Salam ...
Siaran yang tertunda, menu seminggu yang lalu kisahnye.Tak sempat nak update ari tu sebab balik kampung. saya padankan Telur Masak Santan ni dengan Pulut Kuning.Untuk resepi telur ni saya gandakan bahannya dari resepi asal.
TELUR MASAK SANTAN
Resepi:majalah SEDAP
Bahan-bahan:
8 bii telur rebus | goreng berkulit
6 biji petai | belah 2 bahagian (saya tak letak)
1 helai daun salam
2cm lengkuas | diketuk
1 batang serai | diketuk
4 helai daun limau purut | buang tulangnya dan hiris
3 biji cili merah besar | potong 2 bahagian dan belah 2 bahagian memanjang
1/2 sudu makan gula merah
750ml santan daripada 1/2 biji kelapa
2 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup | bakar
3 biji buah keras | sangai
2 sudu besar kerisik (saya tambah item ini ke dalam resepi)
Cara membuatnya:
1.Tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas, serai dan daun limau purut sehingga terbit aroma.Masukkan petai dan cili merah.Kacau sehingga layu.
2.Masukkan telur,garam dan gula merah.Kacau rata.
3.Masukkan santan dan kerisik.Masak sehingga matang dan menyerap.
2 ulasan :
asslm...nmpk sedap telur tu bile dah dimasak msk mcm tu...mcm alal kurma pon yea jugak tgk..hihihi
waalaikumussalam..Resepi asal takde bubuh kerisik, tp akak sesaje bubuh, so diapunya rasa macam rendang pun ada..
Catat Ulasan