Jumaat, 30 Disember 2011

NAGA SARI



Assalamualaikum...
Susahnya nak dapatkan kuih ni.Membuatnya tidaklah susah, cuma apa yang penting kena sediakan daun pisang dan lidi secukupnya..
NAGA SARI
Resepi:Rohaisha

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan ( kalau pekat lagi sedap )
1 cawan air | didihkan
3-4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
4-5 ulas pisang ( apa-apa jenis pisang) | secukupnya & dipotong kecil (ikut suka/saya potong dadu besar je)
Daun pisang secukupnya | dilayur atas api
Lidi secukupnya | untuk mengetip bungkusan

Cara menyediakan:
1.Campurkan kesemua bahan; tepung, gula, garam dan santan.Kacau sebati dan ketepikan.
2.Didihkan secawan air, kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang dikacau tadi dan kacau hingga menggelegak dan likat.Matikan api.
3.Sendukkan satu sudu besar ke atas daun pisang.Bubuh beberapa dadu pisang dan sendukkan lagi adunan untuk menutupi pisang tadi.Kemudian bungkus seperti membungkus tapai.Pinkan pula dengan lidi.
4.Siapkan membungkus hingga habis.Didihkan air untuk mengukus.Kukus kuih sehingga masak. (tanda kuih telah masak iaitu warna daun pisang bertukar menjadi pudar dan tampak layu).
5.Hidangkan. (seeloknya makan apabila kuih telah mulai sejuk).



NASI GORENG PLANTA

 

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan selamat malam buat semua...Susah memikir nak masak apa??? Jom kita masak nasi goreng planta yang cukup simple nie...Jomlah..


Nasi Goreng Planta
Resepi:Rohaisha

Bahan:
5 cawan nasi
1 labu bawang merah} hiris halus
4 ulas bawang putih}ketuk
2 ketul ayam} potong kecil
1/2 batang lobak merah
2 sudu besar jagung bijian
2 sudu besar kacang peas
1 tangkai cili besar} tumbuk lumat
1 kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu planta untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili hingga layu.Masukkan hirisan ayam.Kacau sebentar.
2.masukkan lobak merah, kacang peas, isi jagung dan kiub ayam dan kacau hingga separuh masak.
3.Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.Perasakan dengan garam dan gula.Matikan api apabila telah masak.

Khamis, 29 Disember 2011

TIWUL AYU CHOC (KOKO)






Assalamualaikum...

Salam  buat semua..Marilah menjamu selera dengan kuih 'Tiwul Ayu' nie... ataupun biasenya orang panggil kuih 'puteri ayu'.Sedap rupanya tiwul ayu coklat yang telah saya cuba ni.Saya try buat yang berasaskan coklat sebab nak tengok respon anak2 saya makan..tapi biaselah, ada yang suka dan sebaliknya..selera anak sememangnya berbeza-beza!!!.Tapi kuih ni memang confirm sedap..Izinkan saya c&p resepinya di sini ye kak fida, terima kasih juga coz  perkenalkan kuih tiwul ayu versi coklat yang semestinya mudah dibikin ini...


TIWUL AYU CHOC (KOKO) 

Resepi:kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 26-30 biji )

  • 160 g tepung naik sendiri
  • 3 sk serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 120 g gula halus
  • 3/4 sk ovalette
  • 80 ml susu segar
  • **100 g kelapa parut digaul dgn sedikit garam dan 1 sk tepung jagung
  • Secukup acuan tiwul ayu disapu sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Di dlm mangkuk mixer,pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan ovalette dan terus pukul sambil dimasukkan susu dan pukul terus hingga putih.Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan dgn spatula atau senduk hingga rata.
  3. Ambil sedikit campuran **kelapa parut dan bubuh ke dlm acuan dan tekan hingga padat.Sudukan 1 sb adunan ke dlm acuan.
  4. Kukus selama 10 min di dlm kukusan yg telah dipanaskan dahulu.



