Khamis, 19 April 2012

TUMIS KACANG PANJANG BERPERENCAH BAWANG GORENG




Salam..
Kembali bersiaran..
Ni lah dia... sayur untuk hidangan makan tengahari siang tadi.Saya berikan kelainan sikit untuk perencahnya, iaitu dengan memasukkan bawang goreng readymade ke dalam tumisan ini.Bersatu pulak ngan udang geragau, memang sedap sangat dia punya aroma dan rasa.Bonda saya memang suka menggunakan udang kering berbanding bilis dalam masakannya, dia kata mesti ada kelainan rasa pada hasilnya.Memang terbukti, saya juga brfikiran yang sama macam ibunda saya tu..Tapi saya takde lah selalu guna udang kering, nanti jemulah pulak asyik guna perencah yang sama kan..Sesekali pakai juga ikan bilis.
Resepi ni simple, tapi cukup menambat hati saya, jomlah cuba...


TUMIS KACANG PANJANG BERPERENCAH BAWANG GORENG
resepi: rohaisha

Bahan-bahan:
8 tangkai kacang panjang | potong pendek
3 biji cendawan butang | hiris
1 labu bawang Holland | hiris & sebahagiannya di tabur kemudian
2 ulas bawang putih | diketuk
3 sudu besar bawang goreng (optional)
10 gm udang geragau
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya cair
2 tangkai cili merah | hiris
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh bersama air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula sesedap rasa
Minyak untuk menumis

Taburan:
Daun bawang 

Cara menyediakan:
1.Tumiskan separuh hirisan bawang Holland dan bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan udang kering bersama bawang goreng dan hirisan cili merah.Kacau rata.Seterusnya masukkan pula sos tiram, kicap cair.Sebatikan.
3.Masukkan kacang panjang dan cendawan.Kacau rata bersama gula.Tutup kuali dengan tudung periuk untuk mengempukkan kacang sekadarnya.Setelah itu barulah di masukkan bancuhan tepung jagung.Ketika ini bolehlah diperisakan dengan garam secukup rasa dan taburkan lebihan bawang holland tadi.Tutup kuali sekali lagi agar kacang panjang dan cendawan masak.
4.Apabila kacang kelihatan masak secukupnya, barulah matikan api.
5.Hidangkan bersama taburan daun bawang.

Rabu, 18 April 2012

KUIH SAGU MATA IKAN




Salam sejahtera,
Rindu juge nak makan kuih sagu nie, kuih kegemaran masa kecik2 dulu.Dulu tiap2 hari bonda saya memang rajin buat sarapan pagi , 2 loyang sekali masak..haaabis je...Bila anak2 dah besar dan muda belia, dia kata dah malas nak buat.Maknenye dah tiba giliran kita lah pulak tu kan...Jom aarrr, tengok terus resepinya yg mudah n simple ni, pakat rajin atau tidak je nak buat selalu..betul tak??.Tq Mama^danny untuk resepinya.Boleh jenguk resepi beliau kat SINI.


KUIH SAGU MATA IKAN
Resepi:Mama^danny MyR

Bahan-bahan: (6 orang)
1 cawan sagu mata ikan
½ cawan gula
2 cawan air
Pewarna merah/ hijau
Sedikit kelapa parut
Secubit garam

Cara-cara:
1.Didihkan air bersama gula.Kemudian masukkan sagu.Kacau sehingga pekat dan tambahkan sedikit pewarna.
2.Masukkan dalam loyang atau acuan yang sesuai.Setelah sejuk bolehlah digolekkan atas kelapa yang sudah digaul bersama garam.
3.Selamat mencuba.



Selasa, 17 April 2012

KUIH KASWI


Salam buat semua,
Dah lama nak buat kaswi ni, asyik bertangguh je.Yang ni saya ikut resepi K.Wan dan saya buat separuh adunan je pakai acuan lompang.Banyak juga tu, memadailah untuk hidangan kami sekeluarga.
Tetiba teringat pulak zaman kecik2 dulu, bonda saya selalu buat kuih kaswi.Sekali buat 2 loyang, tapi sebab adik beradik ramai gaknye, memang licin aje..Tak payah tunggu sejuk, makan panas2 macam tu .. 


