Sabtu, 19 Januari 2013

SWEET SOUR TOM YAM IKAN SEBELAH

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu dan bersantai2 bersama insan tersayang.Inilah masanya kita merapatkan lagi hubungan kasih sayang dikalangan ahli keluarga.Betapa berharganya walaupun hanya sehari dua di hujung minggu kita dapat meluangkan masa bersama kan..

Malam ni sempat juga membuat N3 tentang Sweet Sour Tom Yam Ikan Sebelah ni..Pada asalnya saya buntu untuk mencari resepi yang sesuai untuk ikan sebelah yang telah dibeli.Besar ikan ni dan banyak isi.Biasanya saya goreng dan kerap juga dimasak kari.Tapi dalam buntu2, rupanya datang idea dengan izinNya ketika itu.Idea tercetus bila teringatkan paket pes tom yam ADABI dan kaleng nenas yang dah lama terperap dalam freezer yang masih berbaki.Dari situ saya olah menjadi sweet sour berperisa tom yam.Alhamdulillah diapunya rasa tidak mengecewakan.Resepinya bolehlah dirujuk di bawah.
SWEET SOUR TOM YAM IKAN SEBELAH
Oleh:rohaisha

Bahan Ikan:
1 ekor ikan sebelah / 1kg+- 
Garam 
Kunyit
Tepung jagung
Air

Bahan Sos:
1 labu bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
5 cm halia | hiris panjang/ nipis
2 batang serai | ketuk
Daun limau purut secukupnya | hiris halus
2 kaleng nenas | potong dadu
1 paket pes tom yam ADABI
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan 
2 sudu besar madu
1/2 batang lobak merah | sagat, rendamkan ke dalam air kapur, bilas/ toskan
1-2 biji tomato | potong dadu
Cili api secukupnya | Belah dua/ tak putus
2 biji limau nipis | ambil jusnya
2 sudu kecil tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng & menumis

Cara:
1.Ikan:Bersihkan dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.Bancuh tepung jagung bersama sedikit air.Gaulkan ikan ke dalamnya.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Ketepikan. 
2.Lobak merah:Sagat hingga habis.Ambil sedikit kapur makan dan bancuh dalam air.Masukkan lobak yang telah disagat dan rendamkan ke dalamnya selama 1/2 jam.Buangkan air, bilas dan toskan.Ketepikan. 
3.Untuk sos:Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan halia hingga naik aroma.
4.Masukkan pes tom yam dan kesemua jenis sos.Renehkan.
5.Masukkan potongan tomato, nenas, cili api beserta madu.Kacau rata sebentar.Setelah sebati masukkan jus limau beserta bancuhan tepung jagung.Biarkan seketika supaya masak.
6.Tutup api. 
7.Siramkan sos ke atas ikan dan taburkan lobak merah yang telah disagat.Hidangkan.

**Saya tidak meletakkan garam walaupun sedikit kerana sosnya tersedia masin disebabkan oleh bahan2 sos dan pes yang diguna pakai dalam adunan sosnya.



Jumaat, 18 Januari 2013

NASI DAGANG



Assalamualaikum...
Selamat petang dan bersua lagi.Teringin sangat makan nasi dagang, tapi beras khasnya tak ada, begitu juga dengan rempah untuk gulainya.Saya cuba google resepi yang senang nak dibuat, alhamdulillah jumpa iaitu resepi dari Kak Hanieliza.

Kalau ada beras untuk buat nasi dagang tu mesti lagi enak..Biasanya dapat makan yang orang bagi...Tapi dah alang2 beli ikan tongkol hari tu, ditambah pula dengan keinginan yang menebal nak makan dan mencuba  buat sendiri hidangan ni, maka terhasillah nyum2 ni..Sebenarnya mudah je kalau ikut step2nya..cuma dasar M je yang kadang2 buat kita serabut nak buat.Betul tak?? hehe..So, tq kak Hanieliza kerana sudi share resepinya..


