Selasa, 8 Oktober 2013

TEPUNG BUNGKUS


Assalamualaikum..
Antara koleksi menu yang dah lama kedap udara dalam tuppaware..heheee...buat bulan puasa ari tu...maklum enjin baru panas ni sejak beberapa hari..jadi kena tatih slow2 ye..
Ramai dah kenal dengan uih ni gamaknya kan...

Bulan berapa hari tu, tekak mengidam sangat kuih ni..['tekak'...grrr].Google2 terus pecut ke dapur Kak Chah.Terliur....serius.TQ Kak Chah...mana kak chah ni...dah lama dia tak muncul, buzy  biz kot..

Sebab suka kuih ni, memang terover makan la..sedap la jawapan saya..uhuuuu..nak makan lagi, tapi M kuat melanda sejak kebelakangan ni..

Selang beberapa hari saya buat lagi kuih tepung bungkus ni...guna resepi orang lain, hasilnya pun lebih kurang sama.Nanti kita tayang pulak resepi yg tu insyaAllah.
TEPUNG BUNGKUS
Resepi; Bonda Kak Chah
Sumber; Kak Chah

Bahan Inti;
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
Sedikit gula merah india [jika gula melaka agak pudar warnanya]
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Cara-cara;
1.Masak air dengan gula.Masukkan daun pandan
2.Jika menggunakan gula merah india, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
3.Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
4.Tambah gula putih jika masih kurang manis.Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit.Perasakan dengan secubit garam.
5.Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen.

Bahan-bahan pembalut inti;
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam [jika guna tepung pulut sahaja pun tak menjadi masalah]

Cara-cara;
1.Bancuh dengan air hingga adunan tidak melekit pada tangan.
2.Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan dan balut inti.Buatkan seperti bebola.Ketepikan.

Bahan-bahan badan kuih;
1 1/2 cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan

Cara-cara;
1.Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
2.Masukkan garam dan daun pandan.
3.Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental.Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir.Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan itu akan hilang.

Cara untuk assemble kuih;
1.Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.
2.Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.
3.Buat 2 biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.
4.Bungkus dengan kemas.
5.Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit.Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.




10 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

sedapnya....mmpu tgk je la kak...nak buatnya mlas yg amat..!

fazianbatrisyia berkata...

suka gak kuih ni...buatnya lom penah lagi...rajinnya akak...

Gee® berkata...

Dah lama tak makan tepung bungkus... sedapnya

Mel berkata...

Menggoda betul kuihnya tu kak. Nak buat, daun pisang banyak tapi kelapa takde. Kena peram dulu resepi ni. hihii

ZalinZalina berkata...

Salam Rohah..kak ina suka juga makan kuih tepung bungkus ni..lembut aje :)

kak ruby berkata...

tahniah rohah, cntik tepung bungkus ni.....kak ruby dah 3 kali buat tp tak pernah jadi sedih sngt.....

Tanpa Nama berkata...

Kuih org dulu2 hehe, arwah mak wajib kuih ni time bulan puasa, tapi beli lah cuma jarang jumpa

ummiaisyah berkata...

sedap makan sejuk.....esp taim buka poser kan!

tun_telani berkata...

sedappp!!!!!!!!!! masa kecik2 dulu makcik tun selalu buat utk jual.. mmg kalau anak sedara blk kg, anak2 sedara duk perabih kuih dia. hihi

ibuveronza berkata...

meleleh ayaq liuq-sedapnya...tapi nak buat sendiri macam banyak step..