Khamis, 12 September 2013
Isnin, 9 September 2013
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN.....

gambar; google
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Selamat menjalani peperiksaan dengan tenang buat anakanda Muhammad Irsyad dan semua calon2 UPSR 2013.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian...Semoga kejayaan menjadi milikmu nanti, amin..

sumber;shafiqolbu
Rabu, 4 September 2013
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Assalamualaikum..
Biskut dah habis, baru nak keluar N3..Takpe la kot kan..Saya suka makan biskut ni, kalah kanak-kanak riang..Ramai blogger yang dah try resepi Chef ni, nampak mudah je bahan-bahannya, tu yang tak ketinggalan mencuba juga..Rangup hasilnya, alhamdulillah..Mekasih atas perkongsian resepi ni Kak Hanieliza..Mekasih gak utk Kak Norzie atas sumbernya..
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Resepi; Chef Hanieliza
Sumber;Norzie hany
Bahan A;
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
Bahan B [gaul rata];
230 tepung gandum
20 gm serbuk koko [ayakkan]
100 gm coklat chips
50 gm white coklat chip [boleh gantikan dengan coklat rice]
50 gm badam cincang [roasted]
50 gm nestum
Cara;
1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.[saya tambahkan kauntiti tepung secukupnya kerana adunan masih lembik]
4.Sudukan adunan kecil-kecil [besar guli] dalam loyang.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Isnin, 2 September 2013
KEK BUAH KUKUS
Assalamualaikum..
Masih bersiaran lagi dengan kek lebaran 2013..Makin jarang pulak tuan tanah bersiaran, sibuk sangat tidak le, tapi senang cerita, ada banyak perkara lain yang lebih diutamakan dahulu..insyaAllah klu dah free over2..mahunya hari2 boleh ngupdate...haaaaa..
Kek buah kukus yang agak Hot di alam maya untuk tahun 2013, ramai rakan2 yang dah berjaya menghasilkannya..Kini turn saya pula..alhamdulillah memang sedap, saya setuju dengan kemanisan yang tidak keterlaluan..Kelembapannya pun memang diperakui, lebih2 lagi bila dah banyak hari kek ni disimpan..thanks untuk penyumbang resepi asal,Chef Zubaidah Chepa.Seterusnya buat Kak Uteh dan Kak Sheila yang sudi berkongsi lagi...
KEK BUAH KUKUS
Resepi;Chef Zubaidah Chepa [Buku Steamed Cake]
Sumber;Kamilia Ibrahim Kak Uteh
Olahan; Sheila/ Spicesjourney
Bahan-bahan;
225 gm mentega
340 gula pasir
50 gm air panas
500 gm mixed fruits/ Buahan campuran
3 biji telur [saya guna saiz A]
1 sudu teh Cream of Tartar [ayak]
2 sudu teh soda bikarbonat [ayak]
350 gm tepung gandum [ayak]
1 sudu teh serbuk Nutmeg/ Buah pala [ayak]
1 sudu teh Vanilla Extract/ Essence
Cara;
1.Masakkan gula pasir sampai perang [jangan sampai hangus pulak] dan tuangkan air panas perlahan-lahan.Guna api kecil sahaja.Masukkan mentega /marjerin dan biarkan cair.Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.Ketepikan dan sejukkan sebentar.
2.Ayak semua bahan bertanda/ kurungan [..].Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
3.Dalam bekas lain, pukul telur sebentar.[saya pukul mengunakan mixer].Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul-betul sebati.Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas 4 segi bersaiz 7''x7'' dan kukus selama 4 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya.Kek ni jika dikukus 2 jam pun dah masak, tetapi untuk mendapatkan kelembapan seperti ini, kukuslah 4 jam.Kukus dengan api yang sederhana pada2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir, kukus dengan api yang kecil.Jika mahu tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
5.Alas tutup pengukus dengan tuala atau kain, supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang / bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek.Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
6.Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dahulu hingga sejuk.Jika terus angkat buah akan turun.Selepas itu bolehlah keluarkan dari pengukus.Potong kek apabila benar-benar sejuk, lebih bagus biarkan ia semalaman dalam tudung saji.Pesan Kak Uteh lagi kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Khamis, 29 Ogos 2013
PINEAPPLE ROLLS
Assalamualaikum..
Masih dalam bulan syawal dan mood raya kan...Meh kuarkan biskut tart yang sangat sedap..lebih2 lagi bila disua ke mulut ketika masih suam2..Tq Rahel kerana sudi kongsikan resepi Chef Alan Ooi ni..berbaloi2 sedapnya..
