Rabu, 20 Mac 2013

IKAN DURI MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat bersiaran kembali di pagi yang cerah hari ni.Cuaca sekarang ni memang terlalu panas...sehinggakan di malam hari pun terasa berbahang.Semua tu ujian Allah kan..Walaupun begitu, masih banyak nikmat yang kita dapat, antaranya kering kain2 dijemuran...betul tak, betul tak??..Alhamdulillah..
Hari ni timbulkan resepi Ikan Duri Masak Lemak Cili Api yang dah seminggu tenggelam dalam folder..heheee..(macam biasa...)..Bahan-bahannya pun macam biasa orang lain buat, ringkas je.Santan pun guna santan kotak, sebab malas nak kayuh basikal gi kedai..aikk?? naik basikal??..nampak sangat kelentongnya..hehee..gurau je ye..Ok lah, lintas langung terus resepi yang mudah sesangat  ni kat bawah tu ye..

IKAN DURI MASAK LEMAK CILI API
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1kilo ikan duri
700ml air
200 ml santan kotak
3 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia|kisar
2 cm lengkuas | kisar
5 cm kunyit hidup | kisar
15 biji cili padi merah | kisar
1 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik aroma.Masukkan air dan santan dalam periuk.Kacau.
2.Setelah naik wap, masukkan ikan duri, daun kunyit dan daun limau purut dan asam keping/ gelugur.Kacau kuah sehingga mendidih dengan api sederhana besar.
3.Setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

Selasa, 19 Mac 2013

SERIMUKA PANDAN


Assalamualaikum...
Selamat malam dan selamat beristirehat..Mungkin dah ada yang terlena dibuai mimipi2 indah.Semoga esok hari menjanjikan suasana tenang dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan lancarnya.

Kuih Serimuka Pandan ke udara malam ni, buatnya minggu lepas.Banyak kali dah buat menggunakan resepi ni, tapi tak sempat nak diabadikan fotonya.

Saya memang penggemar tegar kuih serimuka, dapat pulak resepi yang enak macam ni, memang ulang2 buatlah gamaknya.TQ untuk Chef Asma atas resepinya, juga kak Bdaria yang sudi memanjangkan resepinya.
SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")

Bahan Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.
6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir (asal 300 gm)
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Nota rohah:Saya sapukan loyang dengan minyak dan lapikkan dengan plastik.




Ahad, 17 Mac 2013

AYAM AROMA SELASIH


Assalamualaikum..
Selamat malam..Alhamdulillah dapat bersua lagi malam ni.Bersiaran dengan hidangan lauk pula.

Terhasilnya resepi ini kerana masih berbaki lagi stock daun selasih yang dibeli tempohari.Resepinya simple dan mudah sahaja, di samping menggunakan bahan- bahan yang sedia ada di dapur ketika itu.Hasil dan rasanya seakan-akan rendang, dan dibayang2kan enak jikalau di makan dengan pulut.Bolehlah lintas langsung resepinya di bawah.

AYAM AROMA SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
500 gm ayam
1 labu bawang besar | hiris
5 helai daun limau purut | hiris
3 tangkai daun selasih | ambil daunnya
Sedikit air
Sedikit bancuhan air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak


Bahan kisar:
3 ulas bawang putih 
3 biji buah keras
2 cm halia
2 inci lengkuas
5 tangkai cili api (lebihkan jika mahu pedas)
1 tangkai cili besar hijau 
6 tangkai daun selasih | ambil daunnya sahaja

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar dan bahan kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ayam, kacau rata.Tuangkan sedikit air.Biarkan mereneh.
3.Setelah ayam kelihatan hampir masak, masukkan bancuhan air asam jawa, hirisan daun limau purut beserta helaian daun selasih.Biarkan seketika.
4.Perisakan dengan garam dan gula.
5.Matikan api.


