Bersua kembali, Kerabu Jantung Pisang ni merupakan menu beberapa hari yang lalu.Angkut jantung pisang dari kampung masa cuti sekolah minggu lepas.Suka sangat, sebab saya memang suka makan jantung pisang, tak kiralah diolah dengan resepi apa sekalipun.Dapat menu yang mudah ni dari dapur K.An, boleh juga lihat menunya DISINI.Resepi yang telah diolah oleh K.An ni juga merupakan adaptasi dari resepi asal pelakon Sheila Rosly.Mudah, ringkas dan enak.Tak percaya cubalah..
KERABU JANTUNG PISANG
Resepi asal: Air Tangan Sheila Rusly
Sumber/Olahan: Raihan Shaari
Bahan-bahan:(5 orang)
Bahan A:
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 1sm belacan siap dibakar
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 5 biji lada hitam
*tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
- 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
- 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
- 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
- 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing (saya guna 2 ekor ikan kembung)
(resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
carikkan dengan tangan
(saya ikut resepi asal)
- 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
- 1 biji limau nipis | diperah jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.
***tips sedap:kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tetapi bagi yang 'perut nipis' boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya.
***kerabu ini boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.
4 ulasan :
sedap nyerr. teringat2 lagi kesedapan jantung pisang dibuat kerabu. lemak2 gitu. ada ikan bilis garing pulak lagiiii bertambah sedap ;-)
sedapnya kak..dah lama x makan lauk nie..wahh melelh air liur nie.:)
Aah la Izah, akak mmg suka jantung pisang walau dicicah ngan sambal kicap.tak muak rasanya bila di makan..
Zila:Kalau camtu bolehlah merogerr jantung pisang kat pasar,mehlah try..
Catat Ulasan