KUIH KASWI 
Resepi:K.Wan@Citarasawan
(loyang 9"/acuan lompang)

Bahan A:
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul | jadikan 2 cawan air gula

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C:
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Cara-cara:
1.Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut.Sejukkan.
2.Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3.Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis.Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam.Biarkan sejuk baru dipotong dan dihidang bersama kelapa parut.



TALAM ROTI LAPIS STRAWBERI KAPUCINO


 

Salam pagi semua..
Teringat lagi dengan Kuih Talam Roti Lapis Coklat yang pernah saya buat dulu, enak sangat rasanya..Seronok tengok my hubby makan dan tinggal beberapa biji je lagi bila nak snap gambar.Kali ni menggunakan sukatan bahan yang sama, dan saya olah sedikit dari segi rasa dan warna, maka jadilah Kuih Talam Roti Strawberi Kapucino.Wangi je bau dia..Memang sedap.


TALAM ROTI LAPIS STRAWBERI
Inspirasi dari:Talam Roti Lapis Coklat (Kak Wan@citarasawan)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
4 keping roti sandwich
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan 
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu/tepung ubi
3 sudu kecil esen strawberi
Pewarna merah secukupnya
2-3 sudu kecil pes kapucino

Cara menyediakan:
1.Masukkan roti yang direndam dalam pengisar.Ketepikan.
2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna merah dan dicampurkan dengan esen strawberi.Satu lagi dicampur dengan pes kapucino.
5.Tuang warna merah, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan kapucino ke atas lapisan bawah tadi.Lap dan tutup pengukus, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.



Isnin, 16 April 2012

MUFIN KAPUCINO WALNUT



Santai-santai di malam yang tenang.Santai sambil menguyah mufin..Lembut dikunyah, sesekali terasa crunchy bila tergigit walnut yang ada kat dalamnya.Ni lah dia mufinnya, sebab nk habiskan stock pes cappucino yang akan habis tempoh hayatnya tak lama lagi..Jangan sampai dibuang begitu saje, membazir tauu..Lagipun memang dah lama tak buat mufin, anak2 memang suke makan mufin, emaknye pun tak kurang juge..ehehee.Terubat sudah rinduku pada mufin.Hmmm..Penat juga nak ngomel banyak2 kan..kita lihat je lah resepinya.


MUFIN KAPUCINO WALNUT
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum* |ayak
1 sudu kecil baking powder* | ayak
½ sudu kecil soda bikarbonat* |ayak
½ sudu kecil garam* | ayak (* ayak bersama)
½ cawan gula halus
50 gm walnut | dipanggang & dicincang/sebahagiannya utk taburan
1 biji telur
1 cawan yogurt cappuccino/plain (saiz cup yogurt@135gm)
½ cawan minyak masak/jagung
½ cawan susu segar
3 sudu kecil paste cappucino
½ cawan coklat  chip

Taburan:
Walnut
Coklat chip

Cara menyediakan:
1.Bahan kering (A):satukan bahan-bahan ayak seperti tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam bersama gula, kacang walnut (cincang) dan coklat chip.Gaul rata.
2.Bahan basah (B):Dalam bekas yang lain, satukan telur, yogurt, minyak masak, susu segar dan paste cappuccino.Kacau rata.
3.Campurkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit sambil digaul rata.Gaul sekadarnya dan tidak perlu terlalu lama.
4.Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dengan sukatan ¾ dari  saiz cup muffin.Taburkan sebahagian kacang walnut tadi dan sedikit coklat chip di permukaan muffin.
5.Panaskan suhu oven sebanyak 180 darjah celcius selama 10 minit.Kemudian bakar muffin selama 20-25 minit atau sehingga masak.

