Ahad, 16 Jun 2013

MARKISA SLICE CHEESE CAKE ..Selamat Hari Bapa




Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta juga especially hubby di sisi..Besar pengorbanan kalian berdua yang bergelar seorang bapa, kerana kalian berdua, kini aku berada di sini.Semoga pengorbanan kalian diberkati.

Atas pujukan anak dara, saya telah berjaya menyiapkan sebiji kek sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ni...Asal ada kek katanya, sebab ummi tak bagi apa2 kat abah, ujarnya..ahaii...
Yahh, ummi bersetuju, mentelahan saya sememangnya ada cadangan untuk membuat kek keju yang bertoppingkan buah markisa yang saya  beli di Cameron Highland minggu lepas.Susah nak jumpa buah tu di pasar2 biasa.


Kek yang terhasil dari kepingan keju ini sangat gebu dan lembut bila disuap ke mulut.Baik struktur dan rasanya sama seperti Cotton Soft Japanese Cheese Cake..Tak ada topping pun dah cukup lunak untuk dinikmati.Walaupun kek saya ni dimasuki air bain marie, kek ni tetap sedap dijamah bersama isi markisa yang masam2 manis..TQ buat Ros@ jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi kek ni.





MARKISA SLICE  CHEESE CAKE
Resepi:Ros@Jintan Manis(SLICE CHEESE CAKE)
Bahan-bahan:   (loyang 18 cm)
4-5 slice keju cheddar
200 ml susu segar
70 gm butter atau marjerin
70 gm tepung gandum - diayak dahulu
70 gm gula
4 biji telur saiz M
Beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1.Carikkan cheese slice kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slices cheese tadi cair.Kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6.Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunna rata.Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.Curah adunan kek ke dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah celcius selama 40 minit.Gunakan acuan kek 18 cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan struktur kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.Kek ini lembut dan ringan, tak rugi mencubanya.

Peringata:pastikan meringue betul-betul kental, cara nak tahu meringue dah kentaL ialah dengan cara mneterbalikkan bekas adunan dan meringue tidak akan jatuh.Kalau tak guna cara bain marie pun tak apa, janji ikut suhu betul2.

Topping
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 biji buah markisa - ambil isinya
2 sudu kecil gelatin halal*
1/3 sudu kecil agar-agar* -rendam bersama beberapa minit.
40 ml air*
1 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan gelatin halal dan serbuk agar-agar bersama air.Biarkan beberapa minit.
2.Tambahkan gula, masak sejekap atas api perlahan dan kacau hingga likat, masukkan isi buah markisa, kacau sebati dan matikan api.
3.Sejukkan pada suhu biasa sekejap kemudian masukkan dalam peti ais anggaran 10 minit.
4.Ratakan di atas permukaan kek.Hidangkan.

Dari Si Abang


Dari Si Kakak

9 ulasan :

Evelyn Gemina berkata...

Assalam & selamat malam kak rohah...

Wah sedapnya kek, hari ni pun saya buat cheesecake juga. Selamat hari bapa buat hsbnd & ayah akk :)

Unknown berkata...

so sweet abg dan kak bg adiah kat ayah ye..jadi anak yg baik ye sayang..

Yatie berkata...

tentu sedap kek ni sbb ada buah markisa...terasa masam manisnya...kan.

ady berkata...

salam
sedapnye kek markisa..tak pernah mkn buah markisa..mcm mana rasanye masam manis ke..?

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sedapnyerrr!! tun xpenah lg jumpa org jual markisa kat sini.

Sweet red cherry berkata...

salam kak..

uniknya chez kek tu dengan markisa..kreatif..misti rasanya pun unik juga kan..

Sweet red cherry berkata...

salam kak..

uniknya chez kek tu dengan markisa..kreatif..misti rasanya pun unik juga kan..

M a W a D D a H berkata...

first time tgk resepi cheese kek dgn markisa...sedap tu...

Han Hanni berkata...

Markisa sgt masammm..kat rumah mertua ada pokoknya..buahnya xde mkn selain wat air dan ltk gula byk2