Khamis, 11 Julai 2013

BUBUR ABANG: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL Selangor)


Assalamulaikum..
Salam 2 ramadhan buat rakan muslim semua...Mudah-mudahan kita dapat menghadapi bulan barakah ini dengan penuh keikhlasan dan rasa ketaqwaan pada Pencipta kita, amin...

Mungkin dah ramai para suri yang mula berkira-kira dengan resepi  pilihan sebagai persiapan juadah berbuka puasa petang nanti.Pastinya juadah yang menjadi kegemaran keluarga yang akan terhidang di atas meja makan nanti kan.. 


Kali ini Damai Qalbu memperkenalkan hidangan pemanis mulut yang cukup terkenal dari masyarakat jawa Selangor, mungkin juga sama dengan negeri lain yang mempunyai majoriti/ minoriti keturunan jawa, misalnya negeri Johor atau negeri2 lain juga.

Kebiasaannya Bubur Abang atau dalam istilah melayunya yang membawa maksud Bubur Merah acapkali di masak untuk menzahirkan rasa kesyukuran seperti dalam majlis Hari Kelahiran dan meraikan kejayaan anak-anak dan sebagainya.Tapi ini bukanlah bermaksud mesti melakukannya, tapi sekadar meraikan dengan manisan mulut yang menjadi tradisi untuk di beri kepada sanak saudara dan jiran tetangga.

Dah lama saya tak jamah bubur ni sebenarnya.Selepas beberapa hari sihat dari demam hari tu, tekak teringin makan dessert sebenarnya, tetiba teringat pulak BUBUR ABANG yang mudah disediakan ni..rogerr terus.Untuk sukatan ni, agak besar jika sekadar nak jamu kita sekeluarga, so bolehlah adjust separuh sukatan jika ingin mencuba dengan sukatan yang berpatutan..Sedap tauu, lemak2 manis buah disulam sedikit rasa masin pada bahagian bubur yang bgerwarna putih tu..Bagi yang gemarkan lebih manis, bolehlah tambah sukatan gula untuk bubur yang berwarna merah.Terpulang pada citarasa ye..tapi berpada-padalah ye bila nak tambah gula tu..eheee...


BUBUR ABANG 
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:(anggaran hidangan 15-20 orang)
Bahan A
2 cawan beras
10 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B
1 biji kelapa parut (kisar bersama 8 cawan air di bawah)
8 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam (untuk dimasukkan ke dalam bubur yang telah diasingkan nanti)

Bahan C
2 1/2 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan bahan A dalam periuk, dan masak beras sehingga kembang.Pastikan beras dimasak dengan api sederhana dan sesekali dikacau alih.
2.Setelah nasi mengembang menjadi bubur, masukkan santan (dari bahan B) dan garam.Kacau sekerap yang boleh sehingga bubur naik wap.Setelah itu, ambil 3 cawan bubur tersebut dan asingkan ke dalam periuk lain.Tambahkan 1 sudu kecil garam ke dalam bahagian bubur putih tersebut (bahagian bubur yang putih ini memang perlu terasa masinnya).Masak sekejap hingga naik wap/ sedikit mendidih.Matikan api.
3.Bubur yang selebihnya pula dicampurkan dengan gula merah dari bahan C (boleh juga bancuh gula merah terlebih dahulu dengan air, kemudian tapiskan ke dalam periuk berisi bubur).Teruskan memasak bubur tersebut dan kacau sehingga tanak.Matikan api.
4.Sendukkan bubur merah ke dalam mangkuk/ pinggan yang sesuai, kemudian sendukkan sedikit bubur putih ke atas bubur merah tadi.Sedia untuk dimakan.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 9 Julai 2013

''AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...'' dan LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN

Assalamualaikum...
Salam ramadhan buat semua rakan-rakan maya yang dikasihi..
Mengambil kesempatan ini, mohon maaf di atas segala salah silap yang lalu sekiranya ada.Menjelangnya ketibaan ramadhan kali ini, berharap bertambahnya amal soleh sesama kita.Terbukanya pintu  rahmat seluas-luasnya oleh Rabbul Izzati, di mana dipenuhi oleh pahala2 jika kita berpeluang merebutnya, masyaAllah..Semoga Allah permudahkan urusan kita..Amin..

