Jumaat, 14 Jun 2013

Menu Berpantang;HARUAN KUKUS


Assalamualaikum..
Menu ni dah berlalu 3 minggu yang lepas.Ringkas tapi sedap dengan  aroma minyak bijan yang harum.Bukan dalam pantang pun boleh je menikmatinya sebab dah kompem sajian sihat...Sedap tau, belum cuba belum tahu.. ;D

HARUAN KUKUS
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan haruan- saiz besar
3 cm halia- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
Lada hitam secukupnya- tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak bijan secukupnya
Daun sup secukupnya

Cara;
1.Didihkan air dalam periuk kukusan.
2.Sediakan bekas yang sesuai.Urapkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit  garam.Titiskan minyak bijan.
3.Kukus selama 20 minit.
4.Hidangkan bersama hirisan daun sup.

11 ulasan :

Unknown berkata...

Tengok ikan haruan Rohah ni, teringat masa akak lepas operate dulu. Hari2 terpaksa makan ikan haruan, nak cepat baik. Sekarang ni susah nak jumpa.

Tanpa Nama berkata...

Ini mmg betul2 menu pantang, cuma saya tak mkn haruan

Nadz Nazharzan berkata...

Susah nk jumpa ikan ni. Seingat nadz, nadz x pernah mkn ikan haruan..

ady berkata...

salam
tak pernah mkn ikan haruan..sedap ke kak Rohah..

tun_telani berkata...

tun pun xpenah makan ikan haruan. sama ke rasa ngan ikan keli. muka dia dh sepesen dah. hihi

Rohah berkata...

Salam Naz, Tina, bro Ady n Tun, ikan haruan sedap, banyak isi dan bau hanyirnya tak sekuat ikan keli..sedap buat sup, goreng n kukus.

Chah berkata...

Weeeehuuuu.....errr x bape suka walopun kena mkn jugak2 masa dlm pantang...tp kalau goreng garing ai on... wahh boleh tambah nasik..abih terbertas bengkung....boleh gitu??

Tanpa Nama berkata...

Sedapnyer...... Klau x bpantang msti ltak cili lbh ckit, trangkat......

hana berkata...

aritu ms anak pantang susah tol nak carik haruan... kalau kat kampung senang arep ngolek... nang bandar kok puuuuuwayah thoo!

zila norazila berkata...

Akk jrg jumpa haruan kt kaw umh akk..trigin jgk nk msk..klu lauk mcmne brtmbh nasi rohah..

weezana berkata...

Salam kenal Rohah, tengah berpantang ye?