Untuk inti jem nenas saya guna yang ready made,..sebab malas sangat time tu nak ngupas2 nenas..urmm..Next time try resepi lain pulak.Kiranya baru first time merajinkan diri menggulung sendiri tat ni, biasanya tunjuk je..
PINEAPPLE ROLLS
Resepi; Chef Alan Ooi
Sumber; Rahel
Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]
Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]
Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu
Glazing; 2 kuning telur
Cara membuat;
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih
Cara membuat;
1.Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
3.Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.
Selasa, 27 Ogos 2013
SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY
Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.
Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.
KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Bahan-bahan:
Cara:
KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Bahan-bahan:
Resepi:Chef Noraini Zakaria
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]
Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.
Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...
Khamis, 22 Ogos 2013
SALAM AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN
Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua..alhamdulillah bertemu lagi di bulan syawal yang barakah ini.Terlalu lama rasanya saya menyepi walau 2 minggu cuma, namun belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri.
Mengambil kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam lebaran, diiringi jutaan kemaafan buat rakan2 yang mengenali saya di Damai Qalbu atau walau di mana jua anda berada.Maaf dipinta jika ada keterlajuan bicara dan perlakuan yang kurang selesa selama kita berwasilah di sini..
Jumpa lagi...
Khamis, 1 Ogos 2013
NESTUM RANGUP
Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..
NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI
Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]
Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah
Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah celcius selama 18 minit]
Rabu, 31 Julai 2013
BISKUT SUJI
Assalamualaikumm..
Saya percaya ramai rakan2 di luar sana yang dah buat biskut kan..macam2 biskut boleh kita try, cuma kemahuan je yang perlu diperintiskan, kalau tak betul2 memang M juga nak memulakannya.
tekun beriya nak tolong letak ceri kat sekut tu.. ;D
BISKUT SUJI
Sumber; Resepi Biskut Dan Kek
Bahan-bahan;
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus -ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan
Cara;
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi.
3.Masukkan semua jenis tepung dan gajus.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
5.Kemudian bulat-bulatkan adunan.Bubuh ceri di atasnya.
6.Bakar hingga masak.
nota;oleh kerana adunan masih lekit dan lembik, saya tambahkan lagi tepung gandum bersulam tepung jagung untuk mendapatkan struktur yang tidak melekit.Agak-agaklah ye banyak mana tepungnya tu..
nota;oleh kerana adunan masih lekit dan lembik, saya tambahkan lagi tepung gandum bersulam tepung jagung untuk mendapatkan struktur yang tidak melekit.Agak-agaklah ye banyak mana tepungnya tu..
Selasa, 30 Julai 2013
IKAN BAWAL MASAK CUKA; MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]
Assalamualaikum..
Ikan dimasak cuka merupakan menu kegemaran saya walaupun simple je bahan-bahannya.Menu ni sedap jika menggunakan ikan yang mempunyai isi tebal ataupun spesis besar..untuk kuah pulak, terpulanglah pada citarasa masing2, mungkin ada yang gemarkan kuah yang agak banyak.Tetapi sesetengahnya gemarkan kuah yang agak kering.
Hidangan ni saya buat untuk makan sahur, memang sedap bergandingan dengan nasi panas.Tak pasal2 macam nak tambah nasi je...issshhh.
JOM masak..
Resepi; Rohah
Bahan-bahan;
1 ekor ikan bawal emas
1 labu bawang besar- hiris
1 labu bawang besar- belah 4
5 ulas bawang putih- hiris
4 cm halia- hiris
2 tangkai cili besar hijau/ merah- belah/tidak putus
1 sudu kecil biji sawi
1//4 cawan cuka- boleh kurangkan
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak
Bahan-bahan;
1.Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.Goreng dan ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, kacau sekejap kemudian masukkan bawang besar [belah 4] dan biji sawi.
3.Masukkan air dan cuka.Renehkan.
4.Masukkan ikan dan cili besar, kacau rata dan biarkan didih menggunakan api sederhana.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, matikan api.
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 23 Julai 2013
SUP TULANG ALA SIAM
Assalamualikum..
Kembali bersiaran, alhamdulillah.Banyak hari juga saya tak m'update dan BW..harap2 semua rakan maya ceria..
Menu yang menyegarkan untuk dibuat makan sahur..tapi yang ni N3 tertunggak sebelum ramadhan hari tu, tapi kalau ada sesiapa yang teringin nak jamah sup untuk dibuat makan sahur, bolehlah buat..TQ buat Faa atas resepinya..
SUP TULANG ALA SIAM
Resepi;Faa
Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa
Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)

















































