Sabtu, 11 Ogos 2012

BISKUT HATI COKLAT STRAWBERI


Assalamualaikum..
salam ramadhan, salam ceria selalu..
Alhamdulillah sudah 22 hari kita berpuasa, menahan segala makan dan minum di siang hari.Dugaan pula cuaca panas disiang hari akhir2 ni.InsyaAllah itu semua bukan penghalang buat kita.
Sekarang ni bukan saya sorang saje yang sibuk gamaknya, mungkin kawan-kawan semua pun begitu, mentelahan itu saya tak dapat nak kerap2 membuka n update blog, kerana masa begitu cemburu rasanya.Kalau dah mengadap lappy je gamaknya tak terbuat kerja2 rutin yang lain dengan sebaik yang mungkin..(eheee..macamlah rajin sangat..)
Berbalik kepada biskut raya...Ramai kawan2 yang dah buat berjenis2 tu nampaknya....Saya buat sekadarnya je (buat masa ni lah..).So, hari ni saya nak pamer BISKUT HATI COKLAT STRAWBERI.Biskut ni dah 3 tahun berturut-turut saya membuatnya.Sebab memang sedap sangat di mulut kami sekeluarga.Paling saya suka, sebab tak manis, yang manisnya hanya kat salutan coklatnya tu je.Biasenya belum habis celup coklatnya Si Kecik saya dah kunyah banyak biji...
Cuma sebelum2 ni, masa saya mengadun, marjerin dan gula saya pukul sampai kembang.Tapi kali ni saya buat tak pukul pun item2 tu sampai kembang.Gaul biase je ikut macam resepi asal.Untuk yang dulu pernah saya buat ada kat SINI.

Resepi :majalah SAJI
olahan : rohah

Bahan-bahan:
Bahan A:
150gm mentega
60gm gula aising
1 biji kuning telur
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil strawberi emulco
1 sudu kecil pewarna merah

Bahan B:
50gm emping jagung | kisar
60gm tepung ubi 
185gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
Coklat masakan | cairkan
Gula-gula manik

Cara menyediakan:
1.Satukan bahan A dan gaul sebati.
2.Masukkan bahan B dan gaul sebati.Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3.Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk hati.Susun di atas dulang pembakar.
4.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama 20-25 minit.Apabila sejuk, celupkan separuh dengan coklat cair dan hiaskan dengan manik.


7 ulasan :

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! tu diaaaaaa...koleksi biskut raya akak dah kuar!! boleh dtg beraya ni kak hihihi... kita stoberi mmg suke dulu2 tak berapa jalan sgt dgn perasa2 stoberi ni tp makin suke pulak sejak2 nii :D

Yatie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
cantik biskut strawberry coklat ni..akak mcm nak buat jugalah...

Unknown berkata...

salam Rohah
akak pun sama jugak macam nak buat sbb nampak cantik lah ada manik lagi kat atas tu jadi bertambah menariksss

zila norazila berkata...

salam rohah..
wahhh love2 lagi tue..hari nie akk nk buat tart gulung..tp nk mula mcm malas btl..he hee:)

ibundo berkata...

dah banyak koleksi biskut raya rohah?

quinnie berkata...

cantik biskutnya bentuk love..:)

Mamasya berkata...

Salam Rohah.mmg dah hujung2 dkt syawal semua org sibuk..akkpun sama...curi masa jln2 blog kwn2.comel biskut hati tu...