NASI DAGANG
Resepi:Hanieliza

Bahan-bahan:
600gm cawan beras
100gm beras pulut
30gm halba (saya kurangkan)
400ml air
400ml santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Untuk dimayang:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4cm halia

Cara membuatnya:
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh.Rendamkan.
2.Toskan dan masukkan dalam kukusan yang berlubang.
3.Kukuskan sehingga naik wap.
4.Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5.Siramkan dengan air dan kacau rata.
6.Masukkan semua beras dalam kukusan berlubang.
7.Taburkan hirisan halia dan bawang, kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8.Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yang telah digaulkan garam.
9.Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.

GULAI IKAN TONGKOL
Bahan:
1.5kg ikan tongkol 
50gm asam keping (saya kurangkan)
Garam secukupnya
60gm rempah kari ikan
10gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan
80gm cili mesin (saya kurangkan)
4 ulas bawang kecil | tumbuk halus
3cm lengkuas | tumbuk kasar
500ml santan pekat
30gm gula merah
30gm kerisik
50ml air asam jawa
Minyak untuk tumis
Cili api dan belimbing buluh (tak letak)

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang sehingga wangi.Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air asam jawa.Biarkan garing
2.Masukkan rebusan ikan dan santan.Biarkan mendidih.
3.Perlahankan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4.Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN
Bahan:
100gm timun
100gm lobak merah
100gm cili merah dan hijau
50gm bawang besar
60ml cuka
30gm gula
Garam

**Air kapur secukupnya untuk merendam sayur

Cara:
1.Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya.Mayang halus seperti batang mancis.
2.Lobak merah, cili merah dan cili hijau dimayang halus seperti timun juga.
3.Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4.Rendamkan semua bahan yang direndam dsalam besen besar yang berisi air kapur selama 30 minit.Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5.Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6.Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka.Gaul rata.
7.Hidangkan bersama nasi dagang.



GULAI IKAN TONGKOL



GULAI IKAN TONGKOL
Resepi:Hanieliza

Bahan:
1.5kg ikan tongkol 
50gm asam keping
Garam secukupnya
60gm rempah kari ikan
10gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan
80gm cili mesin (saya kurangkan)
4 ulas bawang kecil | tumbuk halus
3cm lengkuas | tumbuk kasar
500ml santan pekat
30gm gula merah
30gm kerisik
50ml air asam jawa
Minyak untuk tumis
Cili api dan belimbing buluh (tak letak)

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang sehingga wangi.Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air asam jawa.Biarkan garing
2.Masukkan rebusan ikan dan santan.Biarkan mendidih.
3.Perlahankan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4.Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN



ACAR TIMUN
Resepi:Hanieliza

Bahan:
100gm timun
100gm lobak merah
100gm cili merah dan hijau
50gm bawang besar
60ml cuka
30gm gula
Garam

**Air kapur secukupnya untuk merendam sayur

Cara:
1.Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya.Mayang halus seperti batang mancis.
2.Lobak merah, cili merah dan cili hijau dimayang halus seperti timun juga.
3.Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4.Rendamkan semua bahan yang direndam dsalam besen besar yang berisi air kapur selama 30 minit.Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5.Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6.Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka.Gaul rata.
7.Hidangkan bersama nasi dagang.

Khamis, 17 Januari 2013

BROKOLI BERSIRA DAGING


Assalamualaikum..
Mendung dan suram kelihatannya cuaca hari ni.Sama macam semalam.Seisi rumah telah diserang selsema.Semua mengadu tekak perit dan bersin2...Sok sek2 bunyi sedutan hidung..hi hi...Saya ingatkan tak berjangkit pada saya, sebab orang lain semua dah kena hanya saya sorang je yang belum.Meleset tanggapan tu, akhirnya terkena juga tempiasnya, kiranya saya orang yang last.Mungkin disebabkan faktor cuaca..Nasib baik mood nak turun dapur masih kencang..Itu yang penting..

