Isnin, 7 Julai 2014

PAIS IKAN BONDA


Assalamualaikum..
Sekali lagi hati saya terkenang pada arwah Bonda tercinta bila cuba memulakan N3 ini.Manakan tidak, inilah kiranya resepi terakhir Bonda yang sempat saya pelajari dari beliau.24/2 gambar ini diambil, di mana ketika ini Bonda sudah tidak sihat dan mula berulang alik dari hospital dan rumah saya.
Mengenangkan pesanan doktor pd masa tu kalau boleh Bonda disajikan dengan makanan yang tidak berminyak, maka saya cuba sediakan ikan pais kegemaranya.Sempat saya meminta resepi asli beliau masa tu, sementara dia rehat santai diruang tamu.Setelah bahan2nya siap, dia sudi duduk menemani saya dimeja makan ruang dapur sambil memerhatikan saya membungkus ikan pais ni....Ermmm, rindu syhadu menggamit setiap kali terkenang detik2 paling berharga ni... Al Fatihah yang tiada berpenghujung untuk mu Bonda..
Oklah, rasanya setiap resepi ikan pais ni bahannya lebih kurang sama, kalau ada pun beza yang tak ketara..
                                      SeLaMaT MeNcUbA..
PAIS IKAN BONDA
Resepi: Bonda

Bahan-bahan
5 ekor ikan, saya guna ikan mabong
6 tangkai cili besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 batang serai ambil isi putihnya
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, hiris halus
Daun pisang secukupnya
Lidi secukupnya untuk menegetip balutan daun pisang

Cara
1.Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali garam, gula dan daun kunyit.Setelah lumat, gaulkan bahan-bahan tadi bersama bancuhan air asam jawa dan sebatikan dengan sedikit garam dan gula.
2.Hamparkan daun pisang.Lumurkan ikan dengan bahan2 tadi.Taburkan juga hirisan daun kunyit keseluruh badan ikan.Kemudian balut ikan dengan daun pisang dengan kemas dan kepilkan dengan lidi.
3.Panggang atas api dan alih2 kan sehingga ikan masak.

8 ulasan :

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedap tu Rohah.. nanti akak nak cuba :)

Semoga roh bunda rohah dicucuri rahmat Ilahi. Al Fatihah

fazianbatrisyia berkata...

masakan mcm ni bonda sy masak masa sy dlm pantang

Mar Mansor berkata...

memamg sedap ni..masa zaman skolah dulu,mak saya slalu buat ikan pais...sedap

rahel berkata...

Salam Kak Rohah...
yang ni betul2 menyelerakan...konfirm dah tak toleh kirin kanan....terliur i tau...
thanks ya kak,sy ambik resepi muffin coklat chip...sedap dan gebu...i share pulak kat blog i...

adda syuhada berkata...

Salam Kak Rohah,

Lapaq niiiiiii :'(

Fadzillah berkata...

Sedapnya Rohah.....pais ikan. Waktu kecil dulu mak saya suka buat pais ikan, tapi guna anak-anak ikan puyu, ikan sepat. Memang sedap.....sangat.

Amie berkata...

Al-Fatihah... moga Bondanya tenang di sana... kita bakal menyusul jua, tapi entah bila.... aku pun ikut merembes mili...
Ketok ayu pais iwak eh kuwi....

Kelasi berkata...

Bole cuba ni