Rabu, 17 Julai 2013

PARU GORENG BERLADA: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]


Assalamualaikum
Salam semua, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.Sebelum itu, marilah sama2 bersedekah Al Fatehah buat seorang rakan fb iaitu Tun Teja dan seorang anakandanya yang telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat dalam satu nahas jalanraya.Semoga rohnya dicucuri ALLAH s.w.t.

Terkejut juga mendengar berita pemergiannya.Pernah bersembang di fb, rupa2nya dah tak jauh tempat tinggal saya dengan rumah arwah, TAPI belum berkesempatan bertemu, dia telah pergi buat selama-lamanya..

Kali ini Damai Qalbu bersiaran dengan lauk kegemaran, tapi bukan makan selalu tau, setahun masih boleh dibilang dengan jari iaitu Paru Goreng Berlada.Biasanya kalau malas nak di masak apa2, saya hanya gorengkan sedikit garing, dapatlah meratah seperti makan snek..he heee..Tapi kalau terlebih sedikit rajinnya, saya akan masakkan seperti dalam gambar2 tu lah...sempoi je, guna cili/lada merah besar.Kalau guna cili kering pun boleh aje sih...sama je.

Menu macam ni kebanyakannya ramai yang suka, tapi saya pasti, ada juga yang tak gemar makan organ dalaman lembu ni kan..eheee..tak apa, tanya dada, tanya selera...
Ratah je dah sedap, tak payah makan ngan nasi..kan, kan...jom mamam..

PARU GORENG BERLADA
Oleh;Rohah

Bahan-bahan;
500 gm paru- cuci, rebus, potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit, goreng lembap
10 tangkai cili besar merah- kisar
 2 ulas bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 cm halia-kisar
1 keping asam gelugor
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara;
1.Cuci bersih paru lembu.Rebus selama 1 jam 15 minit dan toskan.Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.Gorengkan lembap.Angkat dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga layu dan pecah minyak.
3.Masukkan air secukupnya [sekadar melembapkan masakan], bubuh asam keping dan biarkan mereneh.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan paru yang telah dihiris tadi, gaul rata dan matikan api.
6.Hidangkan.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 16 Julai 2013

SIMPLE STRAWBERRY CAKE


Assalamualaikum..
Jumpa lagi alhamdulillah..
Meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan N3 kek ni.Delay sebulan kek ni dalam folder sejak demam hari tu, malah banyak lagi yang terdelay, menanti untuk bersiaran kat sini juga..insyaAllah pelan-pelan.


Hasil menuai [menuai ke//..he..hee, macam ada kebun sendiri pulak] buah strawberry di CH tempohari, saya jadikannya sebiji kek yang lembap, yang mana kek ni terselit sedikit rasa masam-masam manis, memang sedap//.Seketul demi seketul saya jamah..rasa macam tak nak stop..eheee.Kebetulannya kek ni bersalut dengan topping cream cheese yang enak..sesuai sangat gandingannya.


Jalan-jalan cari resepi kek berasas buah strawberry, terjumpa resepi kek ni dari blog Nina, tq Nina kerana berjaya mengadaptasikan Simple Strawberry Cake yang sedap bersumberkan dari resepi asalnya iaitu Orange Cake Blended.

SIMPLE STRAWBERRY CAKE
Resepi; Nina Mirza

Bahan-bahan;
Bahan A;
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung [minyak masak pun boleh]

Bahan B;
100 gm buah strawberry - potong kecil
1/2 sudu teh perisa strawberry
1/2 sudu teh pewarna pink
2 cawan tepung gandum [ayak]
2 sudu teh baking powder [ayak]

Cara;
1.Panaskan oven 170 darjah celcius.Alaskan loyang berukuran 7'' dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2.Kisar halus semua bahan A.Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3.Masukkan ke dalam bowl perisa strawbery dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4.Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
5.Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl.Kacau rata.
6.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7.Setelah masak, terlangkupkan kek atas jaringan dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
8.Sedia dihidangkan.


Topping Cream Cheese
Sumber;Nina

Bahan-bahan;
1/2 ketul butter cup [saya gantikan dengan 125gm krimwell]
1/2 ketul cream cheese
Beberapa titik esen vanila
3 sudu besar gula icing-ayak

Cara penyediaannya;
Kesemua bahan disatukan dan diputar sampai sebati, kembang dan halus.Kemudian bolehlah dipippingkan dan dideco mengikut kreativiti masing-masing






Isnin, 15 Julai 2013

AYAM MASAK LEMAK KENCUR; MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]

Assalamualaikum..
Bersiaran kembali..selamat menjalankan tugasan dengan sebaik yang mungkin.Semoga berlipat ganda pahalanya, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni kan..
Hari ni Damai Qalbu menghamparkan menu tradisi dari kg kelahiran saya di Sabak Bernam..Macam biasa, bila adanya kenduri kendara muncullah menu lauk pauk sebegini.Bukan ayam saje yang biasa dioalah sebegini, selain tu boleh juga menggunakan ikan keli, talapia dan sebagainya.Sebelum ni pun saya dah pernah utarakan menu sebegini..bahannya sama, cuma ada sedikit penolak tambahan.Boleh lihat SINI dan SINI.

