Monday, 21 July 2014

BISKUT DAHLIA


Assalamualaikum..
Kemeriahan syawal semakin dirasai.Ramadhan pun tinggal beberapa hari saja lagi akan meninggalkan kita.Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi di ramadhan akan datang in sha Allah.Yang pastinya syawal tahun ini saya dan keluarga menyambutnya tanpa Bonda di sisi sepertimana syawal2 yang lalu..Moga syawal yang bakal dilalui menggarap suasana yang tenang sekalipun ketiadaan Bonda tersayang.Sebelum ni Bonda lah orang yang paling sibuk bila menjelmanya syawal.Sudah tentu ketiadaannya kali ini membuatkan kami terus terkenang2 bila mengimbas hari2 yang berlalu.Namun alhamdulillah masih ada Ayahanda yang dikasihi untuk kami semua meneruskan keakraban yang saling terjalin ini..Syukur.

Inilah antara biskut yang menjadi kegemaran saya semenjak zaman kanak-kanak lagi.Pantang jumpa di setiap kunjungan aidilfitri di ruman teman2 dan sanak saudara, pasti akan saya capai dulu biskut dahlia ni untuk menyicipi keeanakannya.Namun tak dinafikan tidak semua biskut dahlia mempunya rasa yang sama dengan tepat sekali, sedikit perbezaan pasti ada.

Kiranya resepi biskut dahlia kali ni antara resepi yang sedap yang pernah saya cuba.TQ kepada semua sumber resepi yang terdahulu kerana sudi berkongsi.Tq  kepada Mas yg merupakan sumber rujukan terdekat saya untuk menghasilkan biskut dahlia ni.
BISKUT DAHLIA
Resepi;Norazie-Resepi.net
Sumber;Mas

Bahan
300 gm mentega [saya guna marjerin]
160 gm gula aising [guna 120 gm je]
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 camca teh esen vanila
240 gm tepung gandum* [jika adunan masih lembik,boleh tambah sedikit-sedikit]
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastad* [saya guna 200 gm]
Bahan bertanda [* ] diayak
Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

Cara
1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanila/rose dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung biskut dahlia.Tekan atas dulang pembakar.Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri.Bakar dalam oven yang telah dopanaskan pada suhu 175 C selama 15-20 minit. [brgantung pada jenis oven masing-masing]
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan.Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.







4 comments:

fazianbatrisyia said...

Dulu kecik2 sy x pandang biskut ni. Teruk kan. skrg br try...ok je pon.

asyifa mustaffa said...

Blik kg haritu...dah siap ambik acuannya kat mak...beria nk mmbuatnya...tp smpi skrng kat...batang hidung ceri pun x nmpk...haha...
Bnyk keje x abis2 ni....kekurangan masa...

Mel said...

memang nostalgia biskut ni kak. Kecil2 dulu tolong mak letak ceri satu2..dah besar ni suruh adik2 pula letak ceri..hihii

dapurlangkawi said...

Cantik kejadian biskut ni kak Rohah.

Utk tips bersihkan acuan biskut bolehlah ke sini http://dapurlangkawi.com/blog/cara-membersihkan-acuan-biskut-agar-tiada-sisa-adunan-tertinggal/