TALAM LABU



Salam buat semua...Semoga dalam rahmat Ilahi...Banyak kali saya menalam, tetapi kekadang menjadi, kekadang tidak..camtulah dinamakan pembelajaran..Apapun, percubaan ini memuaskan jugalah pada saya..cuma kena banyak sabar bila menalam kuih ni..tak kene gaya lembik, keras..semua boleh jadi, mungkin itu semua rentetan dr hasil kerja kita..kalau tak jadi jangan terus menerus salahkan resepi ye tak, kenalah mencuba lagi, macam saya yang tak serik ni...ehehee..meh kita nengok resepi talam labu dari kak Hanieliza ni, tapi saya dapatkan sumbernya dari kak Yatie yang rajin dan terror menalam tu!!...saya c&p je dari kak Yatie..izinkan ye kak...Tq buat Chef Hanieliza & Kak Yatie..


TALAM LABU
Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Yatie

Bahan-Bahan
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.

Selasa, 27 Disember 2011

KEK KEJU STRAWBERI



Assalamualaikum...

First time saya buat kek keju chilled ni sebenarnya..alhamdulillah memuaskan rasanya walaupun tidaklah sesempurna mana..Memang sedap. Apapun terima kasih untuk Chef Noraini yang sudi berkongsi resepinya.Cuma, untuk lapisan bawah kek ini saya guna biskut marie kisar.



KEK KEJU STRAWBERI
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
  • (1 biji kek span vanila bersaiz 8")
       :::Bahan kek span:::
       120 gm gula kastor
       10gm ovalette
       4 biji telur gred A
       130 gm tepung kek/superfine
       1 sudu teh serbuk penaik
       40ml air
       60gm minyak masak atau mentega cair
       1 sudu teh esen vanila

  • 250gm krim keju                        
  • 120gm gula kastor
  • 15gm gelatin halal
  • 60ml air
  • 200ml krim putar
  • 7 biji buah strawberi | dicincang halus
  • 1 sudu teh emulco strawberi
Cara membuat:
1.Sediakan tin bulat jenis 'loose tin' bersaiz 7"x3" yang boleh dibuka bahagian bawahnya.
2.Kek span dibelah dua lapisan dan hiris sedikit kelilingnya agar boleh dimasukkan dalam tin.Ambil satu lapisan kek dan letakkan  pada dasar tin tersebut.
3.Krim putar dipukul sehingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk.
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Gelatin dan air dipanaskan hingga cair.Setelah gelatin sejuk, tuangkan ke dalam adunan krim keju tadi dan putar hingga sebati.Kemudian masukkan krim putar (yang telah dipukul), buah strawberi dan emulco strawberi.Putar sebati sebentar saja.
6.Tuangkan ke atas kek span tadi dan simpan selama 5 jam dalam peti sejuk.
7.Jika suka sebelum dihidang, hiaskan dengan buah strawberi.






Untuk adunan kek span saya telah gantikannya dengan biskut marie yang dihancurkan.Sukatan bahannya merupakan adaptasi dari sukatan Kek Keju Mangga oleh Noraini Zakaria/Kompilasi Hidangan Berkeju.

Bahan-bahan:
210gm biskut Marie | dikisar
70gm mentega | dicairkan.

Cara:
Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
                                                                                                                         


Sabtu, 24 Disember 2011

APAM LABU MANIS COMEL



Assalamualaikum...Selamat malam..
Saya terpikat sungguh dengan resepi apam jintanmanis ni.Comel2 je nengok aksi apamnya.Sebenarnya cik abang beli sebiji labu dan suruh saya masak sayur lemak labu.Balance labunya masih "banyak" lagi.Buat apam ni pun masih tak luak-luak gak...Apapun terima kasih buat ros@jintanmanis yang telah sudi berkongsi resepi apam labunya yang lemak dan sedang2 je manisnya.Izinkan saya juga untuk merealisasikan resepinya di sini.Semoga murah rezqi ros..



Apam Labu Manis Comel
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan
-Bahannya:
2 1/2  cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan susu santan@ susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara
-caranya:
1. Rebus atau kukus
labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.

2. Selepas itu masukkan
labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan
apam labu tadi di dalam acuan,  dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

-
ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.



SALAD KASIH BEREMPING

Assalamualaikum...
Selamat malam semua...Jom layan salad yang simple nie...


SALAD KASIH BEREMPING
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 2 cawan betik ranum | potong dadu
  • 2 biji epal merah | potong dadu
  • 3 sudu besar mayonis
  • Emping jagung secukupnya | tabur

Cara penyediaan:
1.Satukan betik dan epal dalam mangkuk.Gaulkannya dengan mayonis hingga rata.
2.Sejukkan dalam fridge, kemudian boleh dihidangkan bersama emping.

