Wednesday, 15 August 2012

BISKUT NESTUM KUACI

Assalamualaikum...
Salam ceria selalu...sunyi je beberapa hari kebelakangan ni.Semua orang buzy nampaknya dengan persiapan2 yang sepatutnya memandangkan syawal akan kunjung tiba tak lama lagi..
Masih lagi bicara tentang biskut raya.Rasanya saya dah tak buat lagi biskut gamaknya, memandangkan kesuntukan masa untuk membuatnya.Kalau ikutkan ada lagi yang tersenarai untuk dibuat, tapi masa tak mengizinkan..Sebab bahang2 untuk balik ke  kampung dah makin dirasai dan lebih kepada packing2 dan kemas2 yang patut kan....
Berbalik pada biskut yang terpamer ni, biskut ni memang mewah ngan coklat chip dan rangup je bila dikunyah..Cuma saya olah sedikit dengan meletakkan serbuk koko.Saya terpikat untuk membuatnya tapi cuma ada sedikit kemusykilan pada struktur dan warnanya apabila melihat dalam majalah.
Warna biskut yang terpamer kat halaman majalah memang bewarna coklat, tapi pada kandungan bahan tak ada pulak "serbuk koko" atau apa2 yang menyebabkan biskut ni bewarna coklat.Memang confuse jugalah time mengadun ari tu..so tanpa berlengah saya tambahkan item "serbuk koko" tu pada adunan biskut tu dan ubah sikit cara untuk membentuk biskut ni agar lebih mudah untuk menghasilkannya.
Mmmemang sedap!!, macam makan chips more...


BISKUT NESTUM KUACI
Resepi:Rohana Abu Samah (Majalah SAJI)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
160gm mentega
80gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200gm coklat cip
50gm nestum
50gm emping jagung | kisar
30gm biji kuaci
20gm serbuk koko
250gm tepung naik sendiri

Cara:
1.Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2.Masukkan telurdan sen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan emping jagung, nestum, biji kuaci dan coklat cip.
4.Kemudian masukkan serbuk koko, tepung dan bahan-bahan lain.Gaul rata.
5.Bentukkan bulat leper adunan dalam loyang.
6.Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 20minit atau sehingga masak.

3 comments:

IZA AKMA said...

Assalamualaikum Rohah,
sure wangi & rangup kukis sbb ada campuran nestum, cornflakes...budak2 tentu berebut2 kukis2 yg ada coklat2 camni..
Di kesempatan ini Iza ucapkan Selamat Hari Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin buat Rohah dan keluarga...semoga segala amalan kita selama berada dimadarasah Ramadhan mendapat keberkatan dari-Nya.

Amie said...

Wes pirang toples besekot royo...

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Rohah. Biskut raya lagi?? Akak dah no 10 bab kuih raya ni, kalah habis