AYAM MASAK LEMAK KENCUR
Oleh;Rohah

Bahan-bahan:
1 kg ayam- goreng lembap
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
2 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
4 cawan santan 
1 keping asam gelugor
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Lumurkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.  
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, santan.Biarkan mesra.
3.Masukkan ayam dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan asam gelugor, garam dan gula.
4.Angkat dan hidangkan bersama lebihan hirisan daun cekur.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Sabtu, 13 Julai 2013

KUIH LOPES: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL Selangor)


Assalamualaikum..
Salam ceria semua, semoga anda semua dalam lindungan rahmatNya dan dapat melaksanakan tugasan harian dengan sebaiknya.

Telah masuk hari ke-empat umat islam berpuasa, terasa pantas rasanya masa berlalu kan.Harapan agar kita terus di beri kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini seterusnya..

Kalau masuk bulan ramadhan kuih inilah antara yang sering berlegar dalam kepala..Saya suka sangat makan kuih ni sebab ayahanda saya dulu kerap membeli juadah tersebut ketika di bulan ramadhan.Sebelum2 ni kalau teringin nak makan pun memang tunjuk di bazar je, tapi kali ni cuba buat sendiri..Saya sukakan yang ada sedikit rasa dan bau kapur..gambaran bahan pembuatanmya pernah saya tanyakan pada bonda di kampung, tapi saya cuba gunakan sukatan dan style sendiri dengan cara yang mudah..kalau ikut yang sebetulnya memang pelbagai cara, tidak kiralah dari segi bahan dan cara pembungkusannya.Semunya terpulang pada citarasa masing-masing.


KUIH LOPES
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 1/2 cawan air*
5 helai daun pandan* (kisar bersama)
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Daun pisang secukupnya
Benang/ tali rapia

Bahan Lain:
1 biji kelapa parut ambil putihnya
Garam secukup rasa

Air/ Sirap Gula:
150 gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
5 cawan air
-Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih dan tapiskan.Sejukkan.

Cara:
1.Rendamkan beras pulut selama 2 jam.Toskan.
2.Kisarkan daun pandan bersama air dan tapiskan.Campurkannya bersama air kapur, sedikit pewarna hijau dan garam.Tuang ke dalam loyang berisi beras pulut.
3.Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut selama 1/2 jam.
4.Angkat dan biarkan sekejap.
5.Ambil daun pisang, layur sekejap atas api.[pastikan daun pisang tidak dipotong pendek ye, supaya mudah nak menggulung].
6.Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki, dan gulungkan daun tersebut.Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan sedikitt.Ikat dengan benang atau tali rapia.Buat sehingga habis.
7.Kukus semula pulut selama 15 minit.
8.Sejukkan dan potong.Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
9.Hidangkan bersama air gula merah.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Jumaat, 12 Julai 2013

SAMBAL TAHUN KERANG: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL SELANGOR)


Assalamualikum..
Salam semua, moga sihat dan ceria-ceria selalu.Cuaca sekarang ni seakan tidak menentu sekarang, mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan Nya.

Ada sesiapa yang pernah merasa Sambal Tahun?.Saya percaya mestilah ada kan...sesiapa yang belum pernah merasa, bolehlah mencubanya.Menu ni memang nostalgia bagi saya, terkenal di kalangan masayarakat Jawa terutama dalam majlis kenduri kendara atau pun sebagai hidangan pelengkap pada hari raya puasa.

Istimewanya Sambal Tahun ni ialah semakin banyak hari di perhangat, semakin mantoppsss dan meresap rasa kuahnya.Tekniknya ialah dengan memanaskannya saban hari....baru tahu hasilnya.Kisah dongengnya, sebab itulah dia tahan selama setahun..ahaaaa..makanya dinamakan sebagai Sambal Tahun!.Itu yang pernah saya dengar dicuping telinga saya..Tapi kalau kita masak ciput je, tak adalah sampai bertahun..paling2 sebulan ataupun sehari dua dah habiss daaaa...eheee..Tapi kebiasaannya, nenek2 kita dulu memang akan buat banyak sambal ni untuk diperhangat berhari2, kisahnya...Kiranya dibuat cemilan setiap kali menjamah nasi.Hanya perlu tambah santan/ air dan isi yang baru apabila kuah telah menyusut.

