Isnin, 26 Mac 2012

NUGGET TEMPE




Salam petang isnin..Siape suka makan tempe angkat tangan!!Tak semua orang gemar/suka tempe ni..Terpulanglah pada selera masing2kan.Selalunya saya suka buat tempe salut tepung untuk buat hidangan makan nasi bersama lauk2 yang lain.Cuma kali ni teruja pula nak membuat nugget tempe yang sebenarnya cukup2 berkhasiat berbanding nugget berunsurkan daging mahupun ayam.Sumber resepi ni saya ambil dari youtube di mana resepinya dimiliki oleh Chef Budi Sutomo, namun saya dah buat alih bahasa & olah sedikit mengikut kesesuaian saya supaya mudah untuk saya merujuknya semula di masa akan datang. Untuk resepi asalnya boleh juga lihat di SINI.


Membuatnya tidaklah sukar, memang mudah saya rasakan dan boleh difrozenkan saya kira.Jomlah sama2 mencuba..



NUGGET TEMPE
Resepi: Chef Budi Sutomo
Alih bahasa/olahan oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
400gm tempe | hancurkan
100gm cendawan | kisar (saya guna cendawan butang dalam tin)
3 biji telur ayam | kisar
2 sudu teh gula pasir | kisar
1/2 sudu teh lada sulah | kisar
2 sudu teh kicap masin / cair 
4 ulas bawang putih | kisar
*kisar semua bahan di atas

Bahan salutan:
60gm serbuk roti/ bread crumbs
60gm tepung gandum
3 biji telur ayam | kacau

Cara:
1.Hancurkan tempe /leraikan.Ketepikan
2.Campurkan cendawan, bawang putih, telur, lada sulah, garam dan gula.Kisar hingga halus.
3.Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam tempe diikuti kicap masin.Kacau hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di di lapis dengan aluminium foil dan marjerin, kemudian kukus  selama 30 minit hingga masak.(saya masukkan dalam acuan mould / hanya sapukan marjerin sahaja)
5.Potong adunan nugget, kemudian celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung.Masukkan semula nugget ke dalam bancuhan telur kemudian ratakan ke dalam serbuk roti.
6.Goreng adunan dengan api sedang hingga warna kuning keemasan.



CUCUR DAUN BAWANG




Selamat petang dan beristirehat.Hujan2 camni kalau dapat menyantap cucur panas memang best.Jadinya, ambik kesempatan yang ada ni nak kongsi resepi cucur yang mudah2 aje disediakan.Kalau saya buat memang habis licin dikerjakan sama dengan suami & anak-anak.(Itu kalau kamilah...).




CUCUR DAUN BAWANG
Resepi:rohahisha

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 1 ½ sudu kecil mauripan
  • ¼ sudu garam
  • 5 tangkai daun bawang
  • 5 tangkai daun sup

 Cara menyediakan:
1.Gaulkan kesemua bahan, kemudian curahkan air sedikit -sedikit sambil dikacau rata.Sebatikan agar tidak berketul.
2.Perapkan adunan selama30-40 minit.
3.Panaskan minyak dan jemputkan adunan menggunakan tangan ke dalam kuali gorengan.Lakukan sehingga habis.
4.Goreng hingga masak.


Bahan Untuk Sos:
  • 2 tangkai cili merah | dikisar bersama sedikit air
  • 2 ulas bawang putih |                    “
  • 1 sudu kecil gula
  • 1sudu kecil cuka
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara menyediakan:
1.Kisarkan cili merah dan bawang putih dengan sedikit air.
2.Satukan bahan kisar tadi bersama air secukupnya ke dalam periuk.Didihkan.
3.Masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa.
4.Matikan api setelah masak.



Ahad, 25 Mac 2012

KERABU JANTUNG PISANG




Bersua kembali, Kerabu Jantung Pisang ni merupakan menu beberapa hari yang lalu.Angkut jantung pisang dari kampung masa cuti sekolah minggu lepas.Suka sangat, sebab saya memang suka makan jantung pisang, tak kiralah diolah dengan resepi apa sekalipun.Dapat menu yang mudah ni dari dapur K.An, boleh juga lihat menunya DISINI.Resepi yang telah diolah oleh K.An ni juga merupakan adaptasi dari resepi asal pelakon Sheila Rosly.Mudah, ringkas dan enak.Tak percaya cubalah..


KERABU JANTUNG PISANG
Resepi asal: Air Tangan Sheila Rusly
Sumber/Olahan: Raihan Shaari

Bahan-bahan:(5 orang)
Bahan A:
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1sm belacan siap dibakar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji lada hitam

*tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
  • 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
  • 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
  • 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing (saya guna 2 ekor ikan kembung)

      (resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
                                                                carikkan dengan tangan
                                                                (saya ikut resepi asal)
  • 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
  • 1 biji limau nipis | diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci  dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.