Hiasan:
Strawberry


Jumaat, 23 Disember 2011

PANCAKE



Assalamualaikum..
Selamat malam buat semua...Kali ni try buat pancake.Nak bagi anak-anak saya rasa..alhamdulillah anak-anak saya suka.Suspen gak kalau diaorang tak nak jamah untuk sarapan pagi semalam.Penangannya habis terus peanut butter kat dapur..ehehe..O.k sangatlah tu..boleh buat lagi lain kali.


PANCAKE
Resepi:AlongRoz
Bahan-bahan: (lebih kurang 8 biji)
115 tepung gandum 
1 sudu kecil (5gm) soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) krim tartar
25gm butter
1 biji telur
150ml susu segar
1 sudu besar gula
Secubit garam

Cara-cara:
1.Campurkan tepung dan soda & krim tartar (kalau rajin ayak).
2.Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti (jangan digaul terlalu lama nanti berketul macam doh).
3.Lubangkan tepung di tengah-tengahnya.Gaulkan telur (dipukul dulu sedikit) & susu.Gaul sebati.
4.Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancakes yang panas dan dilengser dengan sedikit minyak.
5.Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih tu pecah baru diterbalikkan.
6.Hidangkan dengan sirap favourite anda-maple syrup, honey, butter atau ice cream.Makan panas-panas lagi best..




TELUR BISTIK


Assalamualaikum...
Makan nasi panas2 dengan telur dadar pun dah cukup menyelerakan, walaupun tak bubuh bawang ke ape...sudah memadai!!.Inikan pula dapat rasa telur bistik yang agak special,, memang sedaplah...dapat colet2 telur tu ngan sosnya yang pekat tu...Saya tengok resepi telur bistik ni memang menggoda..Jumpa resepinya di dapur basah kak Ayu Jalinan Rasa...Resepi asal dari wafaalatiff...Memang sedap arrr..



TELUR BISTIK
Resepi:wafaalatiff @myresipi
Sumber:Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

  • 3 biji telur (saiz sederhana) | bancuh
  • Daging/ ayam cincang secukupnya (saya guna daging burger)
  • Black peper secukupnya
  • 1 ulas bawang merah | tumbuk @ mayang halus
  • 1 ulas bawang putih | tumbuk @ mayang halus
  • 3 sudu sos tomato (saya guna tomato puree)
  • 3 sudu sos cili (saya guna sos cili bawang putih)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 biji tomato | potong dadu kecil-kecil
  • Mixed vigi (jika tiada boleh ganti dengan bunga kobis, carrot, apa-apa yang sesuai)
  • Gula dan garam

Cara -cara:
1.Bancuh telur dengan daging / ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu.Perasa dengan sedikit garam / gula.Goreng macam telur dadar.
2.Untuk kuah.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan semua bahan sos dan sayur.Perasakan dengan bahan perasa (gula , garam).
4.Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi.Siap untuk dihidang.





SOTONG BEREMPAH MADU





Assalamualaikum..
Minggu ni lauk saya sekeluarga memang banyak berasaskan seafood..Ni semua gara2 cik abang turun ke pasar borong.Macam2 ada & banyak pilihan, mungkin itu yang terlintas di hatinya kot!!.Biasanya kami beli ikan kat kedai runcit yang berhampiran ni je, ataupun...."pasar malam"..Jemu gak,asyik ikan yang sama; itulah yang diluahkannya.Tercari2 juga resepi sotong yang enak, dirasakan inilah resepi yang sememangnya lazat.Tapi memang ternyata lazat!!! Cubalah kalau tak percaya...Resepinya saya intai-intai kat dapur Kak Ayu Jalinan Rasa, dengan rasa gembiranya saya terus bertandang ke rumah Kak Dayang jack..nak bawa balik aroma rasa sotong ni.


