Jumaat, 23 Disember 2011

SOTONG BEREMPAH MADU





Assalamualaikum..
Minggu ni lauk saya sekeluarga memang banyak berasaskan seafood..Ni semua gara2 cik abang turun ke pasar borong.Macam2 ada & banyak pilihan, mungkin itu yang terlintas di hatinya kot!!.Biasanya kami beli ikan kat kedai runcit yang berhampiran ni je, ataupun...."pasar malam"..Jemu gak,asyik ikan yang sama; itulah yang diluahkannya.Tercari2 juga resepi sotong yang enak, dirasakan inilah resepi yang sememangnya lazat.Tapi memang ternyata lazat!!! Cubalah kalau tak percaya...Resepinya saya intai-intai kat dapur Kak Ayu Jalinan Rasa, dengan rasa gembiranya saya terus bertandang ke rumah Kak Dayang jack..nak bawa balik aroma rasa sotong ni.


SOTONG BEREMPAH MADU
Resepi:Dayang jack
Sumber:Yatie, Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan:
  • 400gm sotong basah (dibersihkan dan dipotong.Gaulkan bersama dengan sedikit kunyit dan garam.Kemudian rebus hingga 3/4 masak.Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)-saya guna cili hijau
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar*
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih*
  • 1 sudu kecil jintas manis *(saya guna yang original & kisar) 
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya )-saya guna 1 biji limau nipis
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/ cili giling

Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas  

 Cara-cara:

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2.Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih,serbuk jintan manis dan serbuk lada sulah.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.Kacau lagi.Tambah sedikit air jika perlu.
5.Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar.Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau.(boleh tambah garam / gula jika perlu). 

***jika kurang pedas boleh tambah cili api
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka





                                                                         

1 ulasan:

  1. sontong berempah...judulnya saja sudah memikat kak rohah..apalagi mencicipinya..haa..haa..(girang)

    BalasPadam