GARLIC FINGER BREAD, MUSHROOM SOUP & GARLIC BUTTER SPREAD





Assalamualaikum..
Bila jenjalan kat dapur ijayuji, terpaut sudah saya dengan set hidangan roti yang lengkap macam kita makan kat Pizza Hut tu..Memang bertambah berbunga2 hati saya nak buat roti nie.Kompom sedap lah kan, bayangkanlah je kita makan roti bawang putih kat tempat yg mcm saya sebut kat atas tadi.Sedapkan!!..Yang pastinya anak2 saya mmg suka roti ni.Memang tak meleset jangkaan saya nie, baru kuar oven dah ada yang tak sabar nak makan..alhamdulillah.
Ada juga anak saya kata ,"tapi roti ni tak macam jejarilah ummie, macam 'mouse' komputer"..ekehkeh..mmg tergelak juge, sbb sy tgk kejadian roti yg sy gentel ni pun mmg serupa itu.Sebelum anak saya kata mcm tu, hati sy dah awal2 berkata begitu sebenarnya..Apapun yg pastinya saya suka n puashati apa yg dah saya buat.Mmg saya suka bentuknya..Alhamdulilah naik cantik kejadiannya, yang lagi penting yang nak saya katakan ialah "kesedapannya"...Tq buat ijayuji atas kesudian beliau memanjang resepi roti n set pelengkapnya..Macam nak buat lagi jerrr rasanya.....
Untuk resepi asal rotinya bolehlah terjah di sini ye, dari blog DAILY DELICIOUS.
Boleh juga lihat sumber yang telah di catat oleh ijayuji ini.Menurut ijayuji idea yang diterapkan adalah dari dapur Izah.
Apapun di sini saya hanya kongsikan terjemahan untuk doh roti dalam versi bahasa melayu sahaja sepertimana yang ada pada blog ijayuji.Untuk skrip resepi asalnya bolehlah dirujuk kat link yang saya selitkan di atas tadi yerr..



GARLIC FINGER BREAD
Resepi asal:DAILYDELICIOUS
Sumber:ijajuji

Bahan-bahan untuk doh:
270gm tepung roti
30gm tepung kek
5gm garam
2 sudu teh serbuk yis
50gm gula
30gm mentega unsulted
100gm susu segar suhu bilik
1 biji telur
80gm air suhu bilik


Cara-cara:
1.Satukan telur, air dan susu segar,kacau sehingga sebati.
2.asukkan tepung,  gula dan serbuk yis ke dalam mangkuk, dengan menggunakan whisk satukan sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan sebatikan kembali dengan whisk.
3.Tuangkan campuran telur, air dan susu tadi ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan  kering yang telah sebati tadi.
4.Dengan mengunakan pastry scraper atau menggunakan tangan pun ok dan uli sehingga semua bahan-bahan tadi sebati.
5.keluarkan doh dari mangkuk dan mnguli seperti biasedi atas papan pencanai ataumeja yang bersih,dalam masa 2 minit menguli doh akan menjadi elastik.
6.tambahkan pulamentega,dengan mnggunakan bahagian tapak tangan, teruskan menguli dengan menekan ke hadapan dan balikkan kembali, ulang cara menguli yang sama selam 10-15 minit atau sehingga doh betul-betullembut dan sedikit berkilat.Doh ini agak melekit, jika itu terjadi tambahkan tepung lebih kurang 1-2 sudu besar.(saya lebihkan lagi/ bergantung pada melekitnya tepung).
7.boleh lihat cara-cara menguli bergambar di blog DAILYDELICIOUS.SINI.
8.Letakkan doh yang siap di uli tadi kedalam mangkuk yang telah digriskan dengan sedikit mentega,tutup dengan menggunakan cling wrap dan tuala lembapn dan penaikkan doh 2 kali ganda lebih kurang 45 minit atau 1 jam.Seelok-eloknya doh diletakkan ditempat yang suhunya agak-agak warm.(saya masukkan dalam oven yang di 'on' kan suiz & lampunya).
9.Tumbukkan perlahan doh tadi untuk mengeluarkan angin dan kelurkan doh dari dalam mangkuk.
10.Bahagikan doh beberapa bahagian dan bulat-bulatkan, buat sehingga habis dan rehatkan doh selama 10 minit dalam keadaan bertutup dengan tuala lembap, kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa masing-masing atau boleh diletakkan inti atau sosej.Buat sehingga habis dan naikkan doh kembali selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.Sapukan bahagian atas doh yang telah naik tadi dengan bancuhan telur dan susu segar, sapu di atas doh yang telah naik tadi sehingga habis.Untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat boleh menggunakan 2 cara:Pertama, 5 minit baki waktu membakar untuk habis, boleh sapukan kembali sapuan egg wash tadi sehingga rata.Buat sampai habis dan sambung membakar sehingga roti masak.Keduanya:Selepas roti dikeluarkan dari oven, dengan segera bolehlah disapukan dengan mentega untukkelihatan berkilat, selamat mencuba!.
*So,untuk buat garlic bread boleh sapukan garlic butter spread tadi di atas roti yang telah naik tadi.