Lafaz Niat Puasa Ramadhan;
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Sumber; Khairul Azmi

Rabu, 3 Julai 2013

KARI KEPALA IKAN CHE JAH


Assalamualaikum..
Terima kasih kepada Che Jah berkongsi resepi kari yang enak, juga buat Kak Amie yang sudi panjangkan resepi Che Jah untuk dicuba bersama.Kebetulan masa kak Amie tayang kari kepala ikannya tempohari saya ada stock kepala ikan bawal ke ikan sebelah, saya pun dah tak ingat..sebab dah peram menu ni 2 minggu..

Sakit klu nak datang tiba2 je kan...makanya pada masa yang sama peti sejuk pun masa tu memeram bahan mentah yg dibeli dari Cameron Highland yang sebahagiannya rosak begitu saje...sayang rasanya, kira bukan rezeki untuk dimakan.Nasib baik tak memborong sakan, jawabnya mmg rasa kesal tak sudah..

Jomlah cuba kari Che Jah ni, memang sedap sangat bagi saya..harus try, pasti berbaloi menikmatinya.
KARI KEPALA IKAN CHE JAH
resepi:Che Jah Bakar
Sumber:Amie

Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal, jenahak, tenggiri dll
5 sudu makan rempah kari ikan
Sejemput/ secubit halba
Sejemput/secubit biji sawi
2 biji terung bulat- belah 4 (sy tak letak)
10 batang kacang bendi (sy tak letak)
1/4 cawan santan pekat
Sedikit asam jawa-bancuh dengan 1 cawan air
1 pelepah daun kari lurutkan
Garam/ gula/perasa pilihan

Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sejemput/ secubit jintan putih

Cara:
1.Goreng kepala ikan setengah masak dan ketepikan.
2.Gaul bahan tumbuk dengan rempah kari ikan hingga sebati (saya tambah sedikit air).
3.Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu dan berbau harum.
4.Masukkan bahan rempah kari, daun kari halba serta biji sawi dan tumis kacau hingga terbit minyak.
5.Masukkan air asam jawa, terung dan kacang bendi dan biarkan sehingga mendidih- sekiranya kuah terlalu pekat atau air terlalu sedikit, boleh tambahkan air sedikit lagi.
6.Masukkan kepala ikan.
7.Tambahkan santan pekat.Biarkan seketika sehingga masak.
8.Perasakan dengan garam, gula, perasa pilihan.

KANGKUNG CAMERON TUMIS



Assalamualaikum..
Salam ceria.Menu tertunggak ni..semenjak demam hari tu, dapur tak berasap..tuan badan banyak landing atas sofa je..2 hari ni baru start masak2 kat dapur..Simple je ni, tapi bestnya kangkung dari cameron ni, lebih lembut dan lagi sedap dari kangkung biasa.


KANGKUNG CAMERON TUMIS
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cekak kangkung cameron -potong pendek
5 tangkai cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah- tumbuk
1/2 biji bawang holland - hiris
3 ulas bawang putih- ketuk
Belacan secukupnya-tumbuk
Sedikit ikan bilis- tumbuk
1 sudu besar sos tiram
Cili besar- hiris
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara;
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sos tiram.Masukkan sedikit air jika perlu.Renehkan.
2.Masukkan kangkung, goreng secukupnya, taburkan cili besar dan matikan api.
3.Hidangkan.

Khamis, 27 Jun 2013

MOGA SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA..


Assalamualaikum...
Selama 7 hari saya mengalami demam diikuti sakit kepala dan pening berterusan.Telah dirujuk di hospital dengan membuat ujian darah dan doktor mengesyaki saya mengalami demam denggi.Namun tidak ditahan di wad kerana bacaan platlet saya masih kategori stabil, tetapi perlu berulang alik ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian darah ulangan bagi memastikan tahap bacaan platlet saya bertambah ok atau tidak.Semalam hari last saya membuat ujian darah, namun doktor yang memeriksa saya menafikan pula saya mengalami tanda2 demam denggi kerana darah putih saya pula bertambah.Mungkin disebabkan jangkitan virus dalam badan.Bertambah tak tenang pulak rasanya hati saya.Walaupun demam dah stabil, tetapi gejala pening, sakit kepala dan lemah badan  masih dirasai sesekali.Nasihat doktor yang bertugas supaya saya banyak minum air kosong..Doakan saya terus pulih..Jumpa lagi, insyaALLAH..

Khamis, 20 Jun 2013

FEVER

Salam semua, jumpa lagi bila demam saya dah kebah ye...

حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ

yang bermaksud:
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”                                                                      
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 

Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Kredit;Adana Shop

DOA DEMAM PANAS ATAU BIASA

 
Sumber; Ustaz Hanafi
Kredit;Adana Shop

Selasa, 18 Jun 2013

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum
Selamat bersiaran dan bersua lagi.Berkongsi menu ayam hari ni, dah sebulan lamanya menu ni langsai..alhamdulillah sedap sangat dan santai menikmatinya TQ untuk Kak Liza atas resepinya dan juga buat Kak Yatie yang sudi share  resepinya di blog beliau.

AYAM MASAK HALIA
Resepi:Kak Liza
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih & toskan)
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air*
1 sudu kecil tepung jagung* -bancuh bersama
1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang / daun sup- potong pendek
1 biji buah tomato- belah 4
1/2 batang karot- potong kecil
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit gula

Bahan Hiris:
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2.Masukkan ayam, lada hitam, sos tiram dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan tutup.
3.Masakkan ayam sehingga lembut.Masukkan karot dan gaul sebati.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan sehingga pekat.
5.Masukkan tomato buah dan daun bawang.Kacau rata.
6.Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.








Ahad, 16 Jun 2013

MARKISA SLICE CHEESE CAKE ..Selamat Hari Bapa




Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta juga especially hubby di sisi..Besar pengorbanan kalian berdua yang bergelar seorang bapa, kerana kalian berdua, kini aku berada di sini.Semoga pengorbanan kalian diberkati.

Atas pujukan anak dara, saya telah berjaya menyiapkan sebiji kek sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ni...Asal ada kek katanya, sebab ummi tak bagi apa2 kat abah, ujarnya..ahaii...
Yahh, ummi bersetuju, mentelahan saya sememangnya ada cadangan untuk membuat kek keju yang bertoppingkan buah markisa yang saya  beli di Cameron Highland minggu lepas.Susah nak jumpa buah tu di pasar2 biasa.


Kek yang terhasil dari kepingan keju ini sangat gebu dan lembut bila disuap ke mulut.Baik struktur dan rasanya sama seperti Cotton Soft Japanese Cheese Cake..Tak ada topping pun dah cukup lunak untuk dinikmati.Walaupun kek saya ni dimasuki air bain marie, kek ni tetap sedap dijamah bersama isi markisa yang masam2 manis..TQ buat Ros@ jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi kek ni.





MARKISA SLICE  CHEESE CAKE
Resepi:Ros@Jintan Manis(SLICE CHEESE CAKE)
Bahan-bahan:   (loyang 18 cm)
4-5 slice keju cheddar
200 ml susu segar
70 gm butter atau marjerin
70 gm tepung gandum - diayak dahulu
70 gm gula
4 biji telur saiz M
Beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1.Carikkan cheese slice kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slices cheese tadi cair.Kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6.Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunna rata.Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.Curah adunan kek ke dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah celcius selama 40 minit.Gunakan acuan kek 18 cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan struktur kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.Kek ini lembut dan ringan, tak rugi mencubanya.

Peringata:pastikan meringue betul-betul kental, cara nak tahu meringue dah kentaL ialah dengan cara mneterbalikkan bekas adunan dan meringue tidak akan jatuh.Kalau tak guna cara bain marie pun tak apa, janji ikut suhu betul2.

Topping
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 biji buah markisa - ambil isinya
2 sudu kecil gelatin halal*
1/3 sudu kecil agar-agar* -rendam bersama beberapa minit.
40 ml air*
1 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan gelatin halal dan serbuk agar-agar bersama air.Biarkan beberapa minit.
2.Tambahkan gula, masak sejekap atas api perlahan dan kacau hingga likat, masukkan isi buah markisa, kacau sebati dan matikan api.
3.Sejukkan pada suhu biasa sekejap kemudian masukkan dalam peti ais anggaran 10 minit.
4.Ratakan di atas permukaan kek.Hidangkan.

Dari Si Abang


Dari Si Kakak

Jumaat, 14 Jun 2013

Menu Berpantang;HARUAN KUKUS


Assalamualaikum..
Menu ni dah berlalu 3 minggu yang lepas.Ringkas tapi sedap dengan  aroma minyak bijan yang harum.Bukan dalam pantang pun boleh je menikmatinya sebab dah kompem sajian sihat...Sedap tau, belum cuba belum tahu.. ;D

HARUAN KUKUS
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan haruan- saiz besar
3 cm halia- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
Lada hitam secukupnya- tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak bijan secukupnya
Daun sup secukupnya

Cara;
1.Didihkan air dalam periuk kukusan.
2.Sediakan bekas yang sesuai.Urapkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit  garam.Titiskan minyak bijan.
3.Kukus selama 20 minit.
4.Hidangkan bersama hirisan daun sup.