***tips sedap:kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tetapi bagi yang 'perut nipis' boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya.

***kerabu ini boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.


Jumaat, 23 Mac 2012

APAM POLKADOT LADYBIRD



Bertemu lagi di sini.Firstime buat apam polkadot ni.Nampak orang buat nampak seronok, lebih2 lagi kalau dilukis pelbagai bentuk.So, nak mencuba la juge...Inilah hasilnya walau tak comei macam orang lain buat.Yang tampak lubang2 kat adunan tu kata faktanya adalah disebabkan udara yang ada kat dalam adunan.Nak buat cammane, saya dah kacau rata pun dia menjadi gelembung juga kat warna hitam tu.Apapun sedap je bila di makan.Tq kasih untuk tuan punya resepi dan juga Shelly, atas sumber resepinya.


APAM POLKADOT LADYBIRD
Resepi asal:APAM POLKADOT (dari seorang peniaga)
Sumber:Shelly MYR

Bahan-bahan:(50 biji paper cup medium)
3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
275gm tepung gandum
220 gula halus
150ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallet
Filling (blueberry/strawberry/apa2 ikut citarasa)
Pewarna

Cara:
1.Masukkan kesemua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3.Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam piping bag.
4.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5.Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan ke dalam plastik, kemudian picitkan)
6.Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga penuh.
7.Last sekali dotdotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus sehingga 10-15 minit atau sehingga masak.


Rabu, 21 Mac 2012

TELUR MASAK SANTAN



Salam ...
Siaran yang tertunda, menu seminggu yang lalu kisahnye.Tak sempat nak update ari tu sebab balik kampung. saya padankan  Telur Masak Santan ni dengan Pulut Kuning.Untuk resepi telur ni saya gandakan bahannya dari resepi asal.



TELUR MASAK SANTAN
Resepi:majalah SEDAP

Bahan-bahan:
8 bii telur rebus | goreng berkulit
6 biji petai | belah 2 bahagian (saya tak letak)
1 helai daun salam
2cm lengkuas | diketuk
1 batang serai | diketuk
4 helai daun limau purut | buang tulangnya dan hiris
3 biji cili merah besar | potong 2 bahagian dan belah 2 bahagian memanjang
1/2 sudu makan gula merah
750ml santan daripada 1/2 biji kelapa
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup | bakar
3 biji buah keras | sangai
2 sudu besar kerisik (saya tambah item ini ke dalam resepi)

Cara membuatnya:
1.Tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas, serai dan daun limau purut sehingga terbit aroma.Masukkan petai dan cili merah.Kacau sehingga layu.
2.Masukkan telur,garam dan gula merah.Kacau rata.
3.Masukkan santan dan kerisik.Masak sehingga matang dan menyerap.


PULUT KUNING

Salam..
Semoga ceria anda semua di luar sana..Pulut Kuning yang dibuat ni adalah sempena menyambut hari kelahiran saya minggu lepas.Biasanya orang padankan dengan kari sama ada telur mahupun ayam, tapi saya saja tukar menu.Saya ambil resepi telurnya dari majalah SEDAP.Untuk resepi telur tu bolehlah lihat kat SINI.




Pulut Kuning
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
  • 1kg beras pulut*
  • 2 sudu besar serbuk kunyit *
  • 1 keping asam gelugur*       
  • Air secukupnya*
      (*)Satukan dan rendam 
  • Sedikit garam | gaul bersama beras pulut (semasa hendak mula mengukus)
  • 2 cawan santan pekat | dijerang bersama
  • Garam secukupnya     |              "


Cara:
1.Rendamkan beras pulut dalam air bersama serbuk kunyit, asam gelugur dan garam selama 3 jam.Toskan.

2.Gaulkan pulut tadi bersama-sama garam sehingga rata.

3.Panaskan kukusan.Kukus beras pulut selama 20 minit di dalam loyang kukusan yang berlapikkan plastik yang telah dicucuk terlebih dahulu dengan pisau.(plastik dilubang2kan sedikit).

4.Setelah cukup 20 minit, kaup balikkan pulut yang telah separuh masak tadi sekadarnya.Dengan perlahan-lahan, curahkan santan yang dijerang ke atas pulut dan kacau rata.(Lakukan sehingga santan habis).

4.Teruskan mengukus selama 30 minit lagi @ sehingga masak.Setelah itu tuangkan sedikit minyak ke atas pulut dan kacau sehingga rata.Biarkan sebentar dan matikan api.


