Sabtu, 5 Julai 2014

KEK UBI KAYU

Assalamualaikum..
Ubi kayu pun sedap bila dah diolah menjadi sebiji kek...Keenakannya dah saya jangka...lembap dan lemak2 gitu rasanya.Ni semua penangan dr stock ubi kayu dr kampung yang banyak pd penghujung tahun lepas.Sampaikan tak terkejar nak buat apa lagi dengan ubi kayu tu.Nak buat resepi yang lebih2 bergantung pada mood pulak..Tapi hajat dihati waktu tu teringin sangat nak makan kek berunsurkan ubi kayu ni.Mencari-cari resepi, resepi Along Roz jadi pilihan, sebab nampak kek yang ada tu nampak moist...Bagi saya memang tak mengecewakan, lemak2 gitu diapunya penampilan rasanya..

KEK UBI KAYU
Sumber; AlongRoz

Bahan-bahan [9 inci]
1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula halus
5 biji telur
1 1/2 cawan 
1/2 tin susu manis
1 sudu makan baking powder [saya kurangkan]
3 cawan ubi kayu, sagat dan tapis
1 sudu makan vanila

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.Masukkan tepung, susu pekat, baking powder sambil dipukul.Masukkan ubi kayu dan akhir sekali vanila.Sedikit pewarna kuning jika suka.
2.bakar pada suhu 175 darjah C selama 40-45 minit sehingga masak.

10 ulasan :

Fadzillah berkata...

Assalamualaikum Rohah.... Selamat berpuasa juga dari saya. Wah, mesti sedap kek ubi kayu ni. Pertama kali dengar. Mesti dicuba kek ni.

asmahyusof berkata...

As salam rohah...1st time tgk gk nie....mmg nmpk moist keknya

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. wahh.. ubi kayu pon blh buat kek rupa2nya.. tun suka mkn ubi kayu.. kt kg ni tanah luas, teringin nk tanam ubi kayu.. tp bila tanam mlm2 encik Bab* dtg korek tanah.. saboo je la..

kak ruby berkata...

cntik gebu, mesti sdp rohah kan.....

Mel berkata...

Sedapnya.mel punya ubi kayu hidup banyak tp ada akar je.ubinya xde..kena letak baja ni.nnti boleh cuba keknya.

Ayu berkata...

Assalam Rohah,
salam ramadan buat rohah & family..
kek ubi kayu tak pernah cuba lagi..pasti sedap nikan..:)

Maryani Jelani berkata...

Assalam sis..klu kita kukus kek ni menjadi x?

salina mohd taha berkata...

Share ya tksh

Unknown berkata...

Kita cuba buat. Maaf kak nk cdg sikit. Kalau kuta kurangkan gula boleh x.
Sbb nk tambah susu pekat lagi kan.
Tapi kalau yg suka manis2 x apa. Hi hi
Terima kasih kongsi resepi. Nk cuba buat ni.

Unknown berkata...

Tepong tu guna tepong apa ya