Isnin, 16 Februari 2015

KEK MINYAK



 Assalamualaikum
Interframe gambar kek lama dalam ni.Jadinya memang dah habis lama tau..hiiiii.Nampak kek ni gebu moist dalam blog Kak Nik.Geraaammm je.Jawapannya kena buat lah klu dah macam tu tahapnya..hrrrrr

Tak sia2,...laju masuk mulut sepotong demi sepotong bila dah siap.Anak dara pun siap bawak bekal ke sekolah.Request lagi...Tapi sampai dibuat N3 ni belum buat lagi utk kali ke-2.Sabarlah ye...
OK, JUMPA LAGI..

KEK MINYAK
Sumber;Kak Nik

Bahan-bahan [5-6 orang]
5 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna
Sedikit garam

Cara
1.Ayak tepung dan baking powder.Ketepikan.
2.Pukul telur, gula, ovalet sampai gebu.
3.Masukkan susu pekat dan esen.Masukkan minyak dan pukul lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
5.Bahagikan ikut pewarna.Selang selikan adunan dalam loyang sampai habis.
6.Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah C hingga masak.Selamat mencuba.

4 ulasan :

cheq da berkata...

Cantik kejadian kek akak...

Mel berkata...

Assalam kak. Dulu masa mula2 tengok kek minyak ni, pandang sebelah mata je resepinya. Tapi bila sekali dah cuba, walllahhh memang sedap. nak buat pun senang.

tun_telani berkata...

Salam kak rohah :) mmg kek ni kalau tiba2 ada org nk datang or tgk bizi nk mkn kek, sesuai la. sbb senang sgt nk buat, sedap pulak tu.

salina mohd taha berkata...

Share ya tksh