Jumaat, 12 Julai 2013

SAMBAL TAHUN KERANG: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL SELANGOR)


Assalamualikum..
Salam semua, moga sihat dan ceria-ceria selalu.Cuaca sekarang ni seakan tidak menentu sekarang, mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan Nya.

Ada sesiapa yang pernah merasa Sambal Tahun?.Saya percaya mestilah ada kan...sesiapa yang belum pernah merasa, bolehlah mencubanya.Menu ni memang nostalgia bagi saya, terkenal di kalangan masayarakat Jawa terutama dalam majlis kenduri kendara atau pun sebagai hidangan pelengkap pada hari raya puasa.

Istimewanya Sambal Tahun ni ialah semakin banyak hari di perhangat, semakin mantoppsss dan meresap rasa kuahnya.Tekniknya ialah dengan memanaskannya saban hari....baru tahu hasilnya.Kisah dongengnya, sebab itulah dia tahan selama setahun..ahaaaa..makanya dinamakan sebagai Sambal Tahun!.Itu yang pernah saya dengar dicuping telinga saya..Tapi kalau kita masak ciput je, tak adalah sampai bertahun..paling2 sebulan ataupun sehari dua dah habiss daaaa...eheee..Tapi kebiasaannya, nenek2 kita dulu memang akan buat banyak sambal ni untuk diperhangat berhari2, kisahnya...Kiranya dibuat cemilan setiap kali menjamah nasi.Hanya perlu tambah santan/ air dan isi yang baru apabila kuah telah menyusut.

Kebiasaannya Sambal Tahun ni memang mendapat sambutan di kalangan mereka yang pernah merasainya.Sambal Tahun ni tak terbatas isinya kepada isi kerang je, malah paling famous jika sambal ini di adun bersama Kulit Lembu atau dikenali sebagai Lulang Lembu  dalam istilah Jawa.Tapi secara amnya, ada segelintir orang tidak gemar atau tidak pandai untuk meratah kulit lembu tu.Kalau saya, saya lebih gemar makan Sambal Tahun yang berasaskan kulit lembu, enak sangat rasanya.... tapi disebabkan agak sukar nak dapatkannya, alternatifnya ialah menggantikan kulit lembu dengan kerang, kaki ayam ataupun apa2 je yang sesuai.Kiranya menu tersebut telah menjadi menu pebret kami.Di bawah ni merupakan style Sambal Tahun bonda saya.

SAMBAL TAHUN KERANG 
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:
2 kg kerang (boleh juga guna kulit lembu, kaki ayam dll.)
250 gm lengkuas muda, (hiris nipis/ ukuran batang mancis dan rebus bersama 5 cawan air)
50 gm cili api merah/ hijau (buang tangkai)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 cawan santan  pekat (dari sebiji kelapa)
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
Garam 
Gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Cuci bersih kerang dan rebus kerang separa empuk.
2.Kopek kerang sehingga habis.Ketepikan.
3.Hiris lengkuas ukuran batang mancis ataupun hiris secara nipis.
4.Rebuskan lengkuas bersama 5 cawan air selama setengah jam.Ketepikan.
5.Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga layu.Masukkan lengkuas tadi.Kacau rata dan biarkan sekejap.
6.Masukkan pula air rebusan lengkuas bersama santan cair.Biarkan mereneh, barulah dimasukkan kerang yang siap dikopek.Teruskan memasak agar kerang empuk.
7.Tuangkan santan pekat, asam gelugor, gula dan garam secukupnya.
8.Biarkan kuah mendidih lagi dengan menggunakan api sederhana besar.Sesekali di kacau agar sebati.
9.Matikan api.


"I am submitting this post to Malaysian Food FestKL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

8 ulasan :

Amie berkata...

uwaaaaa... aku tak pernah buat sambal tahun kerang... tapi pernah masak belulang kulit lemu masak lemak cili padi masa balik kampung raya 2 tahun lepas!
makasih Rohah sebab kongsi cerita dongenya hihihiii.

asyifamustaffa berkata...

menariknya...x penah rasa lagi...dan x pernah tau..ingatkan akak salah taip tadi...hehehe...

ummiaisyah berkata...

dulu masa mula2 org introduce tak reti gak mkn..tp skrang ni...mmg makan smapai tak ingat..pedassss yg best tu..terrgeget plak lengkuas yg rangup...kulit lembunya lembut...mmg tak tahan setahun!

tun_telani berkata...

salam kak.. tun dgn penuh kejakunan tgk nih.. xpenah makan. hihi

inahar ali berkata...

salam ramadhan wat rohah sekeluarga! iyelaa akak tgk bahan2nye nmpak mengancam..kalu dpt rasa..mesti lg sedaapkan!

kak ruby berkata...

slmt brpuasa rohah, kak ruby belum pernah mkn lg...tp kak ruby suka cerita dia, kak ruby ni memang suka dengar cerita dr nenek2 kita.....

Unknown berkata...

dr kecik mak sy mmg biasa buat sambal tahun guna kerang ni x pernah lg guna kulit lembu,memula mkn sambal tahun kulit lembu mcm pelik jer rase hehehe..tp pape pun sambal tahun mmg terbaik lah

Furniture Online berkata...

guring sekali...rempah-rempahnya mungkin sangat kental terasa ya kak rohah