Khamis, 3 Julai 2014

SUP AYAM HADNYAI

Assalamualaikum..
Hidangan sup memang tak jemu dijamah kan...yang pastinya menyegarkan dan tergolong dalam menu sihat untuk diamalkan..
Sekali hirup pasti menyusul lagi hirupan demi hirupan, memang merangsang kesegaran pada tubuh kita..
Langsung teringin nak jamah Sup Ayam Hadnyai ni bila ternampak kat dapur Kak Amie beberapa hari yang lepas..Yang pastinya sebab mudah disediakan dan tak muak untuk dijadikan hidangan sahur sekali..Kelainannya pada rasa tetap ada, mehlah cuba...
SUP AYAM HADNYAI
Resepi;Pyonda

Bahan-bahan
1 kg ayam, potomg ikut suka
5 batang serai, tumbuk pecah
7 cm lengkuas, hiris sederhana nipis dan tumbuk pecah
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 liter air
Sedikit minyak
Garam atau perasa pilihan
Hirisan daun sup dan daun bawang serta daun dan batang saderi [saya guna daun ketumbar dan  daun sup]

Bahan Tumbuk
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji cabai
4 cm halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan gaul rata.Tutup selama 5 minit.
3.Masukkan batang saderi.
4.Tambahkan  air.Biarkan hingga masak.
5.Perasakan dengan garam/ perasa pilihan.
6.Hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan perahkan sedikit limau nipis.


4 ulasan :

asyifa mustaffa berkata...

Oh...! Guna serai...mmg lain dri lain supnya ni...bole try nnti apa rasa dia...

Amie berkata...

Bila masak sup ayam hadntai di dapur sorang2... nak pulak dinihari ketika nak sahur, memang aromanya merangsang selera kan Rohah!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ada rasa cam sup ekor tak???

Mel berkata...

Assalam kak rohah. Sup ayam ni sejak dah tahu kesedapannya memang selalu mel buat. Ada kelainan. Lagi2 kalau demam atau time hujan, laju je masuk mulut..uhuu