Rabu, 4 Jun 2014

AL FATIHAH BUAT MU BONDA


25 May 2014 bersamaan 25 Rejab 1435 H
Pemergiaannya sudah tercatat sejak azali lagi
Kerana janjinnya dengan yg Esa telah tiba
Kenangan bersama Bonda terlalu indah di waktu hayatnya masih ada
Kata-katanya, senyumannya, riak tawa dan sedihnya
Masih segar dalam ingatan
Sudah tiada belahan tangan Bonda yang akan kami cium selepas ini
Tiada lagi doa keramat mu untuk anak2 Bonda selepas ini
Yang ada cuma sisipan kenangan2 lalu yang membuatkan kami bertambah rindu

Kuat dan tabahnya Bonda menghadapi ujian yg Esa
Buat kami bertambah redha atas pemergian mu
Allah lebih mengasihimu
Allah lebih menyayangimu
Pastinya kami semua sentiasa merinduimu
Moga Bonda tenang bersama pengabdiannya
Al Fatihah buatmu Bonda Siti Asiah

13 ulasan :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Salam Takziah Roha,
Semoga roh bonda Roha dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Al Fatihah..

"Allahummarfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.. amin."

zila norazila berkata...

takziah dr akk roha..moga dicucuri rahmat..dan tergolong bersama org yg beriman..ameen

Fadzillah berkata...

Salam takziah Rohah....
Innalillaahiwainna ilaihi raajiuun.
Semoga rohnya ibu Rohah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

inazamri berkata...

salam takziah dan al fatihah.semoga roh bonda ditempatkan dikalangan org2 soleh beriman

Mel berkata...

Assalam kak rohah. semoga bondanya ditempatkan di kalangan orang beriman. Juga moga Allah beri kekuatan pada kak rohah sekeluarga untuk lebih tabah meneruskan kehidupan.amiin

inahar ali berkata...

Innalillah..moga roh bonda rohah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..amiiinn! Al Fatihah..

mama sara nur berkata...

AL ffatihah
Semoga arwah bonda Rohah tenang disana

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Assalam Rohah...
Takziah dari akak buat Rohah sekeluarga.. moga tabah dengan ujian ini... moga arwah bonda Siti Asiah ditempatkan bersama2 insan beriman... amin...

tun_telani berkata...

Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi pemergian insan tersayang. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan beramal soleh.. insyaAllah

Ayu berkata...

Salam Takziah buat Roha sekeluarga..
semuga arwah bonda, ditempatkan disisi orang2 yang beriman..insya allah..amin

kayumaniskorner563 berkata...

takziah rohah, smoga arwah ditempat disisi org2 yg beriman, tabah ye rohah.....

Hayani Nor berkata...

Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. semoga ditempatkan di kalangan org beriman. mati itu pasti. cuma masa mati itu kita tidak pasti

zana fahmi berkata...

Takziah Rohah....agak terlewat tau hal ni....