Selasa, 20 Mac 2012

AYAM GOLEK



Salam,
Selamat bersiaran kembali.First time buat ayam golek, memang puas hati dan berbaloi sangat.Boleh makan untuk 2 waktu.Jimat tenaga..hehe (ada niat malas juga dlm hati tu..huhh).Tang paling sedapnye adalah diapunya kuah..manis2 buah..ummm boleh ratah ayam begitu sajaaaa..


Ayam Golek

Sumber: Ayam Golek Raja Sehari (majalah SAJI)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang merah         | untuk merebus
  • ½ sudu teh serbuk kunyit |          
  • 5 ulas bawang putih         | dikisar
  • 10 biji bawang merah      | dikisar
  • 7 cm halia
  • 3 batang serai  | dititik
  • 5 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 150gm kismis
  • 10 biji cili kering
  • 300ml santan pekat
  • Garam secukup rasa


Cara memasak:

1.Rebus ayam seekor dengan memasukkan bawang dan serbuk kunyit.Setelah masak toskan ayam.

2.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. (saya panggang dalam oven selama 1/2 jam)

3.Untuk bahan kuah:Panaskan minyak masak di dalam kuali.Tumis semua bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau.

4.Selepas itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Kacau hingga wangi.

5.Seterusnya masukkan santan dan kismis yang telah dikisar masak hingga agak pekat.Tambahkan garam secukup rasa.

6.Letakkan ayam dalam pinggan yang cantik, tuangkan kuah dan hias dengan cantik untuk majlis makan beradab.








16 ulasan:

  1. Sore kak Rohah.. manpak sedap lah kak, kapan kapan Melly mau buat juga..slurrp

    BalasPadam
  2. makaiiii...bleh tahan ayam tu bposing...pandai ayam tu mgoda yer..

    BalasPadam
  3. sedapnya....suka... nak sepotong kat peha tu..

    BalasPadam
  4. as-salam
    wah sedapnya ayam panggang ni mabeles..:)

    BalasPadam
  5. Waw..mengancam..saya nak bagian peha ye..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Pagi Melly, ayuh buat ayam goleknya, nyantap sampai puas bersama family tersayang..

      Padam
  7. Memang ayam tu cantik elok kejadiannya, tambah2 kita possingkan dia, sure mata yang memandang akan tergoda..hehe

    BalasPadam
  8. Kita dah cop dulu bahagian peha tu kak norlie..kita bagi bahagian dada, nak tak?ehehe

    BalasPadam
  9. waalaikumussalam ady; memang enak ..jom try

    BalasPadam
  10. Rahel, nampaknye ramai yang berebutkan peha, kalau cam tu kita share je lah ye..puas tak agak2nye makan kalau cam tu?huhu

    BalasPadam
  11. Hamboiiii..!!!! mengancam lah ayam golek tu...kalau makan dengan nasi minyak ni pergh!! fengsan...

    BalasPadam
  12. Tq Kak Gee, jangan pengsan kak..yang buleh fengsan tu sebab dihadap sorang2 sampai licin..

    BalasPadam
  13. salam kenal rohah..sy ziarah dan follow blog awk..wahh sedap ayam golek tue..;)

    BalasPadam
  14. salam kenal juga dari saya Zila.tq kerana bersama blog saya..Ayam Golek tu mmg sedap, ratah2 bersama keluarga seronok sikit.Kalau tuggu kenduri org kahwin,pengantin je makan..hehe

    BalasPadam