Selasa, 20 Mac 2012

AYAM GOLEK



Salam,
Selamat bersiaran kembali.First time buat ayam golek, memang puas hati dan berbaloi sangat.Boleh makan untuk 2 waktu.Jimat tenaga..hehe (ada niat malas juga dlm hati tu..huhh).Tang paling sedapnye adalah diapunya kuah..manis2 buah..ummm boleh ratah ayam begitu sajaaaa..


Ayam Golek

Sumber: Ayam Golek Raja Sehari (majalah SAJI)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang merah         | untuk merebus
  • ½ sudu teh serbuk kunyit |          
  • 5 ulas bawang putih         | dikisar
  • 10 biji bawang merah      | dikisar
  • 7 cm halia
  • 3 batang serai  | dititik
  • 5 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 150gm kismis
  • 10 biji cili kering
  • 300ml santan pekat
  • Garam secukup rasa


Cara memasak:

1.Rebus ayam seekor dengan memasukkan bawang dan serbuk kunyit.Setelah masak toskan ayam.

2.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. (saya panggang dalam oven selama 1/2 jam)

3.Untuk bahan kuah:Panaskan minyak masak di dalam kuali.Tumis semua bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau.

4.Selepas itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Kacau hingga wangi.

5.Seterusnya masukkan santan dan kismis yang telah dikisar masak hingga agak pekat.Tambahkan garam secukup rasa.

6.Letakkan ayam dalam pinggan yang cantik, tuangkan kuah dan hias dengan cantik untuk majlis makan beradab.








Ahad, 18 Mac 2012

AGAR-AGAR BALDU


Assalamualaikum..
Resepi ni dah lama saya memorandumkankan dalam FB.Namun sesaje dikesempatan ini untuk dishare di sini.Tak lapuk dek hujan agar-agar ni, kesedapannya memang ternyata, cuma di zaman sekarang ia popular dengan pelbagai nama dan mengalami arus modenisasi....Memang sedap.



AGAR_AGAR BALDU
Resepi asal: Majalah SAJI 
Sumber : rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan gula- sy kurangkan sedikit
Pewarna hijau secukupnya
Secubit garam


Cara menyediakannya:
1-Didihkan serbuk agar-agar bersama air,gula beserta daun pandan.
2- Masukkan pewarna hijau dan garam.
3- Apabila telah larut masukkan dalam loyang.
4- Kemudian jerang bancuhan santan dan telur.Masak hingga mendidih
6-Tuangkan adunan bancuhan santan di atas adunan hijau.Sejukkan sebelum di potong.
 

Khamis, 15 Mac 2012

KEK HARI LAHIR :::Bertambah lagi usiaku...


KEK HARI LAHIR :::Bertambah lagi usiaku... 


Salam semua...


15 MARCH ...
Bertambah lagi usiaku.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Semoga segala amal apa yang ku lakukan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Mu.
__________________________________________________________________________________


Menu simple je, tapi alhamdulillah..
Bersyukur atas nikmat rezki yang telah Allah dikurniakan..



Resepinya boleh lihat di sini


Selasa, 13 Mac 2012

ORANGE CHICKEN PAPRIKA





Assalamualaikum..
Apa khabar semua??.Hidangan apa untuk minum petang hari ni??..Selamat bersiaran, tapi menu yang disiarkan ni adalah menu saya 2 hari yang lalu, asyik tak sempat je nak update..


ORANGE CHICKEN PAPRIKA
Resepi: Majalah SEDAP

Bahan:
1 ekor ayam,potong 16 bahagian (saya guna 800gm ayam)
2 sudu makan sirap oren (cth:sunquick)
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap Inggeris (saya guna kicap cair soya)
1 labu bawang besar| dipotong panjang besar
1 biji lada benggala merah | potong memanjang (saya guna 1/2 biji)
1 biji lada benggala hijau | potong memanjang  (saya tak guna)
1 biji lada benggala kuning |  potong memanjang  (saya guna 1/2 biji)
1 sudu teh garam
2 sudu teh lada hitam kasar
200ml air (saya kurangkan)
3 sudu makan mentega tawar (guna mentega biase)

Cara membuatnya :
1.Lumur ayam dengan sunquick, madu dan kicap Inggeris.Perapkan  lebih selama 1 jam dalam peti sejuk.
2.Bakar ayam dengan menggunakan api bawah suhu ketuhar 170 drjh C selama 20 minit sehingga kecoklatan.
3.Panaskan mentega.Tumis bawang besar sehingga terbit aroma.Masukkan ayam dan baki rempah bakar.Masukkan garam dan lada hitam.Kacau rata.
4.Tuangkan air.Masak hingga menyerap.Sebelum diangkat, masukkan lada benggala.Kacau sehingga agak layu.