          Sebelum  dibakar                         Selepas  dibakar
__________________________________________________

Memang sinonim benar garlic bread kalau bergandingan dengan mushroom soup.Sedap betul sup ni, puas menghirup dan mencicah ngan rotinya.Tak percaya?? Rasalah dulu..Mudah je nak buatnye...



MUSHROOM SOUP
Resepi asal:MINAMI SAN MyR
Sumber:ijayuji


Bahan-bahan: (6 orang)
1 keping dada ayam
1500ml air
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam (saya guna 2 kiub)
1 tin kecil cendawan butang
Garam
Secubit ajinonoto (saya tak letak)
1 cawan tepung gandum (saya guna 1/2 cawan)


Cara:
1.Potong ayam kecil-kecil.Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.Rebus sehingga masak.
2.Masukkan susu dan kiub ayam .Masak guna api yang perlahan.Masukkan mushroom.
3.Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.Tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap untuk dihidang.Sedap di makan dengan roti.




__________________________________________________






Untuk resepi Garlic Butter Spread ni pun saya tulis dalam versi bahasa  melayu juga ye..Untuk sumbernya bolehlah lihat kat sini.


GARLIC BUTTER SPREAD
Resepi asal:Steve (Jamie Oliver Forum)
Sumber:ijayuji


Bahan-bahan:
4  sudu besar mentega atau marjerin
1 sudu bawang putih yang telah diketuk dan dicincang halus.
2 sudu teh oregano kering
1 sudu kecil garam atau kurang
1 sudu kecil lada sulah
*tambahan; boleh campurkan dengan serbuk parmesan juga


Cara:
Satukan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan boleh digunakan untuk sapuan atas roti, lebihannya boleh disimpan dalam peti ais dan boleh digunakan kembali.



Ahad, 15 April 2012

GARLIC BUTTER SPREAD




GARLIC BUTTER SPREAD
Resepi asal:Steve (Jamie Oliver Forum)
Sumber:ijayuji


Bahan-bahan:
4  sudu besar mentega atau marjerin
1 sudu bawang putih yang telah diketuk dan dicincang halus.
2 sudu teh oregano kering
1 sudu kecil garam atau kurang
1 sudu kecil lada sulah
*tambahan; boleh campurkan dengan serbuk parmesan juga


Cara:
Satukan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan boleh digunakan untuk sapuan atas roti, lebihannya boleh disimpan dalam peti ais dan boleh digunakan kembali.



MUSHROOM SOUP




MUSHROOM SOUP
Resepi asal:MINAMI SAN MyR
Sumber:ijayuji

Bahan-bahan: (6 orang)
1 keping dada ayam
1500ml air
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam (saya guna 2 kiub)
1 tin kecil cendawan butang
Garam
Secubit ajinonoto (saya tak letak)
1 cawan tepung gandum (saya guna 1/2 cawan)

Cara:
1.Potong ayam kecil-kecil.Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.Rebus sehingga masak.
2.Masukkan susu dan kiub ayam .Masak guna api yang perlahan.Masukkan mushroom.
3.Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.Tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap untuk dihidang.Sedap di makan dengan roti.



Jumaat, 13 April 2012

BINGKA SUJI WARISAN



Salam di penghulu segala hari, semoga sahabat semua dalam lindungan Allah dan sentiasa mendapat hidayahNya.Gara-gara belum puas makan bingka suji minggu lepas, buat kali keduanya saya buat lagi bingka ni, tapi dengan resepi yang lain iaitu resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan.Lemak sungguh rasa bingka ni walaupun tidak menggunakan santan.Enak sahaja bila dikunyah dalam mulut.Mehlah kita ronda-ronda resepinya ya..



