Selasa, 18 Jun 2013

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum
Selamat bersiaran dan bersua lagi.Berkongsi menu ayam hari ni, dah sebulan lamanya menu ni langsai..alhamdulillah sedap sangat dan santai menikmatinya TQ untuk Kak Liza atas resepinya dan juga buat Kak Yatie yang sudi share  resepinya di blog beliau.

AYAM MASAK HALIA
Resepi:Kak Liza
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih & toskan)
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air*
1 sudu kecil tepung jagung* -bancuh bersama
1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang / daun sup- potong pendek
1 biji buah tomato- belah 4
1/2 batang karot- potong kecil
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit gula

Bahan Hiris:
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2.Masukkan ayam, lada hitam, sos tiram dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan tutup.
3.Masakkan ayam sehingga lembut.Masukkan karot dan gaul sebati.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan sehingga pekat.
5.Masukkan tomato buah dan daun bawang.Kacau rata.
6.Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.








11 ulasan :

zila norazila berkata...

Lauk akk dinner mlm td..mmg sdap kn..brtmbh2 suami akk mkn..dia kt sedapp..

mama sara nur berkata...

Tqq Rohah
sedap ni akak suka ada halia tu

Chah berkata...

Seingat2 k.chah festaim makan ayam masak halia ni kt kedai2 masakan thai. Mmg menjilat jari tgn kaki sumer...mmg feberet...badan yg berat terasa ringan sbb kuasa halia tu kot...tp pastu kembali berat balik sbb mkn nasik 2 pinggan menggunung penangan ayam ni....hukhuk

HALAMANKU berkata...

Salam Kak Rohah wah nampak sedap n yang penting nampak mudah bila disemak bahan2nyer tq kak share resepi.. boleh di cuba sebelum tuh.. aper kata nak join kat umah akak neh dulu.. alpo ni makn ngan nasi panas2 bertambah neh he he he

Mori Said berkata...

Sedapnya lauk nie... dah lama x buat lauk cam nie...

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum..
sedapnya ayam masak halia..
ni kalau makan tak habis2 buang anginnya...

tun_telani berkata...

salam kak.. kalu tun, letak serbuk kunyit jugak. ni ala2 chinese food sket... tp nmpk sedap..

Liza berkata...

perghhh, makan kompem sampai jilat jari kan...hihihi

ummiaisyah berkata...

fuh...sedap! salah satu menu feberet sbb senang dan konpem licin!

ady berkata...

salam
sedapnye..mkn dgn nasi panas2 sedap!!!

Homestay Melaka Mansor Choot berkata...

Homestay murah untuk didiami bertempat di bachang melaka . http://homestaymansorchoot.blogspot.com/