Hari nak tayang menu sayuran pulak...Sedap ke idak?..Sedap sangat sebab ada tumisan daging kisar.Anak2 memang suka sayur ni, sayur lain slow je meternya....Tapi kalau asyik brokoli je, jemu la pulak kan.Buatnya pun mudah je asal bahannya cukup..Ok lah, terus tengok bahan2nya kat bawah tu..
BROKOLI BERSIRA DAGING
Resepi:majalah SEDAP

Bahan:
300gm brokoli | potong mengikut kuntum

Bahan Tumisan:
150gm daging cincang
4 keping cendawan shitake segar | dipotong2
1/2 biji lada benggala merah | potong panjang (saya guna cili merah)
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | hiris panjang
1 cm halia | dihiris
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap ikan
1/4 sudu teh serbul lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
250ml air 
1 sudu teh tepung jagung & 1 sudu teh air | larutkan
1 tangkai daun bawang | potong serong
 1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.Didihkan 1000ml air dan 1 sudu teh garam.Masukkan brokoli.Rebus seketika.Angkat dan siram di bawah air mengalir.Toskan.
2.Tumisan:Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma.Masukkan daging.Kacau-kacaukan sehingga berubah warna.
3.Masukkan cendawan shitake dan lada benggala.Tumis sehingga layu.Masukkan sos tiram, kicap ikan, serbuk lada sulah dan gula pasir.Kacau rata.
4.Tuangkan air.Didihkan.Pekatkan dengan larutan tepung jagung.Masukkan daun bawang.Masak sambil dikacau sehingga pekat dan meletup-letup.
5.Hidangkan brokoli setelah disira tumisan.

Rabu, 16 Januari 2013

RISOLES RAGOUT AYAM


Assalamualaikum..
Selamat sore dan menyantap hidangan minum petang.Semoga  rakan2 yang dikasihi dalam keadaan yang baik2 selalu walaupun seharian cuaca dinihari tampak mendung sejak awal pagi lagi.Namun titisan air hujan belum lagi kelihatan membasahi bumi.. Sungguh teliti perancangan Allah...

Hari ni tayang RISOLES lagi..Sedap punya pasal...Tapi kesian kat Si Cilik saya, setiap kali buat risoles ni, dia sorang saje tak mau makan sebab dia tak suka ngan intinya..Lain kali ummi kena bagi crepenya sahaja..pastinya dia nak dan tak menolak...Sebelum ni pernah buat dan tayang risoles yang resepinya lebih kurang sama dengan resepi hari ni, cuma bezanya ada penambahan sedikit bahan pada intinya.Boleh dipelbagaikan intinya lain kali.Kalau nak lebih lunak enak (he..heheee...) tambahkan parutan keju...pasti tak cukup satu gulung risoles u all cekau, pasti lebih dari segulung..haa....
Jom jengah resepi...

RISOLES RAGOUT AYAM
Resepi:majalah AROMA

Bahan-bahan:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
1 1/2 sudu makan merjerin untuk menumis
1/2 labu bawang besar | cincang halus
3 sudu makan tepung gandum 
400ml susu cair
50gm ayam siat | rebus dahulu
50gm cendawan butang tin | hiris halus (saya guna cendawan shitake segar, rebus dan cincang)
50gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu makan daun sup | cincang halus

Bahan pencelup:
100gm putih telur | pukul ringan

Bahan pelapis:
125gm serbuk roti halus putih

Cara menyediakan:
1.Kulit:kacau rata tepung gandum, telur, garam, susu cair dan marjerin cair.
2.Buat dadar di kuali rata kecil berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.Ketepikan.
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan ayam, cendawan, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan daun sup.Kacau rata.
5.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
6.Celupkan ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti.
7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kekuningan.



