Selasa, 7 Ogos 2012

TAUHU SUMBAT ISTIMEWA


Salam..
Bersua kembali...Apa khabar semua ya?? Mudah-mudahan dalam lindungan Allah s.w.t.
Beberapa hari ni saya tak dapat nak ronda2 ke halaman blog kengkawan semua, maaf kerana sibuk dengan rutin harian dsbnya..InsyaAllah akan dijenguk sesempatnya, so jangan marah kalau terlepas pandang.Terima kasih juga buat teman yang sudi bertandang dan meninggalkan jejak, tq banyak2-banyak ye.Kiranya, anda semua adalah rakan setia..
Hari ni nak share menu Tauhu Sumbat Istimewa yang simple tetapi sedap.Resepinya saya dapat dari majalah dan sesuai untuk hidangan buka puasa.Kenyang terus dapat makan ni..alhamdulilah..

TAUHU SUMBAT ISTIMEWA
resepi:majalah RASA/Julai 2011

Bahan-bahan:
4 keping tauhu | digoreng dan dibuang bahagian tengahnya
50gm daging cincang (saya guna daging burger)
1 batang sosej | dihiris
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas nbawang putih | dicincang
1 biji telur | dipukul kembang
3 biji tomato ceri | hiris (saya guna 1/4 biji tomato biasa)
1 biji cili merah | hiris
Daun bawang secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging cincang dan sosej.Kacau rata.
3.Seterusnya masukkan telur dan dihancurkan.
4.Setelah itu, masukkan pula tomato dan cili merah.
5.Perasakan secukupnya dan taburkan daun bawang.
6.Akhir sekali, sudukan di bahagian tengah tauhu yang digoreng tadi.
7.Sedia untuk dimakan.

7 ulasan :

Zalieda Zaliedana berkata...

Assalam kak,nmpk sedap tauhu akak tuh,da daging bege sosej bagai tuh leh tarik perhatian ank2 utk mkn kan..cicah sos pon best nih..mmg xyah mkn nasi dah..

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! sedapnya!! lama tak mkn tauhu sumbat! biasanyer puasa2 mmg ada menu tauhu sumbat tp tahun ni mcm byk sgtlah pulak menu yg nak dibuat kdg tak tahu mana satu yg nak dibuat hihihi... tp kita suke tauhu yg sayurnya byk2 mcm taugeh sume, sukeeee sayur :D

FnF Simple Life berkata...

memang istimmewa sbb inti tu best sgt dgn daging cincang sosej...wah...mengancam n kretif

adda syuhada berkata...

adda ngn En Hubby suka gk makan tauhu sumbat nih..tp tgk tauhu yang ni betul2 special nih...

zila norazila berkata...

sedapnie rohah..akk biasa buat simple2 jew..yg special x terbuat lg heheh:)

Melly Octaviana berkata...

sedap nya, suka makan tahu apakah itu di sumbat atau tak di sumbat.. hehe

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
suka tauhu sumbat sedap cicah sos
biasa makan tauhu sumbat taugeh dan timun je yg special mesti lg sedap