Kebiasaannya Sambal Tahun ni memang mendapat sambutan di kalangan mereka yang pernah merasainya.Sambal Tahun ni tak terbatas isinya kepada isi kerang je, malah paling famous jika sambal ini di adun bersama Kulit Lembu atau dikenali sebagai Lulang Lembu  dalam istilah Jawa.Tapi secara amnya, ada segelintir orang tidak gemar atau tidak pandai untuk meratah kulit lembu tu.Kalau saya, saya lebih gemar makan Sambal Tahun yang berasaskan kulit lembu, enak sangat rasanya.... tapi disebabkan agak sukar nak dapatkannya, alternatifnya ialah menggantikan kulit lembu dengan kerang, kaki ayam ataupun apa2 je yang sesuai.Kiranya menu tersebut telah menjadi menu pebret kami.Di bawah ni merupakan style Sambal Tahun bonda saya.

SAMBAL TAHUN KERANG 
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:
2 kg kerang (boleh juga guna kulit lembu, kaki ayam dll.)
250 gm lengkuas muda, (hiris nipis/ ukuran batang mancis dan rebus bersama 5 cawan air)
50 gm cili api merah/ hijau (buang tangkai)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 cawan santan  pekat (dari sebiji kelapa)
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
Garam 
Gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Cuci bersih kerang dan rebus kerang separa empuk.
2.Kopek kerang sehingga habis.Ketepikan.
3.Hiris lengkuas ukuran batang mancis ataupun hiris secara nipis.
4.Rebuskan lengkuas bersama 5 cawan air selama setengah jam.Ketepikan.
5.Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga layu.Masukkan lengkuas tadi.Kacau rata dan biarkan sekejap.
6.Masukkan pula air rebusan lengkuas bersama santan cair.Biarkan mereneh, barulah dimasukkan kerang yang siap dikopek.Teruskan memasak agar kerang empuk.
7.Tuangkan santan pekat, asam gelugor, gula dan garam secukupnya.
8.Biarkan kuah mendidih lagi dengan menggunakan api sederhana besar.Sesekali di kacau agar sebati.
9.Matikan api.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Khamis, 11 Julai 2013

BUBUR ABANG: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KL Selangor)


Assalamulaikum..
Salam 2 ramadhan buat rakan muslim semua...Mudah-mudahan kita dapat menghadapi bulan barakah ini dengan penuh keikhlasan dan rasa ketaqwaan pada Pencipta kita, amin...

Mungkin dah ramai para suri yang mula berkira-kira dengan resepi  pilihan sebagai persiapan juadah berbuka puasa petang nanti.Pastinya juadah yang menjadi kegemaran keluarga yang akan terhidang di atas meja makan nanti kan.. 


Kali ini Damai Qalbu memperkenalkan hidangan pemanis mulut yang cukup terkenal dari masyarakat jawa Selangor, mungkin juga sama dengan negeri lain yang mempunyai majoriti/ minoriti keturunan jawa, misalnya negeri Johor atau negeri2 lain juga.

Kebiasaannya Bubur Abang atau dalam istilah melayunya yang membawa maksud Bubur Merah acapkali di masak untuk menzahirkan rasa kesyukuran seperti dalam majlis Hari Kelahiran dan meraikan kejayaan anak-anak dan sebagainya.Tapi ini bukanlah bermaksud mesti melakukannya, tapi sekadar meraikan dengan manisan mulut yang menjadi tradisi untuk di beri kepada sanak saudara dan jiran tetangga.

Dah lama saya tak jamah bubur ni sebenarnya.Selepas beberapa hari sihat dari demam hari tu, tekak teringin makan dessert sebenarnya, tetiba teringat pulak BUBUR ABANG yang mudah disediakan ni..rogerr terus.Untuk sukatan ni, agak besar jika sekadar nak jamu kita sekeluarga, so bolehlah adjust separuh sukatan jika ingin mencuba dengan sukatan yang berpatutan..Sedap tauu, lemak2 manis buah disulam sedikit rasa masin pada bahagian bubur yang bgerwarna putih tu..Bagi yang gemarkan lebih manis, bolehlah tambah sukatan gula untuk bubur yang berwarna merah.Terpulang pada citarasa ye..tapi berpada-padalah ye bila nak tambah gula tu..eheee...


