Isnin, 5 November 2012

SERIMUKA ABC



Assalamualaikum...
Salam mahabbah buat rakan maya Damai Qalbu, moga semua dalam keberkatanNya, amin...Hari ni agak lemau ke dapur sebenarnya, tapi hati ini berkobar2 ingin membuat serimuka memandangkan ada lebihan bahan yang perlu dibereskan supaya tidak membazir..Telah dibayang2kan kejadiannya dalam beridea untuk membuat Serimuka ABC ni, alhamdulillah menjadi dengan eloknya.Resepinya bolehlah dilihat di bawah ye.


SERIMUKA ABC
Resepi:rohaisha

Lapisan Bawah
Bahan-bahan:(Loyang 10x10x3")
2 cawan beras pulut | rendam
2 cawan santan 
1 sudu besar garam (ikut suka)

Cara:
1.Rendamkan beras pulut selama 1-2 jam, kemudian cuci dan toskan.
2.Didihkan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
4.Setelah masak, tekan dan padatkan sedikit.(Nak mudah, guna penekan untuk kek lapis)

Lapisan Atas
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar tepung beras*
2 1/2 cawan santan pekat*
1 biji telur*
1 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
1/2 cawan cendol (toskan airnya) + pewarna hijau + 1 sk perisa pandan
1/2 cawan @ lebih kacang merah ABC (yg telah direbus) + pewarna merah jambu
1/2 cawan jagung krim (dalam tin) + pewarna kuning

Cara:
1.Satukan kesemua bahan bertanda (*) dalam pengisar (blender) dan kisar hingga hancur.
2.Tapiskan adunan.Bahagikan sama rata kepada kepada 3 mangkuk/ bahagian  & kacau rata:
i-Adunan + pewarna  kuning + jagung krim
ii-Adunan + pewarna merah jambu.**Kacang ABC ditabur kemudian, ketika hendak mengukus lapisan ini.
iii-Adunan + pewarna hijau + cendol 
3.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (i)  ke atas pulut yang telah ditekan tadi.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
4.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (ii) pula.Taburkan kacang merah ABC serata yang mungkin.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
5.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (iii)  sebagai lapisan terakhir.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 25 minit.
6.Matikan api.
7.Sejukkan kuih sekitar 3 jam dan barulah boleh dipotong.

note:Saya sapukan loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik dan barulah mulakan aktiviti mengukus.






13 ulasan :

Fadzillah berkata...

Wah.... sedapnya seri muka abc, menarik warnanya dan cantik pula kejadiannya.

Yatie berkata...

waduhhhhhhh..menarik sungguh serimuka ABC ni, mintak sepotong, jadilah wat rasa2 jek...nnti akak wat sendiri...kih3..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

cantiknya kejadian seri muka tu..

Amie berkata...

Makin mengancam resepinya di sini... memang hebat betul hasil air tangan wong iki siji!

Marsita Yahya berkata...

kreatifnya...

Norzie hany berkata...

Cantiknya color serimuka Rohah ni.Kuih serimuka mmg fav akak,tapi yg mcm Rohah buat ni belum pernah rasa.

zila norazila berkata...

rohah klu bab talam2 nie mmg xprt kan..nampak cantik jew..akk x pernah mkn nie..tggu rajin baru leh buat :)

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

suker tgk Rohah wat talam,lawa potong pun kemas
akaksuker gak mkn tp nk buat tu he he kena tunggu betoi2 rajin dan ada yg nk makan

ibundo berkata...

cantik tu rohah... pasti sedap ni.

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Serimuka abc pula dah kuar.. Kreatif la rohah ni.. suka tgk kaler2 tu.. Menyelerakan sungguh la..

rahel berkata...

Ada lagi k serimuka abc ni kak rohah? Teringin nak nyam nyam...

Qasey Honey berkata...

slm kak Rohah...
wah sukanya...nmpk sedap n cantik la...
nk angkut la resepi ni utk dsimpan...tq kak

Furniture Online berkata...

kak rohah ada saja ide untuk buat kuliner baru ya...maju terus untuk berkreatifitas kak.