Selasa, 15 Januari 2013

IKAN BAKAR PORTUGIS


Assalamualiukum..
Selamat tengahari dan selamat menjamu selera.Dah lama tak panggang ikan, tapi menu ni adalah menu minggu2 yang lepas tau, bukan menu untuk hari ni.Banyak sudah menu yang tertangguh untuk disiarkan.Tunggu dan lihat sajalah resepi apa yang akan menyusul dan terus menyusul ye.. 

Ikan Bakar Portugis ni memang sedap sangat, lebih2 lagi kalau bumbunya banyak menyelaputi ikan yang nak dipanggang tu.. Masa memanggang ni saya guna 2 ekor cencaru yang bersaiz besar, sepatutnya saya gandakan lagi sikit bahan bumbunya tu biar puas makan, tapi sebab nak cepat mengolah saya buat ikut sukatan yang asal je.TQ Ogy kerana sudi share resepi.Tak rugi mencuba resepi ni.. Boleh lihat resepi terussss ye..

IKAN BAKAR PORTUGIS
Sumber:Ogy (IKAN BAKAR CARA PORTUGIS)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (saya gantikan dgn 2 ekor cencaru saiz besar)
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
Sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut | hiris halus2
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
Aluminium foil

Cara:
1.Minyak bawang putih:Ambil 6 biji bawang putih dan basuh.Jangan buang kulit.Tumbuk.Panaskan 1/2 cawan minyak.Tumiskan bawang putih sehingga garing.Sejukkan.
2.Bersihkan ikan dan kelar-kelarkan ikan tersebut.
3.Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kisar.
4.Gaulkan **bahan kisar dengan garam dan gula.
5.Letakkan ikan atas foil dan sapukan dengan bahan bertanda (**).Sapu rata.
6.Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7.Lipatkan foil.
8.Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).




Isnin, 14 Januari 2013

TAUHU MAMBO



Assalamualaikum...
Hari ni berkongsi menu kudapan iaitu bebola atau senang nak diistilahkan sebagai jemput2 tauhu..Mungkin tak semua orang gemar makan tauhu, tapi sebagaimana yang kita tahu, tauhu mempunyai banyak khasiat sebagai penyumbang protein untuk tubuh kita.


Pertama kali juga saya cuba membuat bebola tauhu ni walaupun dah jumpa beberapa resepi yang lebih kurang sama untuk dicuba.Biasanya kita buat tauhu ni sebagai menu Tauhu Sumbat ataupun dicampurkan dalam rojak.Itupun dah cukup sedapkan.Jadi apa kata kita cuba resepi ni, ternyata enak dibuat kudapan waktu minum sore selain ianya menyihatkan..

TAUHU MAMBO
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan:
2 ketul tauhu | dilecek halus
2 tangkai daun bawang | hiris halus (saya gantikan dgn daun sup)
2 biji telur | pukul ringan 
1 biji tomato | buang biji, cincang halus
1 sudu besar tepung ubi (resepi asal tak ada)
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:
1.Campurkan tauhu, bahan kisar, daun bawang dan tomato.Kacau rata.
2.Masukkan telur, tepung ubi dan kacau rata.
3.Ambil sedikit adunan (Perahkan sedikit).Bentukkan bulat.
4.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atasapi sederhana sehingga masak.

 *saya masukkan tepung ubi ke dalam adunan supaya mudah bebola tauhu dibentuk/ tidak terlerai semasa proses menggoreng.Jangan lupa juga memerah adunan untuk mengeluarkan lebihan kandungan air sebelum dibentuk bebola.

Rabu, 9 Januari 2013

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE


Assalamualaikum..
Selamat bersiaran lagi, alhamdulillah.Didoakan kalian sihat semuanya bersama orang2 tersayang.Mata dah ngantuk sebetulnya, teringat bantal je ni, harap2 dapat menyiapkan juga N3 ni.

