Assalamualaikum..
Hari ini merupakan penutup tirai 2012, mahu atau tidak kita terpaksa tinggalkan ia bersama kenangan2 yang lalu.Segala yang manis atau pahit sememangnya telah terukir dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa.Sesuatu yang manis kita sandarkan ianya sebagai kenangan yang indah buat kita, manakala yang pahit kita jadikan ia sebagai sempadan, hikmah dan iktibar untuk kita terus kuat melangkah dengan seribu harapan dan usaha.Beberapa jam lagi kita akan berada di tahun baru 2013, mudah-mudahan tahun hadapan merupakan tahun yang memberangsangkan buat kita semua, amin..
Terimalah kad ucapan yang tak seberapa ini untuk rakan2 maya yang dikasihi..
Terimalah kad ucapan yang tak seberapa ini untuk rakan2 maya yang dikasihi..
Berbalik pada menu penutup 2012 hari ini ialah pengat pisang nangka yang telah saya buat pada minggu lepas kalau tak silap (cepat betul pelupanya).Masa buat tu termanis pulaknya sebab saya tokok gula lagi.Biasanya kalau manisan macam ni kita cuit rasa dia semasa tengah panas2 lagi memang dirasakan kurang manis, tapi bila dah mula sejuk, barulah dapat kesan terlebih manis atau tidaknya.So, untuk sukatan gula yang telah saya taip di sini saya dah adjust untuk mengelakkan terlebih manis..Resepi simple macam ni saya yakin semua orang lagi terror buatkan..Apapun saya sertakan di sini sebagi rujukan.Jom Zzzllssst, enak makan sejuk2 sikit.
PENGAT PISANG NANGKA
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
6 ulas pisang nangka | potong kecil
1500 ml santan
3 sudu besar sagu | alirkan air dan toskan
2 helai daun pandan
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
Sedikit garam
Cara:
1.Jerangkan santan, gula dan daun pandan di atas api sederhana.Setelah mula berwap masukkan sagu dan pisang.Kacau selalu.
2.Masukkan gula merah, garam dan kacau rata hingga mendidih.
3.Matikan api dan hidangkan.
7 ulasan :
Selamat Tahun Baru buat Rohah sekeluarga. Semoga tahun 2013 membawa kebahagaian yg berpanjangan.
Pinging mangan pisang nongko... kecut2 legi, nang keney orak eneng pisang nongkolah...
oo kelalen... selamat tahun baru 2013 Rohah... mesem2 selalu yo...
selamat tahun baru buat Rohah & famili.Semoga berbahagia selalu...
slamat thn baru wt rohah n family,,..happy selalu..nk yg kt mgkuk tue..sedapp:)
sedapnya..QH suka pengat ni dimakan panas..leh btambah tau..hihi..slmt thn bru buat kak Rohah skeluarga ye..:))
selamat tahun baru
tengok pengat ni teringat bulan puasa hehe
Catat Ulasan