Khamis, 9 Ogos 2012

BISKUT FANCY ICE CREAM



Salam manis, jumpa lagi di sini..
Nampak ramai kawan-kawan dah mula rancak membuat biskut sebagai persiapan aidil fitri, hati pun mula bersemangat.Tapi kalau tak betul2, rasa malas je nak buat..eheee.Tapi anak2 pun dah mula menyebut2 supaya buat biskut kegemaran , makanya gagah jugalah..
Hari ni share resepi biskut Fancy Ice cream dari fb kak Ayu Jalinan Rasa, resepinya dari kak D@Diana katanya.Setiap tahun memang saya meng"order" je biskut ni, tak pernah buat.Kalau order 2 balang, sebalang dah licin sebelum raya.Tapi saja nak buat untuk raya tahun ni, sebabnya bukanlah susah manapun kan..


BISKUT FANCY  ICE CREAM
Resepi:Kak D
Sumber:Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahannya:
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam

Topping:
Coklat | yang telah dicairkan dengan sedikit minyak (saya tak bubuh minyak, lupa..ehe)
Butiran permata | sebagai hiasan

Cara-caranya:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam.Gaul rata sehingga menjadi doh.(saya bubuh tepung gandum secukupnya untuk kaliskan adunan\elak melekit)
2.Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi (saya tak guna pengglek gerigi coz takde) dan terap dengan acuan aiskrim.Atur di atas loyang pembakar.Sapukan telur di atas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga ia masak.
3.Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik di atas coklat tersebut.

10 ulasan :

Yatie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
cantik biskut eskrem ni, tentu anak2 teruja tngk biskut ni..

ijayuji berkata...

Salam kak rohah, kita takde ler cetak skrim nii, teringin jugak dr tahun nak cuba buat beskut sekrim niii tp cetak takde :D

Mas berkata...

dah start ngukis yerk kak..
cantik sekut aiskrim tu...

Sari Yusa Ibrahim berkata...

Salam, Rohah.. alah Rohahhhhh, akak nak juga biskut eskrim tuhhhh.. huhu..

sedihlah, tahun ni belum ada mood nak buat sekut raya . Rohah buat byk2 lagi ya, jgn tiru macam saya ;-)))

Gee® berkata...

Anak k.gee pon dh merengek nk biskut aiskrim camni... tp resipi ni nmpk menarik, ada tepung kentang lagi... nk try laaa....

Amie berkata...

Aku orak kiso nggawe besekut... angger royo gor hidangkan kerepek2 vaey he he hehhh sebenarnya memang tak pandai buat!

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Rohah...mmm nampak sedap sekut tu :)

mama sara nur berkata...

biskut ni memang kesukaan budak2 sb tahun lepas sy buat kawan2 anak dtg habis biskut ni je he he

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Rohah, Naz pun buat biskut aiskrim gak. Tapi resepi lain. Yg sama sekut kita merekah bila diterap..huhuhuuu...

zila norazila berkata...

salam rohah
hari ini ramai btl org tyg biskut ice crem..cantik sgt tue..akk x berkesempatan nk cuba lg rohah..mgkin thn depn insaallah