Khamis, 19 Jun 2014

LEMPENG PISANG

Assalamualaikum...
Rindu bertamu lagi di sini...jumpa lagi ye, alhamdulillah...Moga yang baik2 aje buat kawan2 maya semua.Dah lama tak menyusun N3, berdikit2lah juga nak ceriakan suasana yang dah lama suram agaknye..huhuu.

Lebih terpancar nostalgia apabila lempeng yang terhasil ni adalah santapan pagi buat arwah Bonda 2 bulan lebih yang lalu, sebelum kembalinya Bonda menemui PenciptaNya..inilah lempeng pisang permintaannya.Al Fatihah Bonda setiap kali hati ini terlintas mengingatimu...

Resepi sempoi asal menjadi, sebab memang dah lama sangat tak buat lempeng pisang ala kampung.Kerana mu almarhumah Bonda, lempeng pisang nostalgia ni menjelma..Rindunya pada mu Bonda....

Jumpa lagi di lain N3 ye ..
LEMPENG PISANG
Oleh; rohah

Bahan-bahan;
10 ulas pisang awak masak ranum
Tepung gandum secukupnya [anggaran 1 cawan]
Gula secukupnya
Sedikit garam
Sedikit air
Sedikit minyak untuk sapuan di kuali.

Cara;
1.Lenyek pisang bersama garam.
2.Masukkan gula secukupnya.Gaulkan.
3.Masukkan tepung gandum bersama air secukupnya.Gaul hingga sebati.
4.Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak masak, tebarkan bancuhan tepung dan masak sehingga kekuningan.

7 ulasan :

asmahyusof berkata...

As salam ....
sedehnya kak...sure teringat2 permintaannya tue...
lempeng yg x pnh menjemukan..mmg sedap.. :)

fazianbatrisyia berkata...

innalillahiwainnailaihirojiun...
apa2 yg berkaitan makanan kegemaran mesti jg kerinduan anak2 kan kak rohah...sy juga mcm tu ingat arwah ayahanda sy...rindu air tgnnya...

asyifamustaffa berkata...

Aduh kak...tabah la ye...mmg perit nak terimanya...sy masa arwah abah pegi pun...mkn bulan juga nak terima kenyataan...

Sabar ye..Alfatihah tuk mereka2 yg telah tiada...

Sweet red cherry berkata...

lamanya x makan lempeng..

Mel berkata...

hidangan mudah begini memang jadi sedap..nostalgia sungguh

ijayuji berkata...

Assalamualaikum kak rohah salam rimduuuuu dr jepunnn bukan siam lagi hihihi.., terima kasih sbb ingat kat kita lagi😍insyaAllah kalau ada kesempatan meronda ronda blog org kita singgah umah akak naa😘

Unknown berkata...

oakley sunglasses, air max, sac longchamp, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, nike free, chanel handbags, longchamp, replica watches, longchamp outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, nike free, nike air max, replica watches, gucci outlet, kate spade outlet, tory burch outlet, nike roshe run, polo ralph lauren outlet, louboutin outlet, louis vuitton, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, tiffany jewelry, louis vuitton, christian louboutin outlet, ugg boots, air jordan pas cher, nike outlet, longchamp pas cher, michael kors, burberry, louboutin shoes, louboutin pas cher, louboutin, oakley sunglasses, jordan shoes, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, ugg boots, oakley sunglasses, prada handbags, nike air max, cheap oakley sunglasses, oakley sunglasses