Isnin, 26 Mac 2012

NUGGET TEMPE




Salam petang isnin..Siape suka makan tempe angkat tangan!!Tak semua orang gemar/suka tempe ni..Terpulanglah pada selera masing2kan.Selalunya saya suka buat tempe salut tepung untuk buat hidangan makan nasi bersama lauk2 yang lain.Cuma kali ni teruja pula nak membuat nugget tempe yang sebenarnya cukup2 berkhasiat berbanding nugget berunsurkan daging mahupun ayam.Sumber resepi ni saya ambil dari youtube di mana resepinya dimiliki oleh Chef Budi Sutomo, namun saya dah buat alih bahasa & olah sedikit mengikut kesesuaian saya supaya mudah untuk saya merujuknya semula di masa akan datang. Untuk resepi asalnya boleh juga lihat di SINI.


Membuatnya tidaklah sukar, memang mudah saya rasakan dan boleh difrozenkan saya kira.Jomlah sama2 mencuba..



NUGGET TEMPE
Resepi: Chef Budi Sutomo
Alih bahasa/olahan oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
400gm tempe | hancurkan
100gm cendawan | kisar (saya guna cendawan butang dalam tin)
3 biji telur ayam | kisar
2 sudu teh gula pasir | kisar
1/2 sudu teh lada sulah | kisar
2 sudu teh kicap masin / cair 
4 ulas bawang putih | kisar
*kisar semua bahan di atas

Bahan salutan:
60gm serbuk roti/ bread crumbs
60gm tepung gandum
3 biji telur ayam | kacau

Cara:
1.Hancurkan tempe /leraikan.Ketepikan
2.Campurkan cendawan, bawang putih, telur, lada sulah, garam dan gula.Kisar hingga halus.
3.Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam tempe diikuti kicap masin.Kacau hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di di lapis dengan aluminium foil dan marjerin, kemudian kukus  selama 30 minit hingga masak.(saya masukkan dalam acuan mould / hanya sapukan marjerin sahaja)
5.Potong adunan nugget, kemudian celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung.Masukkan semula nugget ke dalam bancuhan telur kemudian ratakan ke dalam serbuk roti.
6.Goreng adunan dengan api sedang hingga warna kuning keemasan.



10 ulasan :

Cendana Kasih berkata...

bestnyer tempe...suka, suka....boleh cuba respi ni...kat pasar borong selangor ni tempe dijual murah2, satu bungkus 50sen jer..

Rohah berkata...

Cendana Kasih:Resepi ni mmg ada kelainan sedikit, dah lama sebenarnya nak mencuba.alhamdulillah dah berjaya membuatnya.

CT Delima berkata...

As'salam Rohah

kalau nugget2 macam ni lepas digoreng laju ajelah anak2 mencapainya. selalu beli yang dah siap tu aje. bolehlah nanti mencuba sesekali. tapi kena bagi tahu anak2 dulu apa dalamnya..hehehe

Rohah berkata...

Memang anak2 teruja bila tgk kita buat nugget.Tapi citarasa anak2 ni ada yg berbeza juga.Ada yg boleh terima, ada yg tak..Cuma,kalau nak buat nugget ni jgn tebal2 sangat.Tp kalau untuk warga emas bolehlah buat tebal sikit supaya kekal rasa empuknya.Selamat mencuba kak CT.

Qasey Honey berkata...

lain dr yg lain ni...xpenah lg tfikir tempe boleh dinugetkan...skali pandang dh mcm nuget ayam pon yer jugak...hehehe

Gee® berkata...

Idea yg bagus ni... gee mmg suka mkn tempe goreng pedas...tak pernah terpikir nk buat naget... boleh la cuba nih...nmpk menyelerakan...

Rohah berkata...

Satu ari mmg pernah terfikir tau secara tak sengaja ttg nugget ni.Kebetulan ari tu ada nampak nugget tempe kat dapur Melly, nampak enak membayangkannya.Jadi dr situ cuba google2 resepi yang mudah.kebanyakan resepi nugget ni mmg famous dari negara Seberang.So,sy cuba mana yg senang difahami bahasanya n disediakan bahannya..

Rohah berkata...

Penggemar tempe mcm kta ni kak Gee mmg best je bila tahu tempe boleh buat nugget..lain dr yg lain..selamat mencuba..

Amie berkata...

Salam kenal Rohah,
cantik penampilan nugget tempe tu ...naik saham tempe.

Rohah berkata...

waalaikumussalam Amie..salam jua dr saya..ehehe, tempe mmg ada value sebenarnya..i like tempe