Isnin, 23 Mac 2015

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR


Assalamualaikum...
Selamat kembali ke sekolah untuk adik2 semua yang telah melalui cuti penggal persekolahan....yg pasti jugak, ibu2 pun mula sibuk dengan rutin harian melayan anak2 untuk ke sekolah...

Menyisipkan resepi bingka berperisa dan beraroma pandan..syok je melayan masuk mulut ketulan demi ketulan..memang sedap.Sebelum ni pun pernah buat,tapi makan dengan sos kastard..tu yang teringat-ingat tak sudah..TQ atas perkongsian resepi dari AlongRoz dan diperpanjangkan lagi oleh Syafiq 

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR
Sumber:AlongRoz

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan santan
2 1/4 cawan air jus daun pandan (blend 8 helai pandan dengan air & tapis)
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
14 keping roti, potong kecil

Cara-cara
1.Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.Tuangkan ke atas roti dan rendam sebentar selama 5 minit.
2.Tuangkan 1 sudu besar minyak ke dalam tin dan panaskan di dalam oven.Ramas adunan tadi dan tuangkan ke dalam tin.
3.Tabur biji bijan dan bakar 180 darjah C selama 1 jam.



6 ulasan :

Unknown berkata...

teringin pulak tengok memaalam ni rohah mesti nak kena buat ni

asyifamustaffa berkata...

macam nak makan...tp malas nak buat...camne tu kak...huhuhu...

kak ruby berkata...

dah lama kak ruby tak buat...

cheq da berkata...

Mcm fesyen yea skrg..semua resepi boleh diolah...boleh dicuba nti

fazianbatrisyia berkata...

alamak...Nampak sedap sgt...telan air liur

iza berkata...

Mmg xguna tepung ke?? Knp sy buat jd lembik...huhu