Assalamualaikum
Dah masuk 2 minggu anak bujang bermusafir, didoakan agar sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. Doa sentiasa mengiringi agar Allah permudahkan segala urusan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi diperantauan walau hanya untuk 4 bulan je sehingga lewat Disember nanti.
Saya sisipkan sebahagian yang terakam di sini sebagai kenangan untuk diimbas...Bila dah masuk minggu ke minggu, rindu di hati si ibu semakin menjengah rupanya...hihiiii, ma sha Allah...
In sha Allah si abang ni dapat menyesuaikan diri di sana sebab suasana dan cara hidup di Indonesia tak jauh berbeza dengan Malaysia.Jawabnya ok sahaja bila dihubungi, alhamdulillah.
Setibanya di Lapangan Terbang Pekan Baru, Riau
[Gambar ehsan dari ustaz]
Gambar ehsan
Gambar ehsan
Gambar ehsan
Selamat bermusafir dan pulang semula ke tanah air dengan beroleh keberkatanNya, in sha Allah ...Aameen Ya Rabb.
5 ulasan :
Alhamdulillah.. sejuk mata memandang..
Allahuakbar kak.....suci bersih tgk muka anak2 ni....insyallah...tak da apa tu...pegi menuntut ilmu ke pertukaran pelajar?
Teringin nk anak pun cmni...:)
Program Daurah syifa
Alhamdulillah... peluang menimba ilmu di tempat orang jangan dilepaskan. Musafirnya satu jihad di medan ilmu. Riau itu... tempat asal usulnya nendaku sebelah ayahanda, orang Melayu Riau. Pejam celik sampai harinya bertemu jua.
alhamdulillah..seronok tgk anak2 ni semua..anak rohah belajar kt sekolah mana ye? teringin juga tau..anak akak yg bongsu skrg bersekolah asrama di sek men integrasi sains tahfiz di bangi di tingkatan satu. moga anak2 kita membesar menjadi anak yg soleh juga cemerlang dunia akhirat..insyaallah..amiin!
Catat Ulasan