APAM POLKADOT LADYBIRD
Resepi asal:APAM POLKADOT (dari seorang peniaga)
Sumber:Shelly MYR
Bahan-bahan:(50 biji paper cup medium)
3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
275gm tepung gandum
220 gula halus
150ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallet
Filling (blueberry/strawberry/apa2 ikut citarasa)
Pewarna
Cara:
1.Masukkan kesemua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3.Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam piping bag.
4.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5.Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan ke dalam plastik, kemudian picitkan)
6.Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga penuh.
7.Last sekali dotdotkan dengan warna pilihan, kemudian kukus sehingga 10-15 minit atau sehingga masak.
comellll.. suke tengok. saya pun pernah buat. anak2 la paling teruja. senyum saya tengok ladybird juling tu. comel giler. hehehhe
BalasPadamMekaseh Izah, alhamdulillah anak2 rasa tak sabar nak makan bila tgk memek muka ladybird ni..mmg lain kali kene lukis kartun2 kegemaran kanak2 lah utk dapatkan respon terbaik dari mrk.yg juling tu ehheehe..saje dibuat begitu, buat ekpressi sikit..
BalasPadamsinggah tangkap ladybird =) hehehe.cute! tak sangka plak jadi follower ke-100 hihihi
BalasPadamHaah la CikWan, bila dapat angka yang ke 100,macam best je kan rasa...sudikan singgah selalu..ahlan wasahlan..
BalasPadamAslmkum Roha.dtg kunjungan balas.tomei2 apam ladybird tu.
BalasPadamnengok pulut dg ayam golek kat bawah tu...sedapnya...
Waalikumussalam ..Mekaseh Mamasya atas kunjungan,jgn serik jengah dapur ni ye..
BalasPadamok la tu kak..Lydai buat jadi kumbang tanduk seram tgk apatah lg nk makan huhuhu..
BalasPadamSalam..comel sangat...jempuy singgah di blog saya yer..
BalasPadam