ROLLS
Resepi; Chef Alan Ooi
Sumber; Rahel

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Cara membuat;
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat;
1.Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
3.Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.


Selasa, 27 Ogos 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY



Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.

Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan  pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.

KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.

Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...

Khamis, 22 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN

Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua..alhamdulillah bertemu lagi di bulan syawal yang barakah ini.Terlalu lama rasanya saya menyepi walau 2 minggu cuma, namun belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri.

Mengambil kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam lebaran, diiringi jutaan kemaafan buat rakan2 yang mengenali saya di Damai Qalbu atau walau di mana jua anda berada.Maaf dipinta jika ada keterlajuan bicara dan perlakuan yang kurang selesa selama kita berwasilah di sini..

Jumpa lagi...


Khamis, 1 Ogos 2013

NESTUM RANGUP


Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..


NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI

Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]

Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah

Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah  celcius selama 18 minit]

Rabu, 31 Julai 2013

BISKUT SUJI


Assalamualaikumm..
Saya percaya ramai rakan2 di luar sana yang dah buat biskut kan..macam2 biskut boleh kita try, cuma kemahuan je yang perlu diperintiskan, kalau tak betul2 memang M juga nak memulakannya.




tekun beriya nak tolong letak ceri kat sekut tu.. ;D

Berkisar kepada tajuk biskut hari ni, agak pelbagai juga resepi biskut suji untuk dicuba sebenarnya.Tapi kali ni saya berkesempatan untuk mencuba resepi ni..TQ buat penyumbang resepi.


BISKUT SUJI

Bahan-bahan;
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus -ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara;
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi.
3.Masukkan semua jenis tepung dan gajus.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
5.Kemudian bulat-bulatkan adunan.Bubuh ceri di atasnya.
6.Bakar hingga masak.

nota;oleh kerana adunan masih lekit dan lembik, saya tambahkan lagi tepung gandum bersulam tepung jagung untuk mendapatkan struktur yang tidak melekit.Agak-agaklah ye banyak mana tepungnya tu..

Selasa, 30 Julai 2013

IKAN BAWAL MASAK CUKA; MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]

Assalamualaikum..
Ikan dimasak cuka merupakan menu kegemaran saya walaupun simple je bahan-bahannya.Menu ni sedap jika menggunakan ikan yang mempunyai isi tebal ataupun spesis besar..untuk kuah pulak, terpulanglah pada citarasa masing2, mungkin ada yang gemarkan kuah yang agak banyak.Tetapi sesetengahnya gemarkan kuah yang agak kering.


Hidangan ni saya buat untuk makan sahur, memang sedap bergandingan dengan nasi panas.Tak pasal2 macam nak tambah nasi je...issshhh.
JOM  masak..


IKAN BAWAL MASAK CUKA
Resepi; Rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan bawal emas
1 labu bawang besar- hiris
1 labu bawang besar- belah 4
5 ulas bawang putih- hiris
4 cm halia- hiris
2 tangkai cili besar hijau/ merah- belah/tidak putus
1 sudu kecil biji sawi
1//4 cawan cuka- boleh kurangkan
Air secukupnya
Garam
Gula 
Minyak masak

Bahan-bahan;
1.Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.Goreng dan ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, kacau sekejap kemudian masukkan bawang besar [belah 4] dan biji sawi.
3.Masukkan air dan cuka.Renehkan.
4.Masukkan ikan dan cili besar, kacau rata dan biarkan didih menggunakan api sederhana.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, matikan api.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 23 Julai 2013

SUP TULANG ALA SIAM


Assalamualikum..
Kembali bersiaran, alhamdulillah.Banyak hari juga saya tak m'update dan BW..harap2 semua rakan maya ceria..
Menu yang menyegarkan untuk dibuat makan sahur..tapi yang ni N3 tertunggak sebelum ramadhan hari tu, tapi kalau ada sesiapa yang teringin nak jamah sup untuk dibuat makan sahur, bolehlah buat..TQ buat Faa atas resepinya..

SUP TULANG ALA SIAM
Resepi;Faa

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam  dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Rabu, 17 Julai 2013

PARU GORENG BERLADA: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]


Assalamualaikum
Salam semua, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.Sebelum itu, marilah sama2 bersedekah Al Fatehah buat seorang rakan fb iaitu Tun Teja dan seorang anakandanya yang telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat dalam satu nahas jalanraya.Semoga rohnya dicucuri ALLAH s.w.t.

