Rabu, 14 Januari 2015

DONUT LEMBUT

Assalamualaikum...
Donut Lembut sebagai pembuka bicara di tahun 2015...Lama sangat tuan rumah tak muncul...keadaan memang tak mengizinkan.Tapi jika muncul juga update2 yang terbaru selepas ini, kiranya rezeki tuan tanah dapat menyelinap disegenap ruang sempit yang sedang menyapa..

Terima kasih atas resepi yang dikongsikan oleh empunya resepi asal dan rakan2 yang telah mencubanya untuk dijadikan panduan..sedap donut ni, tak payah perap lama2..ok lah BYE BYE dulu..in sya Allah ada lah update2 terbaru selepas kuih donut ni la ye...Aameen..Rindu nak kunjung dapur rakan2 blogger semua.Ada rezeki saya kunjungI nanti..

DONUT LEMBUT
Resepi; HaSue
Sumber; Kak Yatie

Bahan-bahan [Untuk pelbagai Jenis Kuih-muih Yang Memerlukan Doh Yang Lembut]
500 gm tepung berprotein tinggi/ tepung roti [saya guna tepung gandum]
1 peket yis segera
50 gm marjerin/ butter
1 sudu makan [penuh] shortening [lelemak sayuran]
2 sudu makan [penuh] gula pasir
2 sudu makan susu pekat/ susu tepung [ikut citarasa]
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau toping kegemaran anda
190ml-200ml air suam [bergantung pada kualiti tepunbg]

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam.Masukkan yis segera, gula pasir, susu marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga  sebati dan melekat pada sudu [bila dah sebati, dikacau satu arah je menggunakan sudu]
4.Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat ditangan [sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih].Doh dah siap.
6.Doh tidak perlu direhatkan, [kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10 minit] boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci [agak2je].Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
7.Setelah minyak agak panas [jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus] perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlambau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng. [sebab adunan mengandungi telur]
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan.Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

note;
maaf sbb sblm ni silap letak gambar donut resepi yg lain,yg ni baru betul..aduhaii