Rabu, 7 Mac 2012

FILLET IKAN DORI GORENG BIJAN




Assalamualaikum..
Selamat malam dan bersiaran kembali..
Sajian ringkas dan enak untuk hidangan makan malam saya hari nie..Filet Ikan Dori Goreng Bijan.
Kerapkali juga makan, tapi baru pertama kali mencuba untuk menghidangkannya sendiri..Ternyata berbaloi..



FILET IKAN DORI GORENG BIJAN
Resepi:rohah_rohaisha

Bahan A:
700gm isi ikan dori | potong
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan B:
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 sudu kecil bijan hitam
1 sudu kecil bijan putih
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil basil whole
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1.Satukan bahan A dan gaul rata.Ketepikan
2.Satukan bahan B dan gaul rata.Ambil isi ikan dori dan golek-golekkan ke dalam bahan campuran tepung tadi (bahan B) hingga sekata.
3.Goreng dalam minyak panas hingga masak dan kekuningan dengan api sederhana besar.
4.Angkat dan toskan.



6 ulasan :

izahdaut berkata...

assalamualaikum..
waduhh best bangat dapat makan ikan rangup2 gitu. mcm fish n chip ke kalau buat gini ek.. anak2 suke makan ikan berbanding ayam..

Qasey Honey berkata...

sedap tgk ikan dori goreng ni...
nmpk rangup...ni klau mkn gitu pon sedap jugak agknya kn...

rahel berkata...

Waduh...tergoda i dengan fillet ikan dori goreng...nak singgah makan la..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Izah..
Sedap Izah,kalau tak kerana kesiankan nasi..memang nak ratah ikan ni saje mahunya..Kalau panas2 lagi dijamah lagi terasa rangup tau..

Rohah berkata...

Gara2 dapur Rahel hidangkan ikan dori goreng ari tu, keinginan nak makan ikan ni menjadi2 pulak..apalagi?? lari terus ke pasaraya mencarinya..alhamdulillah dapat...Kalau boleh nak ratah je ni..

Rohah berkata...

Betul Qasey Honey, rangup lagi bila makan panas-panas..memang tak cukup rasanya kalau meratah ikan nie..