Assalamualaikum...
Salam jumaat yang dingin, syukur dengan nikmat yang Allah beri pada malam ini.Hujan yang turun agak lebat telah membasahi bumi miliknya.
Hari ni nak berkongsi ayam masak taucu.Biasanya saya asyik olah resepi masak taucu menggunakan ikan je.Terjumpa satu resepi ni, jadi dapat juga mencari kelainannya kerana menggunakan ayam.Dari sudut rasanya juga terdapat sedikit perbezaan, agak harum sebab ada aroma daun salam, limau purut dan ada lagi bahan2 yang menjadikan ia lebih enak dari biase.
*saya buat separuh sukatan je .
AYAM PINDANG TAUCU
Resepi:Majalah Sedap
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 8 bahagian
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air perahan limau nipis
2 helai daun salam
2 sudu makan taucu masin
3 helai daun limau purut,buiang tulang
2 sudu makan kicap manis
1 biji tomato, dipotong-potong
5 biji (90 gram) belimbing buluh| dipotong-potong
1 3/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1000 ml air (saya kurangkan)
2 suud makan minyak untuk menumis
Bahan bakar:
8 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
4 biji cili kerinting | hiris serong (sy guna cili kering)
3 cm halia | di ketuk
5 cm kunyit hidup | hiris nipis
2 cm lengkuas| diketuk
8 biji cili padi merah (saya kurangkan)
Cara membuatnya:
1.Lumur ayam dengan garam dan air perahan limau nipis.Perapkan selama 30 minit.
2.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.
3.Tumis bahan bakar, daun salam, daun limau purut dan taucu sehingga terbit aroma.
4.Masukkan ayam.Kacau rata.Masukkan kicap manis, tomato, belimbing buluh, garam dan gula pasir.kacau rata.
5.Tuang air secara berpringkat.Masak sehingga matang dan menyerap.
8 ulasan :
Salam Kak Rohah,lapar la pulak tengok ayam pindang ni,boleh la gue singgah makan kan?
as-salam
saya suka resepi menarik..tq 4 sharing...
Waalaikumussalam Rahel..boleh Rahel, nanti tenggek nasi panas dulu yerr.pasti berselera
Waalaikumussalam Ady.Ternyata menarik sedikit dari kebiasaan yang kita buat untuk resepi masak taucu.Harus dicuba dan dinikmatinya.
wow menyelerakan sungguh...leh cuba ni..tq berkongsi resepi yg mudah dan sedap...
semestinya kak.Saya buat ari tu kurangkan cili sbb kesiankan anak2,tp klu up sikit pedasnye meeemang tangkap selera..
Akak tak pernah buat ayam pindang taucu ni. Tengok bahan-bahan yang digunakan nampak sedap sangat. Bertambahlah koleksi masakan ayam Kak Noor... Mohon kongsi ye!
Cubalah kak Noor,sedap..sedikit kelainan pada rasanya..
Catat Ulasan