Rabu, 24 September 2014

BINGKA ROTI TUNA


Assalamualaikum..
Kalau tak beriya2 memang tak jadi bingka roti ni.Ni gara2 roti sebungkal macam tak bersambut kewujudannya, sebab anak2 dah jemu makan roti kosong gamaknya kerana ada pilihan roti lain.Jadinya dalam kepala masa tu terus pick up resepi Bingka Roti Berlauk Kak Hanieliza.Makanya bebaloi jugalah sebab dapat makan bingka roti dan2 tu dek dah lama sangat tak buat.

Sebelum ni memang buat ikut resepi kak Hanieliza, cuma kali ni saya ubahsuai sikit bahan-bahannya terutama pada intinya memandangkan hanya ada stock tuna pada masa tu, bukan daging atau ayam.Bingka ni memang mengenyangkan bagi menggantikan menu nasi di malam hari...Tapi kalau dah berpotong2 masuk mulut, bukan diet dah tu...hihiii.Karbo tetap karbo...huwaaaa..Alhamdulillah licin juga satu loyang sebab ada yang suka sangat dengan bingka ni.

BINGKA ROTI TUNA

Bahan Bingka:
1 buku kecil roti [10 keping]
4 cawan susu segar 
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar minyak masak 
3 biji telur
garam

Cara:
1.Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan susu segar sehingga kembang.
2.Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3.Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4.Bakar dalam oven 180 drjh C selama 30 minit.
5.Keluarkan loyang dan taburkan tuna beserta inti [rujuk bahan2 dan langkahnya di bawah] dan bakar lagi selama 30 minit.
6.Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7.Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:
1 tin tuna [saiz kecil], tidak perlu ditumis

Bahan Inti Tumis:
1 labu bawang besar, potong dadu
1 batang lobak merah, sagat
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Minyak masak
Garam

Cara:
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
2-Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau sehingga naik minyak.
3-Masukkan lobak merah, garam, sos cili & sos tomato, juga air secukupnya. Kacau rata.
4-Masakkan sehingga carrot lembut di susuli hirisan cendawan butang.
5-Biarkan sehingga kuah menyusut.

Bahan Hiasan/hiriskan:
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng


10 ulasan :

Unknown berkata...

nampas pun tau sedap ni alahaiii jauh sngt lah

asyifamustaffa berkata...

Klau diberi rasa pdas2 skit msti lgi sdap kot kan kak...

Tanpa Nama berkata...

Menariknya nanti nak try lah, tunggu nak balik kg hehe sb klu disini takde org mkn

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam
Sedappp nmpknya tu
Mcm bingka berlauk ye rasanya
Insyaallah blh try nanti

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam
Sedappp nmpknya tu
Mcm bingka berlauk ye rasanya
Insyaallah blh try nanti

Zie Has berkata...

first time dengar. ala-ala puding roti berinti dah ni. nanti boleh la cuba :)

Umi Nazrah berkata...

salam singgah. memula tengok dah terdetik macam bingka berlauk. rupa2nya adaptasi daripada bingka berlauk. wahhhh terbaik ;)

inahar ali berkata...

Perghh..sodap tu rohah! Terliur akak!!

zila norazila berkata...

Mesti sedap ne rohah ..klu skejp jew hbis kn..:)

Eggi berkata...

ini dia yang paling sedap. akhirnya ada juga yang berbagi resepnya..