Kiranya ini adalah resipi kedua yang dapat disiarkan untuk   januari 2013 ni.Kek Pelangi telah menempuh Q yang panjang, alhamdulillah  dapat juga merealisasikan impian membuat kek ni dengan macam2 dugaan (hihi..dugaan kat dapur je...).Saya banyak menggoogle  resepi Kek Pelangi @ Rainbow cake ni, tapi mundar mandir tak tahu nak pilih resepi yang mana satu.

Alkisahnya dah try satu resepi, tapi tak berapa nak jadi tambahan pulak membaking dah lewat malam, akhirnya baki beberapa adunan yang telah bewarna saya masukkan dalam satu loyang dan selamat dibakar jadi kek marble..hik2.Masa tu mood dah terlalu merudum dan caca merba pun ia.Pastu ZZZzzzz..Esoknya saya cari lagi resepi, dan nampak resepi ni di blog Hasue, terus berkenan sebab nampak mudah (nak mudah je saya nie...hi2).Apalagi, teruskan misi dan visi..Kena teruskan membaking pada siang 8 januari juga sebab dah pasang niat nak hidangkan kek ni untuk hari ulangtahun cik abang pada malamnya.Rogerr teruss..

Dalam blog Kak Hasue dia telah mewarnakan pelanginya 6 kaler, tapi dalam hati saya teringin nak jadikan 7 kaler, dan saya teruskan misi saya tu tanpa menambah kandungan bahan, cuma tambah bilangan warna je.Saya dah siapkan/ bakar 7 lapisan kek.Tapi malangnya semasa proses melepa buttercream tak sedar saya tertinggal satu lapisan..Sedang asyik membersihkan meja di dapur, ternampak satu lapisan kek tercicir..waduhhh!! ..geramnya hatiku..

Bergenang sikit air mata model kecik ni, baru lepas nangis tak sabar nak makan kek ulangtahun Abah..Siap minta tangkap gambar kek ngan dia sekali

Tapi yang nyata kek ni sedap, lembut dan gebu selain mudah disediakan.Selain tu jangan terkejut tengok lapisan kek saya nipis je berbanding kak Hasue, sebab saya dah bahagikan adunan lapisan kek kepada 7 warna.Apapun tq buat Sweet4ever MYR yang sudi berkongsi resepi kek spannya, dan kak HaSue yang telah meneruskan idea menjadikan kek span ini untuk dijadikan Kek Pelangi..Memang sesuai sangat..Sesuai 100%. Untuk toppingnya pula saya lepa dengan buttercream, ikut sukatan dan bahan yang sedia ada je pada masa tu, alhamdulilah elok je kejadiannya.So, bolehlah lihat resepinya di bawah..

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE
Sumber Asal:Sweet4ever MYR (Kek Span Pandan)
Sumber Olahan:HaSue (Kek Span Pelangi)

Bahan-bahan:(1 biji kek/loyang 8")
150gm tepung superfine/ Hong Kong
150gm gula halus
5 biji telur gred A (saya guna 6 biji)
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml mentega cair/ minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah

Cara-cara:
1.Satukan gula halus, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
2.Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar-benar ringan (lebih kurang 3 hingga 5 minit).
4.Tuangkan mentega cair/ minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar-benar sebati.
5.Bahagikan kek kepada 6 bahagian, satu cawan bagi 1 bahagian dan masing2 diwarnakan ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah.
6.Sediakan tin pembakar, griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
7.Tuangkan satu adunna ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak.Ulang langkah ini pada adunna kek seterusnya sehingga habis.Jika oven besar bolehlah bakar 2 loyang sekaligus.
8.Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
8.Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah dideko ikut citarasa masing2.

Buttercream
oleh:rohaisha

Bahan:
100 gm mentega
300gm krimwell
100 gm Golden Syrup
50ml susu pekat manis
2 sudu besar gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
2.Masukkan golden syrup beserta susu pekat manis dan teruskan memukul hingga sebati.
3.Ayakkan gula aising dan gaulkan ke dalam adunan butter dan krimwell tadi.