BINGKA SUJI WARISAN
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahannya:
150gm suji @ semolina
140gm gula halus
125gm susu cair carnation
100gm susu pekat manis
80gm tepung gandum
575ml air
1 camca teh pewarna makanan lemon yellow
3 biji telur gred B (saya guna 2 biji telur )
1/4 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
125gm mentega
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, lenser tin 4 segi berukuran 8"x8"x3" dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti.Lenser juga aluminium foil  tadi.Ketepikan. (Saya hanya lenserkan loyang dengan butter)
2.Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur.Tuang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata.Tuang susu cair, air dan tambah pewarna lemon yellow.Kacau hingga sebati.Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
3.Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat.Padamkan api.Masukkan mentega dan esen vanila.Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
4.Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata-rata atasnya.Kalau nak tabur sedikit bijan hitam macam Mat buat tu pun boleh.Bakar selama 45-50 minit.Kemudian bakar 5-7minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi.Biar kuih betul-betul sejuk, baru potong dan hidangkan.




Khamis, 12 April 2012

SOSEJ BLOSSOM BUN




Salam semua...
Semenjak dua menjak ni syok pulak saya meroti.Ramai sudah rakan2  diluar sana yang mencuba roti hasil kekreatifan Mat Gebu@ DTS ni.Lembut je menyantapnya.Yang penting anak-anak ana suka nak makan.Sekejap je licin...Untuk step buat bentuk roti ni boleh juga lihat kat blog DTS, di sini ye..


SOSEJ BLOSSOM BUN
Sumber:Mat Gebu

Bahan-bahan:
250gm tepung roti (high protein flour)
50gm gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam
10 batang sosej | celur sekejap, tos & sejukkan
Mayonaise secukupnya
Sos cili/sos tomato secukupnya
Mix vege secukupnya

Cara menyediakan:
Untuk Doh:
1.Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.Satukan semua bahan lain kecuali mentega,masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).Bulatkan doh letakkan dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
Kaedah Lain:Satukan semua bahan -bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing-masing).
2.Keluarkan doh, tumbuk untuk membuangkan udara.Bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50gm setiap satu).Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
3.Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahgaian keluar hingga keratan terakhir ditolak ke tengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.Tekan sedikit biar kelihatan kemasAlih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.Jarakkan antara satu sama lain.Buat hingga siap.Perap 45 minit.
4.Sapu dengan baki telur tadi (30gm rata-rata).Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise.Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit.Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

nota rohaisha:saya taburkan sedikit tepung sekiranya adunan roti masih lembik.


Rabu, 11 April 2012

BUBUR NASI BEREMPAH VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA TELUR PUYUH


Assalamualaikum..
Selamat makan tengahari..Cuti umum hari ni, apakah menu lunch u all??...Ataupun ramai yg makan kat luar sambil santai2 bercuti bersama family.Ni nak tunjuk bubur nasi style simple yang selalu dibikin untuk anak2 saya time ibunya kebuntuan "menu @ tak berapa larat nak menepek kat dapur lama2"..Seb baik anak2 ana suka makan bubur, kalau tak, mmg kena bersilat juga kat dapur untuk sediakan menu2 yang up..Pekena pulak bubur ni di vs kan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis Bersama Telur Puyuh, memang mabeleeeeesss...Untuk menu sambal tu bolehlah nengok kat sini yerr..




BUBUR NASI BEREMPAH VS SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA TELUR PUYUH

Bahan Untuk Bubur:
1 cawan beras | cuci bersih
8 cawan air
2 bahagian isi ayam | potong dadu
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia | hiris lebar
1 kiub pati ikan bilis/ayam (saya guna jenama knorr)
1-1 1/2 sudu besar serbuk/rempah sup Adabi | dibancuh dgn sedikit air
½ batang lobak merah | potong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan taburan:
Daun bawang secukupnya
Cili merah secukupnya
Cili hijau secukupnya

Cara menyediakan:
1.Cuci beras hingga bersih dan masukkan kedalam periuk bersama air.
2.Masukkan kesemua bahan-bahan hiris seperti bawang merah, bawang putih, halia, kiub ikan bilis/ayam, lobak merah dan ayam.Biarkan hingga mereneh dan lembut.Sesekali dikacau gaul agar tidak berkerak.
3.Apabila bubur sudah kelihatan agak kembang, masukkan pula bancuhan rempah sup disertai dengan gula dan garam.
4.Tutup api apabila bubur benar-benar telah masak.
5.Hidangkan  bubur bersama sambal tumis ikan bilis bersama telur puyuh.Taburkan juga hirisan cili merah dan cili hijau daun daun bawang.