PISANG MUDA MASAK LEMAK

Assalamulaikum...
Selamat berhujung minggu..
Sudahkah rakan semua berkira2 tentang menu apa yang hendak dimasak tengahari ini? Buntu???..harap2 tidak begitulah ye..Jika yang terluang tu mesti dah ada plan yang bagus untuk menu dihujung minggu kan..
Hari ni kembali bersiaran dengan Pisang Muda Masak Lemak..Alhamdulillah dapat menjamah pisang hasil tanaman di tanah rizab kawasan perumahan ni..Tak sangka pisang yang ditanam kiranya cepat berbuah..Mungkin disebabkan faktor tanah yang sangat subur, sebab time korek tanah untuk menanam anak 2 pokok pisang bulan Mei tahun lepas, banyak cacing yang terungkai dek terkena mata cangkul.Bulan Oktober buah pisang dah mula berputik dan awal Mac dah boleh dinikmati hasilnya..alhamdulillah.
Inilah antara menu yang dapat saya buat dari pisang tanduk ni..Masak 1 sisir sahaja dah banyak satu periuk, memang tak habis dimakan satu keluarga, boleh beri pada jiran...O.klah, resepi mudah boleh lintas langsung di bawah ye..


PISANG MUDA MASAK LEMAK
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 sisir pisang tanduk muda | siat kulit & dihiris
1 liter santan
4 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci kunyit hidup | kisar
5 tangkai cili padi | kisar
Sedikit udang kering | kisar
1/2 biji kiub bilis knorr
Garam
Gula
Minyak masak

Cara:
1.Sediakan air yang dibubuh sedikit garam dalam besen kecil.
2.Basuh pisang.Siat nipis kulit pisang dan potong  ikut kesesuaian masing2.Masukkan dalam besen yang berisi air campuran garam agar pisang tidak nampak terlalu lebam.
3.Didihkan air dalam periuk, dan celurkan pisang sekejap agar cepat empuk apabila dimasak. (jangan terlalu lama).Toskan.
4.Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga beraroma.
5.Masukkan santan dan kiub ikan bilis.Kacau hingga mereneh barulah dimasukkan pisang.
6.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila pisang benar2 empuk, matikan api.

Jumaat, 15 Mac 2013

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE; KEK HARI LAHIR




Assalamualaikum..
Bersiaran lagi hari ni, alhamdulillah.Salam ceria di pagi Jumaat yang mulia ini.

Syukur Ya Allah atas rahmat Mu,
Kerana aku masih diberi peluang bernafas di bumi naungan arasy Mu..
Tanggal 15 Mac setiap tahun,
Membuatkan aku sentiasa mengharap pada Mu..
Sebagai hamba yang kerdil aku hanya mampu berdoa,
Moga aku mencapai setiap redha Mu dari segelinap umur ku..
Amin..


Terhasilnya kek ni sebagai tanda kesyukuran..tak ada pun majlis special, cuma dapat menghidangkan dessert untuk di makan santai bersama suami dan anak2..


Series sedap sangat kek ni, lebih2 lagi bila tergigit toppingnya, rasa chewy cam tu..


DEVIL'S FOOD CHOCHOLATE CAKE
Resepi:Shelly Kaldunski book On Cupcakes
Sumber:Azlita

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula kaster)
1/2 cawan brown sugar 
125 gm mentega
2 biji telur gredA
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk (buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan 10 minit)
1 cawan air suam

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah C.Sediakan loyang ukuran 9".Alas dengan kertas minyak dan sapu butter sekelilingnya.
2.Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan.
3.Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
4.Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan cecair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.
5.Terakhir masukkan vanila ekstrak.
6.Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon

Cara:
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy sahaja, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocholate Ganache
100 ml double cream/ whipping cream
250 gm coklat gelap dicincang halus
Sedikit garam

Cara:
1.Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam, kacau rata.Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
2.Melapis kek setelah kek benar-benar sejuk.tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20-30 minit.Tuangkan ganache coklat di atasnya.
3.Hiaskan kek mengikut kreativiti.
4.Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
5.Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese, celupkan mata pisau dalam air panas atas boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.Lap mata pisau dan potong.

Khamis, 14 Mac 2013

ROTI JALA & KARI AYAM



Assalamualaikum..
Selamat malam..jumpa lagi di sini alhamdulillah.
Sudah lama saya tak meroti jala menu pebret saya ni, terbayang bila cicah ngan kari tu yang tak tahan..., apalagi??, bila mahu, terus bikin...


Rasanya semua orang tahu resepinya, juga tahu untuk membuatnya, tapi sebagai rujukan saya abadikan resepinya di sini.Silakan jamu mata..


ROTI JALA 
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Kacau sebati menggunakan hand whisk.
2.Tapiskan adunan.
3.Panaskan kuali.Sapukan dengan mentega.Sendukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkan adunan ke atas kuali.
4.Angkat roti jala apabila kelihatan masak.
5.Ulangi proses menjala hingga habis.
6.Hidangkan bersama kuah kari.

