Assalamualaikum...
Rindunya rasanya nak BW, tapi masa dan keadaan tak berapa nak mengizinkan, agak sibuk dengan sedikit urusan keluarga.Anak buah suami walimah pada 7 Julai yang lalu, dan kebetulan juga ayahanda tercinta menjalani operation pada tarikh yang sama.Doakan ayahanda saya sihat seperti sediakala.Amin..Moga doa2 kalian antara doa yang mustajab dengan izin-Nya.
Maaf pada rakan2 yang lain kerana tidak dapat singgah ke dapur anda semua, insyaAllah perlahan2 saya akan terjah juga..ehehe..Terima kasih pada rakan2 blogger yang masih setia menjenguk Damai Qalbu yang banyak kekurangan ini...TQ banyak2 sekali lagi ye..
O.klah, berbalik pada N3 kali ni, julung kalinya saya buat kentang putar yang dah lama diidam-idamkan..Puas makan kentang yang kita buat sendiri.Buat pun takdelah susah mana kan...asalkn bahan-bahannya cukup.Tapi time buat ni saya takde stok daun saderi, namun hasilnya tetap enak.Tq buat adizah@myresipi, empunya resepi asal Kentang Putar ni.Namun sumbernya saya perolehi dari kak Irma, tq juga buat akak.Untuk sos kentang putarnya boleh rujuk kat myresipi di mana resepinya dimiliki oleh daunpandan@myresipi.Tq banyak2...Sumbernya pulak saya dapat dari kak Irma lagi.Tq sekali lagi.
Dah ada kentang putar, makanya kenalah cari lawannya pulak; apa tu???aha..Coleslowlah...wah, memang best2 aje nguyah Coleslow hasil resepi ros@jintanmanis ni.Memang terbaik, cincang2 kejap je dah siap, fridgekan kejap n boleh makan terus..Tq ye ros..
Resepinya tengok bawah ye..
Bahan-bahan untuk kentang putar:
6 biji kentang yang bersaiz besar
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
1.Kupaskan kentang dan potong dadu.Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk, toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan kentang masih panas.
2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata.Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Tambahan:Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais, boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar.Sedap.Bertambah lemak.D:
resepi :daun pandan@myresipi
Sumber:Irma
Bahan-bahan:
650ml air
1 biji bawang holland | cincang halus
1 batang saderi | cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi (saya guna kiub ayam Knorr)
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan cair.Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan.
3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram.Kacau sebati.
5.Masukkan kicap pekat.Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
6.Masak sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam.
7.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka kuah cair, boleh dah tutup api.
COLESLOW
resepi:ros@jintanmanis
Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
resepi:ros@jintanmanis
Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
4 ulasan :
salam Rohah
amboi menu mata biru ke ni sedap nampaknya semua nya tu sesekali layan mmg terangkat ni Rohah kan..
salam
sedapnya, bestkan buat sendiri, jimat 7 bersih
salam syg rohah
smoga ayah cepat sembuh seperti sediakala..kntang putar mmg berbaloi wt sendiri..akk pun suka mkn.mmg sedap..rajin tul rohah nielah:P
Lama juga tak buat kentang putar sendiri....
Catat Ulasan