Terkejut juga mendengar berita pemergiannya.Pernah bersembang di fb, rupa2nya dah tak jauh tempat tinggal saya dengan rumah arwah, TAPI belum berkesempatan bertemu, dia telah pergi buat selama-lamanya..

Kali ini Damai Qalbu bersiaran dengan lauk kegemaran, tapi bukan makan selalu tau, setahun masih boleh dibilang dengan jari iaitu Paru Goreng Berlada.Biasanya kalau malas nak di masak apa2, saya hanya gorengkan sedikit garing, dapatlah meratah seperti makan snek..he heee..Tapi kalau terlebih sedikit rajinnya, saya akan masakkan seperti dalam gambar2 tu lah...sempoi je, guna cili/lada merah besar.Kalau guna cili kering pun boleh aje sih...sama je.

Menu macam ni kebanyakannya ramai yang suka, tapi saya pasti, ada juga yang tak gemar makan organ dalaman lembu ni kan..eheee..tak apa, tanya dada, tanya selera...
Ratah je dah sedap, tak payah makan ngan nasi..kan, kan...jom mamam..

PARU GORENG BERLADA
Oleh;Rohah

Bahan-bahan;
500 gm paru- cuci, rebus, potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit, goreng lembap
10 tangkai cili besar merah- kisar
 2 ulas bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 cm halia-kisar
1 keping asam gelugor
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara;
1.Cuci bersih paru lembu.Rebus selama 1 jam 15 minit dan toskan.Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.Gorengkan lembap.Angkat dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga layu dan pecah minyak.
3.Masukkan air secukupnya [sekadar melembapkan masakan], bubuh asam keping dan biarkan mereneh.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan paru yang telah dihiris tadi, gaul rata dan matikan api.
6.Hidangkan.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 16 Julai 2013

SIMPLE STRAWBERRY CAKE


Assalamualaikum..
Jumpa lagi alhamdulillah..
Meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan N3 kek ni.Delay sebulan kek ni dalam folder sejak demam hari tu, malah banyak lagi yang terdelay, menanti untuk bersiaran kat sini juga..insyaAllah pelan-pelan.


Hasil menuai [menuai ke//..he..hee, macam ada kebun sendiri pulak] buah strawberry di CH tempohari, saya jadikannya sebiji kek yang lembap, yang mana kek ni terselit sedikit rasa masam-masam manis, memang sedap//.Seketul demi seketul saya jamah..rasa macam tak nak stop..eheee.Kebetulannya kek ni bersalut dengan topping cream cheese yang enak..sesuai sangat gandingannya.


Jalan-jalan cari resepi kek berasas buah strawberry, terjumpa resepi kek ni dari blog Nina, tq Nina kerana berjaya mengadaptasikan Simple Strawberry Cake yang sedap bersumberkan dari resepi asalnya iaitu Orange Cake Blended.

SIMPLE STRAWBERRY CAKE
Resepi; Nina Mirza

Bahan-bahan;
Bahan A;
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung [minyak masak pun boleh]

Bahan B;
100 gm buah strawberry - potong kecil
1/2 sudu teh perisa strawberry
1/2 sudu teh pewarna pink
2 cawan tepung gandum [ayak]
2 sudu teh baking powder [ayak]

Cara;
1.Panaskan oven 170 darjah celcius.Alaskan loyang berukuran 7'' dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2.Kisar halus semua bahan A.Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3.Masukkan ke dalam bowl perisa strawbery dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4.Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
5.Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl.Kacau rata.
6.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7.Setelah masak, terlangkupkan kek atas jaringan dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
8.Sedia dihidangkan.


Topping Cream Cheese
Sumber;Nina

Bahan-bahan;
1/2 ketul butter cup [saya gantikan dengan 125gm krimwell]
1/2 ketul cream cheese
Beberapa titik esen vanila
3 sudu besar gula icing-ayak

Cara penyediaannya;
Kesemua bahan disatukan dan diputar sampai sebati, kembang dan halus.Kemudian bolehlah dipippingkan dan dideco mengikut kreativiti masing-masing