Rabu, 26 Disember 2012

BOLU KUKUS MEKAR


Assalamualaikum..
Jumpa lagi alhamdulillah..Kebelakangan ni jarang bersiaran dek diulit beberapa perkara, lebih2 lagi menjelang hari persekolahan anak2 tak lama lagi.Semestinya rakan2 yang masih mempunyai anak yang bersekolah mengalamai keadaan yang sama, cuba menyempurnakan kelengkapan mereka sesempurna yang mungkin.

Hari ni nak kongsi resepi Bolu Mekar yang saya dapatkan sumbernya dari Yat@easybakes.Resepi asalnya adalah  dari Bisous A Toi.Kalau nak tengok versi Bahasa Inggeris pior bolehlah rujuk di kedua2 link blog mereka ye, yang saya kongsikan di sini dalam versi BM.

Untuk penggemar kuih2 kukus, bolehlah mencuba resepi ni.Rasanya lebih kurang sama macam Apam Polkadot.Resepinya bolehlah rujuk di bawah.

BOLU KUKUS MEKAR
Resepi:Bisous A Toi

Bahan-bahan:
2 biji telur
250gm gula kastor (saya guna 230gm)
1 sudu teh emulsifier/ sponge cake stabilizer/ ovallet
250gm tepung halus (Blue Key) atau tepung kek
50gm tepung jagung
200ml air/ air kelapa/ susu/ santan (saya guna santan)
1 sudu teh esen vanila (saya guna esen strawberi + pewarna pink)
2 sudu besar pes coklat

Cara:
1.Sediakan acuan beserta paper cup.
2.Panaskan kukusan.
3.Pukul telur, gula, emulsifer/ ovalette sehingga pekat.Jika terlalu pekat, boleh campurkan cecair (air/air kelapa/ santan/ susu) sedikit demi sedikit tetapi jangan gunakan semuanya.
4.Masukkan tepung dan cecair berselang seli, teruskan memukul hingga sebati.
5.Ambil 1/3 bahagian dari adunan tadi dan campurkan sedikit pes coklat, kacau hingga sebati dan ketepikan.
6.Campurkan 1 sudu teh esen vanila (saya guna esen strawberi+pewarna pink) ke dalam adunan yang asal.
7.Isikan aduanan yang bewarna putih (adunan asal beresen vanila/ saya esenkan strawberi) sehingga 1/2 acuan dengan menggunakan pipping bag.Selepas itu masukkan adunan bewarna coklat berselang seli dengan adunan bewarna  putih (saya warnakan pink) hingga 7/8 penuh.
8.Masukkan ke dalam pengukus.Kukus menggunakan api besar selama 15 minit jika menggunakan paper cup bersaiz kecil, 20 hingga 25 minit jika menggunakan paper cup bersaiz besar.


8 ulasan :

hazila berkata...

Bolehlah bagi akak rasa seketul dua ye...

Amie berkata...

Cantiknya kejadian bolu kukus mekar tu Rohah... pingin arek nyicipi!

Tanpa Nama berkata...

bestnya

kalau kat umah tu apam2 ni mmg laku

asyifamustaffa berkata...

cntik! nmpk sedap plak tu...adoiii....

Gee® berkata...

Senyum jer bahulu tu... sedapnyaaa

Unknown berkata...

alah kak rohah sedapnye..tgk gebus tergolek tu..

Cendana Kasih berkata...

sedap..lama tak buat apam kukus ni :)

zila norazila berkata...

salam rohah
akk dh bbrapa kali nk buat x jadi2..tpg dh kluarkan pastu sampai keptg malas pulak dtg hehhee nampak sedapp:)