Khamis, 23 Januari 2014

AYAM PANGGANG BERSOS


Assalamualaikum..
Jumpa lagi ye...Ayam Panggang Bersos sedang bertamu di sini tau..Resepi dari majalah..memang terbaik.Boleh jadi resepi ulangan ni insya Allah..Selamat mencuba, seenak satey  diapunya rasa..

AYAM PANGGANG BERSOS
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam
1/2 labu bawang putih, dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai,dikisar
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
Secubit garam

Cara memasak;
1.Campurkan bahan kisar bersama kicap manis, serbuk lada hitam, madu dan juga garam.Gaulkan rata.
2.Lumurkan pada ayam dan biarkan diperap selama 2 jam.
3.Selepas 2 jam,panggang ayam pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.
4.Lebihan bahan kisar tadi dimasak semula untuk dijadikan sos.

9 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

Oh..! Simpel aje bhn2nya tu...nak dpt pun senang.. bole try ni...

kak ruby berkata...

Hai rohah, rasa rindu pula pd masakkan rohah, lama jgk tak berasap Damai Qalbu hihihi.......

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya...bila nak cuba ni...
akak apa khabar?

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Boleh akak cuba ni Roha... terliur akak tengok, rasa nak gigit jer peha ayam tu ehe ;)

Unknown berkata...

Lama tak nmpk Rohah kat fb? ke akak yg tak perasan:)
Senang je nak perapnya, bolehlah cuba nanti.

Mel berkata...

Menarik sangat warna ayam tu...sedapnya..

Rohah berkata...

As salam..ada yg tertanya2 ye..sy ada je ni..dapur kat rmh berasap sntiasa tp kadang2 je muncul kat kat Damai Qalbu n fb.kadang2 menyepi itu indah..hihiii..sekadar berseloka..

Ainul Mustafa berkata...

simple & nampak menarik.kena cuba ni

caramemakai jilbab 4 berkata...

blog yang bagus sekali