Assalamualaikum..
Dah tercapai juga hajat nak makan tart ni, alhamdulillah..Terlebih rajin pulak hari ni..Cam tulah kalau dah pasang niat, keperluan pula mencukupi, masa pun ada..Ibaratnya
"Bagai mengantuk disorongkan bantal.."
@
"Hendak Seribu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih.."
TARTLET BUAH-BUAHAN
Resepi:Juanna Abdul Rahman (majalah SAJI)
Bahan-bahan Pastri:
30 gm gula aising
60 gm marjerin
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm tepung ganum
1 sudu besar susu tepung
Bahan Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula halus
1 biji kuning telur
250 ml susu rendah lemak
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil mentega
Bahan Hiasan:
1 biji kiwi
5 biji strawberi
1 biji pic ( saya gantikan dgn mangga masak)
Cara menyediakan:
1.Pukul marjerin dan gula aising
2.Campurkan esen vanila dan kacau lagi.
3.Masukkan campuran tepung gandum dan susu perlahan-lahan.Setelah sebati, masukkan sedikit adunan di dalam acuan tat.
4.Bakar tat pada suhu 180 darjah C selama 10 minit hingga 15 minit.Sejukkan.
5.Untuk kastard, panaskan perlahan-lahan bahan-bahan kastard sehingga adunan pekat dan masak.
6.Sejukkan sedikit sebelum dituangkan ke atas pastri tarlet tadi.
7.Boleh dihidangkan dengan hiasan buah-buahan seperti anggur, nenas, oren, ciri atau kiwi.
9 ulasan :
sedap!!!!! comeiii
wahhh comelnya tart buah2 tu..oo kastard nya resepi baru pada saya. sebab tak guna krimcheese ek. hmm sedap tu..
tq Qasey Honey..nampak kat pic ni comei lotey je,tp akak buat saiz besar nie, tak sabar, nak cepat siap je ...
Tulah Iza, akak dapat resepi yang bahannye ringkas untuk inti kastardnya, yg cream cheese tu pun akak blm dapat nk mencuba..tunggu Q..
Salam Kak Rohah,
lama dah Rahel tak buat tat buah2an..rindu la pulak..
Waalaikumussalam Rahel..kalau dah rindu-rinduan kena bikin tu Rahel..
Assalamualaikum Rohah,
rajinnya wat tart buah2an ni...nak rasa seketoi...he3..
Waalaikumussalam kak, hati teringin nak makan mende ni,sebab tu merajinkan diri..Tartlet SOLD OUT sudah kak..hhehehe
maknyuss...tarlet buah ini. sulitkah untuk membuatnya?
Catat Ulasan