Jumaat, 30 Disember 2011

NAGA SARI



Assalamualaikum...
Susahnya nak dapatkan kuih ni.Membuatnya tidaklah susah, cuma apa yang penting kena sediakan daun pisang dan lidi secukupnya..
NAGA SARI
Resepi:Rohaisha

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan ( kalau pekat lagi sedap )
1 cawan air | didihkan
3-4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
4-5 ulas pisang ( apa-apa jenis pisang) | secukupnya & dipotong kecil (ikut suka/saya potong dadu besar je)
Daun pisang secukupnya | dilayur atas api
Lidi secukupnya | untuk mengetip bungkusan

Cara menyediakan:
1.Campurkan kesemua bahan; tepung, gula, garam dan santan.Kacau sebati dan ketepikan.
2.Didihkan secawan air, kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang dikacau tadi dan kacau hingga menggelegak dan likat.Matikan api.
3.Sendukkan satu sudu besar ke atas daun pisang.Bubuh beberapa dadu pisang dan sendukkan lagi adunan untuk menutupi pisang tadi.Kemudian bungkus seperti membungkus tapai.Pinkan pula dengan lidi.
4.Siapkan membungkus hingga habis.Didihkan air untuk mengukus.Kukus kuih sehingga masak. (tanda kuih telah masak iaitu warna daun pisang bertukar menjadi pudar dan tampak layu).
5.Hidangkan. (seeloknya makan apabila kuih telah mulai sejuk).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan