Ahad, 11 Mei 2014

KUIH SAGU permintaan Bonda

Assalamualaikum..
Bersua lagi hari ni, alhamdulillah.Terasa sayu bila tatap gambar kuih ni.Kuih inilah yang dia minta oleh Bonda setelah dia discaj dari hospital untuk kali keberapa saya pun dah lupa.Keluar sahaja keinginan dari bibirnya untuk menjamah kuih yang dimaksudkan, terus saya buatkan.

Namun apa yang menyedihkan, kali ini kemasukannya lagi ke hospital adalah tempoh paling lama berbanding waktu sebelum2 nya, iaitu telah mencecah 38 hari.Semoga bondaku terus tabah menghadapi dan melawan penyakit kanser hati dan kanser salur hempedu yang sedang dialaminya.Saya tahu, bonda seorang yang cekal dan tabah..Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Untuk resepi kuih sagu ni, saya sempat intai dari dapur Izah.Elok hasilnya, alhamdulillah...TQ juga buat Kak As kerana sudi berkongsi resepi.

KUIH SAGU
Resepi; Kak As
Sumber; Izah

Bahan-bahan;
2 cawan sagu,basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung,bancuh bersama sedikiut air
Kelapa parut tambah sedikit garam

Cara;
1.Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2.Apabila mendidih masukkan sagu.
3.Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung.
5.Angkat, tuangkan dalam acuan yang telah di gris dengan minyak
6.Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7.Setelah sejuk bolehlah di potong dan digaul dengan kelapa.

9 ulasan :

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Assalam
Akak suka kuih ni jg
Semoga mak dan rohah sekeluarga tabah menerima dugaan begini
Sama la kita akak pula Ayah sakit spital dah mcm rumah kedua keluar msk
Allah uji kita utk melihat setakat mana kesabaran manusia

Tanpa Nama berkata...

saya suka ngan kuih sagu ni... (",)

salam ukhwah...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Salam Rohah,

Rindu akak dengan entri Rohah.. rupanya Rohah sedang menjaga emak sakit ye.. Syafakillah buat mak Rohah.. moga cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya itu..

Sedap kuih sagu tu.. dah lama juga akak teringin nak buat kuih sagu tu sendiri.. tq share resepi nanti akak nak cubalah :)

Tanpa Nama berkata...

Moga mak cepat sembuh ye

Saya sukaaaa sangat kuih ni adui klu bulan puasa selalu craving nak makan ni

kak ruby berkata...

salam rohah, k ruby doakan semoga mak rohah cepat sembuh....

fazianbatrisyia berkata...

sy juga rindu n3 di Damai Qalbu. Semoga yg baik2 shj buat Bonda. Semoga ada kesembuhan utknya...Kasihanilah hamba ini...anak2nya masih memerlukan doa dan kasih sayang bondanya...kau berilah kesihatan utknya...amin.

zila norazila berkata...

doa buat mak rohah..moga tabah mlwan pyakit..moga diberi kesembuhan..ameennn jg diri rohah jgk tau.salm syg.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

akak doakan moga bonda rohah diberikan ketabahan menghadapi segala ujian pada dirinya.. semoga masih ada peluang untuk sembuh.. aminn... untuk rohah juga moga tabah menghadapi situasi ini.. banyakkan bersabar ye rohah..

cara memakai jilbab berkata...

enak sekali kuenya, izin belajar resepnya ya