SOTONG BEREMPAH MADU
Resepi:Dayang jack
Sumber:Yatie, Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan:
  • 400gm sotong basah (dibersihkan dan dipotong.Gaulkan bersama dengan sedikit kunyit dan garam.Kemudian rebus hingga 3/4 masak.Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)-saya guna cili hijau
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar*
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih*
  • 1 sudu kecil jintas manis *(saya guna yang original & kisar) 
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya )-saya guna 1 biji limau nipis
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/ cili giling

Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas  

 Cara-cara:

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2.Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih,serbuk jintan manis dan serbuk lada sulah.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.Kacau lagi.Tambah sedikit air jika perlu.
5.Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar.Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau.(boleh tambah garam / gula jika perlu). 

***jika kurang pedas boleh tambah cili api
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka





                                                                         

TUMIS BENDI BERTELUR




TUMIS BENDI BERTELUR
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
12 tangkai bendi | potong serong
2 biji telur
1 labu bawang besar| cincang
3 ulas bawang putih | cincang
2 sudu besar udang geragau
1-2 tangkai cili merah | potong serong
2 sudu besar sos tiram
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:
Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga layu.Kemudian masukkan udang kering dan sos tiram.

Masukkan bendi, cili merah dan kacau rata.Masukkan pula air dan renehkan sebentar.

Persakan dengan garam dan gula secukupnya kemudian pecahkan telur.Gaul sebati.

Matikan api setelah bendi masak. (jangan masak terlalu lama)



Rabu, 21 Disember 2011

PUDING AISKRIM KELADI


Assalamualaikum...
Enak betul puding aiskrim ni...Terima kasih Chef Asma atas keunikan puding aiskrimya..Tercapai hajat saya untuk membuat puding ni sebab cukup senarai bahannya.Aiskrim keladinya dah lama tersimpan dalam freezer.Anak-anak memang tak gemar aiskrim berperisa keladi ni..Selama ni saya tak tinjau baki aiskrim ni walaupun hari2 buka bahagian ni untuk memasak lauk..Daripada terbiar cam tu je, lebih baik dibikin sesuatu.Timbangan sukatan aiskrim saya tak cukup sebenarnya untuk buat puding ni, tapi saya belasah je...semanngat katakan..Apapun, menjadi jerkk..Memanggg sedap!!!


PUDING AISKRIM KELADI
Resepi:Chef Nor Asmawati Nor Din (Kompilasi Hidangan Puding)

Bahan-bahan:
  • 300ml air
  • 180ml susu segar
  • 300gm aiskrim keladi (saya guna 180gm)
  • 120gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar (saya guna 10gm)
  • Sedikit pewarna ungu

Cara menyediakan:
1.Satukan dan pukul tepung jagung dan telur sehingga kembang dan sebati.Masukkan air dan gaul rata.Tapis adunan tersebut.
2.Kemudian masukkan gula, susu dan serbuk agar-agar.Gaul sebati.

3.Didihkan dalam periuk di atas api sederhana.Masukkan aiskrim dan pewarna ungu.Kacau perlahan-lahan.
4.Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.



TELUR IKAN TENGGIRI MASAK KUNYIT

Assalamualaikum...
Selamat pagi di pagi hari yang ceria dan indah ini.Semoga dinugerahi kesihatan yang baik untuk hari-hari seterusnya...

Bagi penggemar telur ikan tenggiri, jomlah rasai keenakannya.Tapi sesetengah orang yang alah dengan telur ikan ni, so, kenalah berhati-hati dalam  mengambil makanan.Resepi ni simple aje, sama gak dengan resepi ikan masak kunyit yang selalu saya buat, cuma untuk telur ikan ni saya kurangkan penggunaan air.Jadi, macam nampak ala-ala goreng camtu..


TELUR IKAN TENGGIRI MASAK KUNYIT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 500gm telur ikan tenggiri | digoreng dengan minyak yang sedikit atas kuali leper
  • 1 labu bawang besar | cincang
  • 1 labu bawang holland | cincang menegak
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 4-5 tangkai cili hijau | hiris
  • Sedikit halia | cincang halus
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Bancuhan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Goreng telur dengan sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan. (jangan terlalu lama kerana telur akan menjadi keras)

2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan serbuk kunyit.Kacau.Masukkan telur ikan dan gaul sebati.

3.Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Renehkan sebentar.Apabila hampir masak, taburkan hirisan bawang holland bersama hirisan cili hijau dan kacau lagi.

4.Matikan api dan hidangkan.