BUBUR ABANG 
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:(anggaran hidangan 15-20 orang)
Bahan A
2 cawan beras
10 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B
1 biji kelapa parut (kisar bersama 8 cawan air di bawah)
8 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam (untuk dimasukkan ke dalam bubur yang telah diasingkan nanti)

Bahan C
2 1/2 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan bahan A dalam periuk, dan masak beras sehingga kembang.Pastikan beras dimasak dengan api sederhana dan sesekali dikacau alih.
2.Setelah nasi mengembang menjadi bubur, masukkan santan (dari bahan B) dan garam.Kacau sekerap yang boleh sehingga bubur naik wap.Setelah itu, ambil 3 cawan bubur tersebut dan asingkan ke dalam periuk lain.Tambahkan 1 sudu kecil garam ke dalam bahagian bubur putih tersebut (bahagian bubur yang putih ini memang perlu terasa masinnya).Masak sekejap hingga naik wap/ sedikit mendidih.Matikan api.
3.Bubur yang selebihnya pula dicampurkan dengan gula merah dari bahan C (boleh juga bancuh gula merah terlebih dahulu dengan air, kemudian tapiskan ke dalam periuk berisi bubur).Teruskan memasak bubur tersebut dan kacau sehingga tanak.Matikan api.
4.Sendukkan bubur merah ke dalam mangkuk/ pinggan yang sesuai, kemudian sendukkan sedikit bubur putih ke atas bubur merah tadi.Sedia untuk dimakan.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Selasa, 9 Julai 2013

''AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...'' dan LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN

Assalamualaikum...
Salam ramadhan buat semua rakan-rakan maya yang dikasihi..
Mengambil kesempatan ini, mohon maaf di atas segala salah silap yang lalu sekiranya ada.Menjelangnya ketibaan ramadhan kali ini, berharap bertambahnya amal soleh sesama kita.Terbukanya pintu  rahmat seluas-luasnya oleh Rabbul Izzati, di mana dipenuhi oleh pahala2 jika kita berpeluang merebutnya, masyaAllah..Semoga Allah permudahkan urusan kita..Amin..

Lafaz Niat Puasa Ramadhan;
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Sumber; Khairul Azmi

Rabu, 3 Julai 2013

KARI KEPALA IKAN CHE JAH


Assalamualaikum..
Terima kasih kepada Che Jah berkongsi resepi kari yang enak, juga buat Kak Amie yang sudi panjangkan resepi Che Jah untuk dicuba bersama.Kebetulan masa kak Amie tayang kari kepala ikannya tempohari saya ada stock kepala ikan bawal ke ikan sebelah, saya pun dah tak ingat..sebab dah peram menu ni 2 minggu..

Sakit klu nak datang tiba2 je kan...makanya pada masa yang sama peti sejuk pun masa tu memeram bahan mentah yg dibeli dari Cameron Highland yang sebahagiannya rosak begitu saje...sayang rasanya, kira bukan rezeki untuk dimakan.Nasib baik tak memborong sakan, jawabnya mmg rasa kesal tak sudah..

Jomlah cuba kari Che Jah ni, memang sedap sangat bagi saya..harus try, pasti berbaloi menikmatinya.
KARI KEPALA IKAN CHE JAH
resepi:Che Jah Bakar
Sumber:Amie

Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal, jenahak, tenggiri dll
5 sudu makan rempah kari ikan
Sejemput/ secubit halba
Sejemput/secubit biji sawi
2 biji terung bulat- belah 4 (sy tak letak)
10 batang kacang bendi (sy tak letak)
1/4 cawan santan pekat
Sedikit asam jawa-bancuh dengan 1 cawan air
1 pelepah daun kari lurutkan
Garam/ gula/perasa pilihan

Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sejemput/ secubit jintan putih

Cara:
1.Goreng kepala ikan setengah masak dan ketepikan.
2.Gaul bahan tumbuk dengan rempah kari ikan hingga sebati (saya tambah sedikit air).
3.Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu dan berbau harum.
4.Masukkan bahan rempah kari, daun kari halba serta biji sawi dan tumis kacau hingga terbit minyak.
5.Masukkan air asam jawa, terung dan kacang bendi dan biarkan sehingga mendidih- sekiranya kuah terlalu pekat atau air terlalu sedikit, boleh tambahkan air sedikit lagi.
6.Masukkan kepala ikan.
7.Tambahkan santan pekat.Biarkan seketika sehingga masak.
8.Perasakan dengan garam, gula, perasa pilihan.

KANGKUNG CAMERON TUMIS



Assalamualaikum..
Salam ceria.Menu tertunggak ni..semenjak demam hari tu, dapur tak berasap..tuan badan banyak landing atas sofa je..2 hari ni baru start masak2 kat dapur..Simple je ni, tapi bestnya kangkung dari cameron ni, lebih lembut dan lagi sedap dari kangkung biasa.


KANGKUNG CAMERON TUMIS
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cekak kangkung cameron -potong pendek
5 tangkai cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah- tumbuk
1/2 biji bawang holland - hiris
3 ulas bawang putih- ketuk
Belacan secukupnya-tumbuk
Sedikit ikan bilis- tumbuk
1 sudu besar sos tiram
Cili besar- hiris
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara;
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sos tiram.Masukkan sedikit air jika perlu.Renehkan.
2.Masukkan kangkung, goreng secukupnya, taburkan cili besar dan matikan api.
3.Hidangkan.