Isnin, 2 September 2013

KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum..
Masih bersiaran lagi dengan kek lebaran 2013..Makin jarang pulak tuan tanah bersiaran, sibuk sangat tidak le, tapi senang cerita, ada banyak perkara lain yang lebih diutamakan dahulu..insyaAllah klu dah free over2..mahunya hari2 boleh ngupdate...haaaaa..

Kek buah kukus yang agak Hot di alam maya untuk tahun 2013, ramai rakan2 yang dah berjaya menghasilkannya..Kini turn saya pula..alhamdulillah memang sedap, saya setuju dengan kemanisan yang tidak keterlaluan..Kelembapannya pun memang diperakui, lebih2 lagi bila dah banyak hari kek ni disimpan..thanks untuk penyumbang resepi asal,Chef Zubaidah Chepa.Seterusnya buat Kak Uteh dan Kak Sheila yang sudi berkongsi lagi...

KEK BUAH KUKUS
Resepi;Chef Zubaidah Chepa [Buku Steamed Cake]

Bahan-bahan;
225 gm mentega
340 gula pasir
50 gm air panas
500 gm mixed fruits/ Buahan campuran
3 biji telur [saya guna saiz A]
1 sudu teh Cream of Tartar [ayak]
2 sudu teh soda bikarbonat [ayak]
350 gm tepung gandum [ayak]
1 sudu teh serbuk Nutmeg/ Buah pala [ayak]
1 sudu teh Vanilla Extract/ Essence

Cara;
1.Masakkan gula pasir sampai perang [jangan sampai hangus pulak] dan tuangkan air panas perlahan-lahan.Guna api kecil sahaja.Masukkan mentega /marjerin dan biarkan cair.Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.Ketepikan dan sejukkan sebentar.
2.Ayak semua bahan bertanda/ kurungan [..].Masukkan ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
3.Dalam bekas lain, pukul telur sebentar.[saya pukul mengunakan mixer].Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul-betul sebati.Di sini saya kacau dengan senduk kayu pula.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas 4 segi bersaiz 7''x7'' dan kukus selama 4 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya.Kek ni jika dikukus 2 jam pun dah masak, tetapi untuk mendapatkan kelembapan seperti ini, kukuslah 4 jam.Kukus dengan api yang sederhana pada2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir, kukus dengan api yang kecil.Jika mahu tambah air pengukus, pastikan  ditambah dengan air panas.
5.Alas tutup pengukus dengan tuala atau kain, supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang / bekas dengan aluminium foil semasa mengukus kek.Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
6.Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dahulu hingga sejuk.Jika terus angkat buah akan turun.Selepas itu bolehlah keluarkan  dari pengukus.Potong kek apabila benar-benar sejuk, lebih bagus biarkan ia semalaman dalam tudung saji.Pesan Kak Uteh lagi kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.






12 ulasan :

Amie berkata...

Kepingin nggawe ... kepingin mangan... kapan emboh arek iso.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Memang rajin betul Rohah... akak buat yg tunjuk ajer ;)
Cantik kejadian kek kukus Rohah ni...

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
kan musim raya akak pun lemau nk update blog he heee mkn biskut raya lebih he hee
ohhh kek buah yg sedappp tu nk buat lg entah bilaaa

asyifamustaffa berkata...

Teringin nak buatnya kak....nak rasa kesedapannya tu..tp yg buat risaunya...takut anak2 kutip buah dlmnya...kang togel jadi keknya...huhuhu...

Mel berkata...

lama dah tak bakar2 kek ni..sejak habis lebaran ni, mood membakar/mengadun takde, jadi makan kek kat rumah terbuka orang je..hihi

Melly Octaviana berkata...

Mertua suka kek macam ini... jadi mau lihat nya.. ;)

rahel berkata...

Aigooooo....aigoooo....jadi terliur bah...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam rohah..
maaf jugak sbb akak pun lama tak singgah sini.. mmg sibuk juga dgn pelbagai perkara.. rindu nak BW.. kalau boleh nak singgah semua blog kwn2.. tp tulah.. masa tak mengizinkan.. salam aidilfitri maaf zahir & batin dari akak ye... sedap2 kuih muih yg rohah sediakan utk lebaran.. mmg rajin..

asmahyusof berkata...

Salam kak Rohah ....sama la as lemau nak mengupdate....cantik keknya....buahnya pun elok jer serata :)

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sedap nmpk kek buah nih, lembab je rupa dia. tun suka makan fruit cake atas flight MAS. sama x rasa dia kak?

kak ruby berkata...

nampak sedap nyer, teringin gak nak buat rohah........

Shima Zahar berkata...

Ya allah.. sedapppnya kek buah nie.. nampak lembab dan penuh dgn buah.. selalu beli sure kek buah tu kering.. kurang menepati citarasa.. nak buat x berapa reti.. hehehe..