Assalamualaikum...
Nak share resepi ambon a.k.a apam yang sedap hari ni, tapi kena buat tapainya dulu.Kalau ada nasi lebih, cubalah buat tapainya dulu dan simpan 2 hari pada suhu biasa.Kalau terlebih hari peram nasi tu pun tak apa, tak busuk pun..
Apam yang dibuat menggunakan tapai lagi sedap berbanding apam yang tak menggunakan tapai..kenyal dan lemak saya rasa.Time nak mengukus saya buat 2 versi, sebahagian saya sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu, sebahagian lagi saya tak sapukan minyak pada acuan.Result yang saya dapat, apam yang merekah terhasil dari acuan yang saya tidak sapukan dengan minyak..tapi sebenarnya saya tak pasti adakah itu semua mitosnya..
Jika dilihat pada pic resepi di buku asal, ambon tersebut sememangnya merekah riang dan tidak perlu sapukan minyak pada acuan ketika mahu mengukus.Tapi bagi saya semua tu adalah menjadi cerita yang kedua, cerita yang pertama, ambon ni tetap SEDAP sekalipun tak merekah..itu yang penting..he heee..
AMBON MELAYU
Sumber:Buku KUIH -Local Pastry
Bahan A (tapai)
400 gm nasi
4 1/2 sudu kecil yis- saya guna mauripan
2 sudu besar gula
Bahan B
250 gm tepung beras
75 gm tepung gandum
200 gm tapai
1 sudu kecil serbuk penaik berganda (Baking Powder double action)
Bahan C (sirap)
210 gm gula
210 gm air
Bahan D
250 gm air suam
1 1/2 sudu kecil eno
1 sudu kecil serbuk penaik berganda- (Baking Powder double action)
Pewarna merah secukupnya
Cara:
1.Satukan bahan A, biarkan selama 2 hari.
2.Masakkan bahan C sehingga gula larut.
3.Ayak tepung dan baking powder di bahagian B, satukan kesemua bahan di bahagian B tersebut dan ulikan menjadi doh.
4.Tuangkan sirap ke dalamnya.Terus menguli untuk seketika.Ketepikan selama 20 minit.
5.Tuangkan air suam dan sedikit pewarna merah dari bahan D.Satukan.Masukkan ENO dan serbuk penaik berganda.Satukan.Masukkan bahan A.Satukan.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan cawan.Kukus di dalam pengukus selama 25 minit.
10 ulasan :
buat minum petang sedap nie rohah..:) cantik
salam
cantik mekarnye tu...
Salam kak rohah.. rajinnya nk peram 2 hari baru dpt makan ye. hihi.. tun tunggu org kasi tapai baru blh wat nih.
sedapnyer rohah...saya dh banyak kali buat kuih ni, tp tak satupun yang elok kejadiannya..dan penyelesaiannya, beli jer la kat pasar malam tiap2 minggu. hati pun tak sakit, badan x penat
Memang enaklah apam ambon ni Rohah... lain baunya kalau guna tapai, semerbak... sedap lagi. Tapi dah lama sangat tak merasa apam yang begitu.... kepingin mangan tapi orak iso nggawe tapey....
suka yang merkah.. riang betul!!!
Assallamualaikum Rohah..
Oooo..boleh ye kita simpan sampai 2 hari nasi tu nak dibuat tapai. Naz kalau buat apam nasi guna terus je lebihan nasi malam tadi. Boleh cuba juga lah lain kali nak lihat perbezaannya.
Betul lah tu rohah.. Bukan mitos. Kalau kita sapu acuan dgn minyak, masa apam tu naik sewaktu mengukus, bahagian2 tepinya turut sama naik. Sebab tu tak merekah tapi kalau kita tak sapu minyak, masa apam tu naik sewaktu mengukus, bahagian2 tepi apam tu macam digam dan dipegang kat acuan tu. sbb tu merah di tengah2... Kalau rohah tak sapu minyak tapi letak papper cup pun ia akan jadi merekah..insyaAllahh... Hahaha...kongsi pengalaman jer.. tapi tak delah expert sangat..
Nak jugak merasa ambon melayu...
cntik rohah dan menjadi je..kak ruby lum pernah mkn ambon melayu lg ni
Assalam Rohah'
samalah macam akak kadang2 nak buat apam yang merekah ditengah dia jadi semyum simpul sikit aje tapi kalau kita tak nak apamnya merekah boleh terjueh aje mulut muncung dia tu..heheh apa2pun memang betul asal rasany sedap oklah kan..masuk perut dah tak nampak dah..haha
Catat Ulasan