Ahad, 1 Julai 2012

PULUT KUKUS & BUBUR DURIAN


Selamat malam dan bersua kembali...
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat kehidupan, bersyukur atas pemberianNya.Berbicara di sini juga merupakan satu nikmat, kerana  kita masih mampu bermuamalat dan berukhuwah.
O.klah, berbalik pada menu yang ringkas ini, sementara musim durian tengah meriah ni, puaslah jugakan buat macam2 menu berasaskan raja segala buah ni.Ari tu saya asyik membantai durian je, makanya terimalah habuan ; gastrik menyerang.Haaaa...masa makan tak beringat...(bisalah tu..hehhe)


PULUT KUKUS & BUBUR DURIAN
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Pulut:
2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
1 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil minyak masak

Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan dan garam, kukus beras pulut selama 15 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 5 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.
Bahan bubur durian:
20 ulas durian @ 2 biji durian* (kalau isi durian padat, cukup 1 biji)
500ml air* | rebus bersama anggaran 5 minit
1 liter santan dari satu biji kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)* kalau nak lagi pekat boleh tambah 1 sudu besar lagi

Cara:
1.Rebus durian bersama air dan daun pandan anggaran 5 minit.Kemudian masukkan santan, gula dan garam.
2.Kacau sentiasa dengan api sederhana hingga meruap dan mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati hingga tanak.
3.Hidangkan bersama pulut atau roti, ataupun boleh dimakan sebagai bubur..

13 ulasan :

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ni yg sedap makan petang2, kan..

rahel berkata...

Sedap2 semuanya..macam nak naik belon je ke rumah kak Rohah..hehe..

dapurCikWan berkata...

sedapnya..pulut durian ;))

hazila berkata...

Aduhai sana sini org tayang pulut durian. badan tak berapa sihat, jadi telan air liur je lah ni....

Melly Octaviana berkata...

Omg..my fav nih,mmg sedap di mkn dengan durian,hisss kat sini belum musim durian..*ambil semangkuk

Nuwairani berkata...

assalamualaikum akak! sori sangat2...nani ingatkan nani dah follow akak. rupanya belum. patutlah selama ni duk tunggu entry akak di bloglist. tapi tak kuar2 pun. ingatkan akak jarang update. sekali dah bukak ni rupanya nani belum follow..sori sangat2...

wah! pulut durian ni memang salah satu menu wajib dibuat setiap kali musim durian. tapi kat sabah ni macam tak berapa menjadi duriannya. tak tahulah kenapa.

Mieza berkata...

Salam Rohal..terima kasih sudi bertandang ke blog mieza..salam perkenalan dari mieza juga..rohal..mieza punyer feveret ni..mmg sedap pulut durian...skg kat Tg Malim ni byk durian..murah2 dan sedap2...

Qasey Honey berkata...

wahh2...duk santai kt laman rumah yer...sna sni duk tyg resepi durian...kecur tgk...

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

As'kum Rohah cayangg sori akak baru nak datang ni.. busy sangat.. datang dah tengah malam.. nampak durian aduiii kat rumah masih banyak lagi durian tapi busy dan dapur baru hari ni berasap! ni perut pulak berasap nampak serawa huaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

fuyoo sedapnya

quinnie berkata...

sedapnya bubur lolian..hehehhe..dia kalau tengah musim kalau tak buat bubur ni memang tak sah rasanya...kekekek

CA berkata...

auchhh...nyaman ni makan fullut ngan durian....ditaman yg menhijau gitu...dap..dap.skang musin durin kan...memang kena amik kesempatan la masak menu2 ala2 durian gitu...muahhh!

FnF Simple Life berkata...

salam kenal...bubur djurian itu sedapppnye... anto ke chiba semangkuk...nk cicah roti