Ahad, 18 Mac 2012

AGAR-AGAR BALDU


Assalamualaikum..
Resepi ni dah lama saya memorandumkankan dalam FB.Namun sesaje dikesempatan ini untuk dishare di sini.Tak lapuk dek hujan agar-agar ni, kesedapannya memang ternyata, cuma di zaman sekarang ia popular dengan pelbagai nama dan mengalami arus modenisasi....Memang sedap.



AGAR_AGAR BALDU
Resepi asal: Majalah SAJI 
Sumber : rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan gula- sy kurangkan sedikit
Pewarna hijau secukupnya
Secubit garam


Cara menyediakannya:
1-Didihkan serbuk agar-agar bersama air,gula beserta daun pandan.
2- Masukkan pewarna hijau dan garam.
3- Apabila telah larut masukkan dalam loyang.
4- Kemudian jerang bancuhan santan dan telur.Masak hingga mendidih
6-Tuangkan adunan bancuhan santan di atas adunan hijau.Sejukkan sebelum di potong.
 

4 ulasan :

izahdaut berkata...

ooo resepi ni sya tag kat fb kelmarin. mintak izin ye.. nak try jugak nanti. nampak sedap sesangat tuu. ;-)

Rohah berkata...

nyum2..silakan aje Izah, mmg soft slurrrp..

Qasey Honey berkata...

nyum2...mmg nmpk sedap sgt...sedap dimakan bile sejuk kuar dri peti ais...

Rohah berkata...

mmg nyum2 Qasey..tak cukup sepotong sekali makan, kena banyak potong..