KARI AYAM
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
350gm bahagian isi ayam | potong kecil
4 sudu besar serbuk kari daging* | satukan bahan bertanda (*) dan bancuh bersama sedikit air
1 sudu kecil cili giling*
5 ulas bawang merah**| kisar bahan bertanda (**)
1/2 inci lengkuas**
1 inci halia**
2 biji kentang | potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 biji kiub ayam knorr
1 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan kotak
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.Masukkan bancuhan kari dan pescili giling.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan kentang dan ayam.Kacau rata.
3.Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk.
4.Kemudian masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam, kerisek, garam dan gula.Renehkan lagi.
5.Matikan api.

Rabu, 13 Mac 2013

PAU LEMBUT


Assalamualaikum..
Jumpa lagi rakan-rakan maya yang dikasihi, semoga tidak jemu menjengah ke sini, walaupun N3 yang diketengahkan biasa2 je.Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah, kerajinan menerpa minggu lepas, dapat buat 2 jenis pau dalam seminggu.Tayang pau yang ni dulu, dek terkesan dengan pic pau Tun tempohari,lembut nampaknya pau dia.Simpan resepi dulu time tu, bila mood uli2 ni datang barulah boleh teruskan projek.. Inilah hasilnya, memang lembut.

Kalau sebut bab inti, orang dalam rumah ni suka inti kacang kecuali bujang sulung yang suka inti coklat..so ready utk filling coklat untuk dia sorang.Apapaun TQ lah Tun dan kak Ton (nama lebih kurang pulak tu...hehe) sebab share resepi di laman masing2..
PAU LEMBUT
Resepi:Kak Ton MYR
Sumber:Tun Telani

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau | diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 g (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu makan) gula kaster (saya kurangkan)
20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
2 g (1 sudu teh) bread softener (saya guna bread improver)
1/2 cawan air suam

Cara:
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4.***Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus.
10***Untukinti, bolehlah menggunakan intin apa sahaja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.Kukus pau selama 10 minit.
13.***Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba.

Selasa, 12 Mac 2013

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES


Assalamualaikum...
Selamat tengahari, alhamdulillah jumpa lagi di sini.Semoga  ceria-ceria selalu di samping tugas harian.

Alhamdulillah dapat saya merasa Hokkaido Chifon Cupcakes ni, sebab dah lama sangat teringinnya..Tempohari nampak resepi yang telah dicuba oleh kak Ita Masam Manis di rasa.karangkraf online, nampak cantik dan menyelerakan.Terpanggil terus nak try.Hehe...orang lain dah sampai bulan dengan kek Hokkaido, sebelum ni saya cuma tengok je bulan mengambang dari bumi..


Ternyata tersangat gebu dan sedap cupcake ni......Itulah yang dapat digambarkan di sini.Tq kak Ita atas perkongsian.Untuk sumber empunya resepi asal saya tak pasti, sebab saya cuba buka blog kak Ita dan search resepi ni, tapi tak dapat...

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
30gm gula  kaster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola (minyak masak pun boleh)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastad
1 sudu kecil baking powder

Dalam bekas lain:
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula kaster

Cara memasak:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2.Sediakan ramekins 8 biji bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
3.Satukan tepung kek, tepung kastad dan baking powder.Kemudian diayak 3 kali.
4.Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk.Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
5.Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
6.Dalam bekas lain (pastikan bekas berkeadaan kering), pukul putih telur dan garam hingga bebuih.Tambahkan 80gm gula sedikit-sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku.(soft peaks)
7.Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.Kemudian masukkan baki adunan dan gaul sehingga dengan kaedah yang sama.
8.Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaram 80%.Hentakkan sedkit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
9.Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven bila kek masak.Hentakkan bekas ramekins sekali lagi dan biarkan kek sejuk.
10.Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
Resepi:Honey

Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung (saya guna tepung kastad)
1 sudu besar tepung jagung
4 suud besar gula
200 ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara memasak:
1.Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2.Masukkan 1-2 sudu besar susu.Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.
3.Masukkan telur dan kacau lagi.Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
4.Wrapping mangkuk dan masukkan dalam microvawe.Guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat.
5.Setiap satu minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.Ulang sehingga pekat.
6.Bila dah siap,masukkan butter dan kacau rata.

Tips:
*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
*Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan 'cream custard' yang licin.
***(saya guna kedah double boiler)