Ahad, 11 Mac 2012

PUDING MARBLE COKLAT MANGGA




Assalamualaikum..
Selamat malam di malam minggu yang tenang ini..Semoga semuanya ceria dan berbahagia..
Malam ni saya nak share resepi PUDING MARBLE COKLAT MANGGA.Terlintas untuk membuatnya apabila ada stock mangga masak dalam fridge.Kebetulan terjumpa satu resepi  yang membuatkan saya mendapat ilham untuk meneruskan projek memuding.Namun saya dah olah mengikut kesesuaian dan citarasa saya.Rasa sedap pula puding mangga ni bila bergandingan dengan adunan coklat.



PUDING MARBLE COKLAT MANGGA
Resepi asal: Inspirasi dari PUDING MARBLE COKLAT
Oleh :Zanifah (majalah SAJI)
Olahan Oleh: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan A:
5gm serbuk agar-agar
400ml air
100ml susu cair
5 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan gula pasir (70gm)

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula serbuk milo dan koko, kacau rata dan tidak bergentel.
2.Tapiskan adunan puding ke dalam bekas lain terlebih dahulu  kemudian barulah tuang ke alam acuan yang digemari.(Pastikan acuan telah disengetkan kedudukannya untuk membentuk corak marble yang disukai).Biarkan sejuk baru dimasukkan adunan mangga pula.

Bahan B:
5gm serbuk agar-agar
400ml air100ml susu
1/2 cawan mangga kisar (mangga ranum)
1/5 cawan gula pasir (40gm)
Sedikit pewarna oren

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula puri mangga, kacau rata.
3.Pusing/alih kedudukan acuan yang telah berisi adunan coklat tadi untuk mendapatkan marble seterusnya.
3.Lapiskan / tuang adunan puding mangga ini ke dalam acuan.Buat step yang sama/ ulangi melapis antara kedua adunan tersebut secara berselang seli sehingga selesai.







Sabtu, 10 Mac 2012

TALAM ROTI LAPIS COKLAT





Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan selamat petang.Semoga semuanya ceria2 selalu bersama insan-insan tersayang.Meh jamu Talam Roti Lapis Coklat yang saaangat enak saya rasa.Time nak snap gambar ni pun saya punya kuih dah tinggal 4 ketul, sebab my hubby dah sambar dulu beberapa ketul.Dia kata sedaaaap sangat.Kalau tak disebabkan oleh keterlawatan saya nak abadikan foto kuih ni, dah lama dia habiskan.Memang sedap, lembut je dimakan..
Tq K.Wan atas perkongsian rasa resepi ini dan K.Yatie yang memanjangkan sumbernya.



TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Resepi: K.Wan
Telah Di Cuba Oleh:Yatie

Bahan-bahan:
4 keping roti sandwich | buang tepi,  siat & rendam dengan 100ml air (sy guna roti gardenia)
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan KARA (sy pakai ayam brand)
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu / tepung ubi
1 sudu teh coklat emulco (saya guna bancuhan 1 sudu besar serbuk koko + 3 sudu kecil air)

 *Acuan lompang 10-12 biji (saya guna acuan apam)

Cara menyediakan:
1.Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar.Ketepikan.
2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco.
5.Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat k atas lapisan bawah tadi.Lap tutup pengukus dan kukus slama 10 -15 minit dengan api sederhana hingga masak.

Khamis, 8 Mac 2012

TARTLET BUAH-BUAHAN




Assalamualaikum..
Dah tercapai juga hajat nak makan tart ni, alhamdulillah..Terlebih rajin pulak hari ni..Cam tulah kalau dah pasang niat, keperluan pula mencukupi, masa pun ada..Ibaratnya
"Bagai mengantuk disorongkan bantal.."
@
"Hendak Seribu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih.."



TARTLET BUAH-BUAHAN
Resepi:Juanna Abdul Rahman (majalah SAJI)

Bahan-bahan Pastri:
30 gm gula aising
60 gm marjerin
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm tepung ganum
1 sudu besar susu tepung

Bahan Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula halus
1 biji kuning telur
250 ml susu rendah lemak
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil mentega

Bahan Hiasan:
1 biji kiwi
5 biji strawberi
1 biji pic ( saya gantikan dgn mangga masak)

Cara menyediakan:
1.Pukul marjerin dan gula aising
2.Campurkan esen vanila dan kacau lagi.
3.Masukkan campuran tepung gandum dan susu perlahan-lahan.Setelah sebati, masukkan sedikit adunan di dalam acuan tat.
4.Bakar tat pada suhu 180 darjah C selama 10 minit hingga 15 minit.Sejukkan.
5.Untuk kastard, panaskan perlahan-lahan bahan-bahan kastard sehingga adunan pekat dan masak.
6.Sejukkan sedikit sebelum dituangkan ke atas pastri tarlet tadi.
7.Boleh dihidangkan dengan hiasan buah-buahan seperti anggur, nenas, oren, ciri atau kiwi.